Engagement Fund ;)

Friday, 18 December 2015

Secerah Langit Taiping

Hari kedua di Taiping, langit begitu cerah; langit kelihatan cantik membiru dan gumpalan awan berarak perlahan meraikan hari tanpa jerebu. Hilang terus jerebu tebal yang semalam tu! Memang saujana mata memandang keadaan keliling yang cerah dan segar dengan pancaran matahari. Sebaliknya, keadaan di Selangor makin merosot kualiti udaranya sampaikan tak nampak apa-apa dan kesudahannya, bos besar bagi cuti setengah hari. Kami tak termasuklah sebab berada di tempat lain.

Pagi kedua tu kami terus masuk ke bilik pembentangan mekanikal tak silap. Sebelum bermula, ada sedikit ucapan dari wakil KP tentang hakcipta. Tujuannya tak lain tak bukan adalah untuk memberi pendedahan kepada para perekacipta tentang bagaimana mahu melindungi ciptaan mereka dan proses-proses yang perlu dilalui sebelum ciptaan tersebut dilindungi dari ditiru. Ada catat waktu ucapan diberikan tapi cari balik notanya tak jumpa. Heeee...
Salah seorang pembentang pada hari kedua

Habis ucapan, terus sambung pembentangan dan kami tunggu sampailah ke pembentang yang terakhir. Habis sesi pembentangan, terus ke tempat perlawanan robot sebab dikhabarkan robot dari institut kami berjaya mara ke peringkat separuh akhir. Sampai awal dan terus ke depan gelanggang tapi lama-lama kena tolak, tidaklah dapat menikmati perlawanan sepenuhnya. Robot pasukan institut kami tewas akibat masalah teknikal pada robot; sayang sebab sebenarnya boleh kalahkan robot dari pasukan lawan tu. Lupa dah lawan dengan pasukan mana. Hehehe...

Pasukan yang mara ke peringkat akhir adalah ADTEC SA dengan ADTEC mana entah. ADTEC SA tu aku ingat sebab yang masuk bertanding tu bekas pelajar ILPKLS juga. Batch pertama Mekatronik yang agak hebat bila melibatkan perlawanan robot ni.

Lepas tu terus keluar makan walaupun ada makanan tengah hari disediakan. Tapi sebab dah sampai tempat orang, aktiviti JJCM harus diteruskan selagi ada masa. Kali ni tak pergi berdua tapi berlima dengan pegawai pengiring yang lain. Destinasi kami adalah Restoran Doli.

Ini keadaan dalam restoran. Sape yang tak boleh berpanas, silalah ke sini sebab kedai dia ada air-cond

Dikhabarkan restoran ni agak terkenal juga dan menu istimewa adalah kuey teow goreng. Dah kata itu yang istimewa, maka kami secara berjemaah memesan kuey teow goreng istimewa. Sekali sampai, selambak kuey teow dia; kenyang sampai malam! Haiwan bersepah pulak tu, kira berbaloilah dengan harga. Dari segi rasa, aku rasa biasa je. Maksudnya, aku pernah makan kuey teow goreng yang lagi sedap dari ni. Tapi bila tengok nasi ayam dia macam sedap, mungkin lain kali boleh cuba nasi ayam dia pulak kalau ke sana lagi.

Sebahagian menu yang ada; menu tak terlalu banyak jadi tak payah nak pening pilih nak makan apa ye.

Ini pinggan Tuan Tanah

Nah alamat kedai, masukkan je dalam Google Map atau Waze.

Lepas makan, balik ke hotel kejap untuk solat sebelum ke tempat kejadian semula. Petang tu adalah acara penutup tapi mereka yang lain dah bersiap nak balik ke Selangor semula. Makanya wakil dari institut kami adalah kami berdua saja. Punyalah banyak acara dan kategori pertandingan, meleret-leret acara penyampaian hadiah tu sampai lewat juga habisnya. Tamatlah program rasmi dua hari di situ.
Acara penutup dan penyampaian hadiah kepada para pemenang

Fuuuhh, habis pun mengarang. Lama sangat cerita ni duduk dalam draf gara-gara mood menaip yang terbang melayang. Lepas ni boleh sambung cerita lain pulak. Oh, ada satu lagi sambungan entri ni iaitu tempat penginapan kami sewaktu di sana. Entri lain. Daaa..

No comments: