Engagement Fund ;)

Wednesday, 16 December 2015

Tersuka Pulak

Hai, annyeong! *lambai tangan kanan* Dah lama benar tak menaip rasanya. Sibuk katanya. Meh la taip sikit cerita tentang bunga kesukaan yang baru selain bunga ros. Kebelakangan ni macam tersuka dengan bunga hydrangea sebab bunga dia segumpal besar yang mengandungi kuntuman bunga-bunga kecil dan itu menjadikan dia comel!

Rasanya macam dah lama suka dengan hydrangea tapi tak perasan sangat sampailah awal tahun haritu. Waktu tu gigih cari hiasan bunga warna ungu untuk kejutan kek harijadi Kak Chik dan jumpa baaaanyak corak bermotifkan bunga hydrangea dan terus jatuh cinta dengan bunga ni.

Waktu ke Cameron tempoh hari, bersepah okey hydrangea ni! Geram sebab cantik sangat. Maka dalam perjalanan balik tu, belilah sepasu atas dorongan dan saranan Geng Bilik Prep. Cara jaga dia senang je berdasarkan si tukang jual, siram dua kali sehari lepas tu dah. Seingat akulah. Tak payah cantas ke apa; tak macam Gerbera yang perlu dicantas tangkai berbunga untuk membolehkan bunga yang baru tumbuh.

Sebelum ni pernah baca yang warna hydrangea ni adalah berdasarkan keasidan tanah dan baru-baru ni keluar lagi info pasal hydrangea ni dekat salah satu Ig yang aku ikut tentang warna hydrangea.

Secara keseluruhannya, hydrangea ni adalah satu pokok berbunga yang senang jaga dan tak renyah. Warna asalnya adalah putih dan boleh bertukar menjadi biru, merah jambu, merah ataupun ungu dengan cara mengubah kadar keasidan tanahnya. Tapi tak semua jenis hydrangea boleh bertukar warna, ada jenis-jenis tertentulah dan kalau nak tahu, kena mengaji lagi. Hehehe..

Hydrangea boleh hidup dalam persekitaran yang sejuk dan panas tapi sekiranya terdedah kepada cahaya matahari berlebihan, daunnya boleh menjadi layu dan akhirnya mati. Pencahayaan terbaik untuk hydrangea adalah dengan menanam beliau di kawasan yang menerima pancaran cahaya matahari pagi dan redup pada waktu petang.

Info ini adalah berdasarkan pembacaan dari beberapa laman weblah ye. Sheikh Google kan ado, taip dan Google sajo. Meh layan gambar hydrangea dua errrr, dia panggil apa ek? Jambak? Kuntum? Gumpal? Hahahaha...

Ini gabungan tiga gambar. Hydrangea aku ada dua gumpal je dan memang pilih pokok yang dah keluar pucuk bunga. Gambar belah kiri tu rupa waktu pucuk yang atas belum kembang. Gambar belah kanan atas adalah gumpal belah bawah yang dah kembang sepenuhnya; warnanya dah banyak jadi putih. Gambar bawah kanan adalah gumpal yang masih hijau belah kiri tu. Faham ke?

Ini gambar paling baru aku ada. Gumpal yang paling akhir berkembang, dia tak jadi warna putih tapi white pinkish. Pun cantik!

No comments: