Engagement Fund ;)

Friday, 18 December 2015

Meredah Jerebu ke Taiping

Ini cerita bulan September haritu dimana aku ke Perak untuk kali kedua dalam waktu terdekat. Ke Taiping untuk urusan kerja atau lebih tepat menemankan bekas bos yang dah jadi bos dekat bahagian lain menghadiri karnival anjuran jabatan. Tapi tak rugi pun pergi sebab dapat banyak juga pengetahuan baru walaupun bukan dari bidang aku. Mana nak sama bidang bahasa dan bidang teknikal tapi kalau hidup dan kerja semata-mata nak fokus pada bidang sendiri, sampai bila nak maju? Gitulah pesanan mantan Naib Presiden i Rakan suatu ketika dulu.

Karnival mula Isnin pagi tapi kitorang baru gerak hari Isnin tu sebab Sabtu sebelum tu kena kerja ganti waktu cuti raya haritu jadi cuma ada Ahad je untuk kemas apa yang patut dekat rumah tu. Kalau pergi hari Ahad, penat pulak kang. Sepanjang jalan dari Banting ke Taiping memang tak nampak pemandangan; jerebu tebal sampai tak boleh nak bawa kereta laju.

Sampai tempat kejadian dah tengah hari dan orang pun dah nak pergi makan. Tapi kitorang sempatlah tinjau keadaan di bilik pembentangan dan dewan pameran. Pertandingan robot pun jenguk je sebab semua dah berhenti rehat tengah hari. Sebab semua orang dah rehat, kitorang pun keluar rehat jugaklah. Tak tahu nak makan dekat mana, maka singgah ke Giant yang sepelaung je dari Adtec Taiping tu untuk makan. KFC je pun. Bolehlah asal kenyang.

Lepas makan, check in hotel dan solat lepas tu pergi balik dekat Adtec untuk sesi petang. Petang tu dengar pembentangan dari orang bidang IT. Sebenarnya ada lagi bilik-bilik lain untuk pembentangan ni dengan bidang yang berbeza tapi bila tengok senarai projek untuk bidang IT ni seperti menarik, maka kami ke bilik IT.

Salah satu pembentangan sesi petang pada hari pertama

Usai pembentangan, kami ke dewan semula untuk melihat pameran projek pelajar dan pengajar ILJTM dan institusi kemahiran lain seperi IKM dan IKBN. Pelbagai ciptaan baru yang dipamerkan dimana semuanya adalah ciptaan yang memudahkan urusan kehidupan seharian. Daripada seringkas-ringkas ciptaan hinggalah ke tahap yang kompleks.

Pelajar dari IKBN dengan projek pengesan kebocoran gas di kilang (kalau tak silap)


Ini pelajar dari ILP-tak-ingat tapi dari Borneo sana dengan projek Safety Alarm Fire Extinguisher. Budak yang bagi penerangan ni memang kental, lawak dan selamba. Apa-apa soalan yang ditanyakan akan dijawab dengan penuh yakin walaupun ada jawapan dia yang macam tak logik. Ayat paling lawak adalah waktu mukadimah; "Biasanya kita lihat alat pemadam api ni akan beralih-alih kerana dibuat main. Kalau di institut kami, alat pemadam api ini menjadi alat mengangkat berat." Hahaha... Tergelaklah kami berdua sebab dia bercakap dengan selamba.

Ini ciptaan paling aku suka sebab semua ada. Tak ingat nama tapi sangatlah berguna untuk aku yang mengajar kelas tak tetap ni sebab dekat troli tu ada projekter, speaker dan laptop. Bila ada kelas, tolak je nak pergi kelas dan terus sambungkan plug. Tak payah pikir nak bawak extension wire.


Yang ini aku tak ingat projek apa tapi bila mantan bos dah keluar soalan, siap-siaplah nak bagi jawapan yang terbaik.

Waktu kerja untuk hari tersebut tamat apabila para pempamer  mula tutup kedai sebaik saja jarum jam menginjak ke angka 5. Kami pun beransur mencari Mee Udang. Alang-alang dah sampai sana, moh la mencari. Malangnya, kedai Mee Udang Mak Jah yang terkenal sedap tutuplah pulak. Adoi, kecewa!

Gigihlah Google sana sini cari lagi kedai mee udang yang sedap dan kami pun bertemu dengan Mee Udang Portweld. Berdasarkan komen blog-blog lain, semuanya mengatakan sedap dan kuahnya pekat tapi waktu kami makan, kuahnya cari dan kurang rasa. Bukan kami saja, meja sebelah belakang pun memberi reaksi yang sama. Walaupun kami tidak saling mengenali, dek kerana rasa kuah yang tidak menepati piawaian mee udang, kami bertegur sapa. Hehehe... Kak Eza yang menegur sebab dia duduk bertentangan dengan meja mereka. Mungkin bukan rezeki kami untuk menikmati mee udang berkuah pekat seperti yang dikongksikan oleh blogger-blogger lain.

Nampak menarik kan? Tapi setakat bolehlah... Aku ni sedap ke tak sedap ke, makan kena bagi habis; maka habislah juga sepinggan mee udang ni.


Ini papan niaga restoran, kalau nak cuba makan di sini silakan; mungkin pengalaman anda berbeza dengan saya.

No comments: