Engagement Fund ;)

Sunday, 27 December 2015

Percutian Geng Bujang ke Cameron Highland

Tahun lepas Geng Bilik Prep bercuti ke Langkawi, tahun ni bercuti ke Cameron Highland atas 'paksaan' seorang manusia yang tak pernah sampai ke sana. Terima kasih kawan-kawan sebab sudi tunaikan permintaan Sazoh. Selepas 27 tahun hidup dan mencari duit sendiri, barulah diberi peluang untuk jejak kaki di tanah tinggi paling terkenal di Malaysia.

Rancangan ni memang dah buat lama dah; siap letak tarikh dan lokasi pada nama kumpulan WhatsApp geng-geng bujang supaya masing-masing ingat. Hehehe... Kali ni ahli rombongan tak sama sebab Chik dengan Hani tak ikut tapi berganti orang baru iaitu Radin. Perjalanan kali ni kelam kabut sikit sebab ada sikit salah faham tapi lepas tu jadi terlalu santai pulak sampai keluar kenyataan; "Bilalah nak sampai ni? Tak sampai-sampai." Hahaha...

Pagi tu aku pulun siapkan lagi sikit kerja yang perlu diemail ke HQ sebab kalau tak kena email waktu cuti sebab tarikh akhir dia adalah waktu bercuti tu. Maka pagi tu dalam pukul 9++ baru gerak dari Banting menuju ke Serdang ambik Mada sebelum ke BTHO ambik Radin pulak.
Barang tiga orang, bonet dah penuh...

Salah faham terjadi bila Radin tak maklum dia sampai Selangor malamnya jugak. Kitorang ingat dia habis kerja pergi tidur dulu baru gerak paginya, rupanya habis kerja pukul 11 malam tu dia dah gerak balik Selangor. WhatsApp dia masuk pukul 2.30++ tapi siapa pulak nak layan kan? Semua dah tidur kecuali Mada. Mada pulak pepagi buta buat wake-up call, memang tak layan la jugak. Hahaha... Mujur tak letak Arba dalam filght mode macam selalu, kalau tak lagi haru.

Sebelum ambik Radin, isi minyak siap-siap, isi kad Touch n Go, dan ambik Radin barulah cari jalan nak ke PLUS. Ini pun makan masa sebab salah masuk jalan. Dah salah tu takpe, cari je Ipoh dekat papan tanda kan? Bila ikut papan tanda tu, tetiba hilang pulak Ipoh, gelabah ko! Terus bukak Waze dan cari jalan. Kengkonon masih dekat kawasan jajahan, tak payah la pakai Waze, sekalinya sesat. Hahaha...

Sampai ke Restoran Jejantas Sg. Buloh dalam pukul 12.30 untuk makan sebab masing-masing jadi baran sebab perut dah lapar. Lepas zuhur baru sambung perjalanan tanpa henti sampailah ke Hentian Sebelah Tapah kot sebab nak tukar pemandu. Pemandu untuk kali ni tidak lain tidak bukan, Tuan Tanah dan Aten walaupun pada awalnya ada yang kata nak memandu di lebuhraya sampailah sebelum naik ke Cameron. 
Separuh masa perjalanan, Tuan Tanah yang memandu..wefie tak tengok kamera sebab kena fokus pada jalanraya

Waktu pergi kami ikut jalan Simpang Pulai sebab berdasarkan saranan kawan-kawan terdekat, jalan tu kurang bahaya dan kurang tajam selekohnya tapi berkulat dalam kereta sebab jauh perjalanan luas pemandangan. Gitu.. Waktu nak naik tu cuaca okey tapi dah separuh jalan, hujan turun dengan agak lebat tapi lepas tu hujan renyai-renyai je sampailah ke Brinchang.
Keadaan yang berkabus sepanjang jalan

Jalan Simpang Pulai ni lebih luas dan kurang selekoh berbanding jalan Tapah tapi ada juga kawasan yang jalannya berlopak teruk dan tak rata. Ada satu tempat tu hanya satu lorong dibuka sebab kerja-kerja membina penghadang tanah runtuh sedang dijalankan. Sila percaya bahawa anda kena berhenti bila papan tanda tu tertulis STOP walaupun yang jaga laluan tu buat-buat tak tahu je bila ada kereta.

Dah nampak tulisan ni maknanya dah sampai!

Dah check-in, keluar semula cari makanan

Kami tiba di tempat penginapan kurang lebih jam 5.30 petang dan terus check-in sebab dah lewat. Lepas letak barang, keluar balik melawat tapak dan melihat keadaan sekeliling. Singgahlah kami ke Kea Farm melihat keadaan dan membeli makanan terkenal di Cameron Highland iaitu keledek kukus, sayur celup tepung dan strawberi celup coklat. Pelancong sangat! 

No comments: