Engagement Fund ;)

Monday, 21 December 2015

Sesi Mengukur Bangi Central

Lompat dulu cerita lain yang memerlukan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Heee... Galak menaip ni sebab kerja-kerja semua dah siap selepas pulun tanda tugasan budak-budak ni, lepas tu tanda kertas periksa diorang, lepas tu pergi buat soalan untuk tahun depan, dan yang terakhir bergelumang dengan sistem untuk masukkan markah dan menulis ulasan untuk setiap kelas. Hari ni ingat nak siapkan soalan-soalan tugasan dan ujian untuk sem depan supaya tak adalah mejadi pelupa bersiri lagi; tapi takde mood la pulak.

Berbalik kepada tajuk, ini kejadian bulan lepas. Ada jemputan kenduri dari CC dekat pejabat ni jadi aku ajak Aten temankan. Sampai tempat kenduri ngam soi tengah hari tapi orang masih belum ramai. Elok je kitorang duduk, terus menderu orang datang. Layan gambar makanan dengan doorgift je la ye, gambar pengantin tak sempat ambik sebab ramai sangat orang nak ambik gambar mereka. Hehehe... Makanan dia serius sedap dan ada banyak pilihan; maksudnya, selain nasi ada juga kuih-muih dan juga rojak yang serius sedap jugak.

Macam biasa, alang-alang dah sampai Putrajaya, lajak terus ke Bangi la ukur jalan dekat sana. Hahaha... Kali ni dah janji juga dengan Mada nak bagi gambar-gambar waktu bercuti tempoh hari maka sambil menyelam sambil minum air. Lepas solat dekat Masjid Al-Hasanah, terus ke Bangi Central sebab Aten nak cari baju untuk dinner dia. Sebab aku tengah tak ada bajet nak membeli, maka aku menemankan sajalah.
Rambang mata..

Okey, bayar..bayar..

Selain tempat tujuan, ada juga masuk keluar butik-butik lain termasuklah RINASALLEH. Sampai dalam tu Aten terus cakap; "Zoh, pilihlah satu shawl harga bawah RM 40 untuk hadiah harijadi ko." Eh? Terharu kejap sebab boleh pilih hadiah sendiri. Sejak beli untuk pakai raya haritu, aku terus suka dekat shawl RINASALLEH ni sebab corak dia cantik dan labuh juga selain kainnya yang sedap dipakai.

Corak dia memang cantik-cantik dan aku dah nak pilih satu yang warna hijau lepas berbelah bagi dengan yang warna biru. Dua-dua cantik! Waktu nak ambik tu, Mada cakap; "Sazoh ni asyik hijau je, banyak dah kan warna hijau? Ambik ni ha, warna biru la pulak." Termakan pulak dengan kata-kata Mada, terus ambik warna biru tapi kemudian tu aku fikir balik, eh, bila masa aku ada banyak shawl warna hijau ni? Pandai je Mada. Hahaha...
Terima kasih belanja, partner in crime..

Selesai melabur, Mada dan teman serumahnya nak makan mee tarik pulak yang terletak dalam satu kawasan, maka layankan aje sebab aku pun tak pernah lagi merasa mee tarik. Gigih jugalah menapak dalam hujan dan meredah lecak. Hehehe... Nah layan gambar; gambar jelah, nama makanan dah lupa.


Ni air Mada, air signature kedai mee tarik ni..nama kedai aku lupa, boleh?


Ni mee aku dengan Aten, tak ingat nama tapi kambing la daging dia tu..

Keseluruhannya, mee tarik ni tak kena dengan selera aku sebab terasa macam terlalu banyak perasa dan mee dia rasa macam mee segera. Ini pada tekak akulah, tekak orang lain, lain pulak rasanya. Nasib baik kongsi dengan Aten jadi tidaklah terseksa nak habiskan. Walaupun dah muak, tapi aku habiskan jugak sebab berdosa tau membazir makanan ni.

No comments: