Engagement Fund ;)

Wednesday, 25 February 2015

Masak Tetap Masak

Pagi ni bangun dengan mata panda sebab malam tadi tidur tak lena gara-gara nak pindahkan folder berisi drama-drama Korea dari external hard disk ke laptop. Sambil tidur sambil salin dari hard disk ke dalam laptop, kau mampu? Hahaha... Kelam kabut bila crime partner kata kawan dia nak mintak balik hard disk tu. Maka, kena guna konsep mana yang sempat ajelah. Salin mana-mana cerita yang macam best je pun sebab tempat simpanan tak cukup. Nak membeli external hard disk baru tak menyempat lagi. Yelah, nak kena pergi bank ambik duit dulu baru boleh pergi kedai beli hard disk tu. Hari Isnin sampai Rabu memang jadual agak padat. Rabu petang baru lapang otak, lapang masa.

Alhamdulillah kepala tak pening walaupun tak cukup tidur. Aku perasan kalau minum ephyra ni, tak ada masalah pening waktu bangun tidur walaupun tak cukup tidur. Cuma mata jelah bengkak dan sepet dan pedih. Hehehe... Yang lawaknya, masuk kelas pagi tadi kemain ramai jugak budak-budak ni mata sepet dan merah. Eh, korang pun tak cukup tidur macam cikgu korang ke? Geram pulak bila tengok ramai yang dah tak ada tulang belakang. Terus aku cakap; "Eh, kamu ni kenapa 'syahid' beramai-ramai ni? Ingat kamu je ke yang tak cukup tidur sampai terpaksa 'syahid' dalam kelas? Tengok mata saya ni. Ada saya 'syahid' macam kamu?" Hahahaha... Terus diorang ketawa dan jawab; "Ala, kitorang buat assignment la miss. Untung la miss dapat tengok bola tu." Bahahaha.. Memang tak la wei! Aku gelak je, takkan nak bagi tahu sebabnya pulak kan? Memang nampak sangat la bengkak mata tu kalau tak cakap pun.

Penangan betul drama Korea ni, sampai 'demam' dibuatnya. Walaupun demam, masak tetap kena masak sebab ada orang tua dekat rumah. Kalau duduk sorang, memang sahih makan angin je depan laptop. Hahaha... Ini hasil masakan hari Ahad haritu. Nama dia sup ayam campak semua benda. Protein ada, fiber ada, karbo ada; lengkap satu hidangan. Bila dah bertambah umur ni, kalau nak buat sup mesti aku paksa diri untuk tumbuk bawang sebab bila ditumbuk, kuahnya akan lebih pekat dan sedap. Dulu-dulu, M nya besar sangat jadi bila buat sup bawang tu dihiris halus je. Hehehe..

Sup Ayam Campak Semua Benda

Cara nak masak, tumbuk bawang merah + bawang putih + halia + lada hitam. Tenggek ayam atas dapur dan masukkan air sampai menutupi ayam dan hidupkan api. Bila nampak ayam dah suku masak, tambah air dan didihkan. Masukkan bawang tumbuk dan bancuhan rempah sup Adabi. Campak kentang dan biar sampai ayam masak dan kentang lembut. Kalau nak letak lobak merah, boleh campak sekali. Perasakan dengan garam dan letak sikit serbuk lada putih. Kacau-kacau dan tabur daun sup. Makan dengan nasi lembik dan sambal kicap. Sedap hoi! Lagi-lagi ceker tu. Tak pandai makan ceker, tak Jawa ye.

Makan-makan Penutup Raya

Cerita basi lagi. Kejadian ini berlaku sebelum Syawal sampai ke penghujungnya. Geng-geng pentadbiran yang jadi tuan rumah kali ni sebab waktu jamuan raya sebelum tu ramai yang tak puas makan Laksa Syiok! jadi mereka pun membuat keputusan untuk menjamu laksa lagi. Makanan pada hari tersebut adalah sangat banyak sampai boleh ulang makan 4 kali siap tapau lagi. Alhamdulillah, rezeki hari Jumaat. Nah layan gambar je ye. Nak cerita panjang-panjang pun dah lupa ceritanya. Kihkihkih...









Semoga mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam majlis ni dimurahkan rezekinya kerana telah berkongsi rezeki mereka dengan yang lain. 

Restoran Haslinda Sim Abdullah Bangi

Cerita makan-makan yang ni hujung tahun lepas punya dan lokasinya pulak dekat Bangi. Abang Parhan nak belanja makan makanan Cina maka ke sinilah kami. Janjinya aku balik kerja je terus pergi tapi bila sampai rumah, ada yang baru nak mandi, ada yang masih mengadap laptop lagi, hangin dibuatnya. Aku ni dah la lapar sebab tak makan berat waktu tengahari, tahan je daripada nak membebel. Gedebuk gedebak, pukul 6 lebih juga baru gerak dari rumah. Maghrib dulu dekat Masjid Al-Hasanah baru gerak ke restoran. Tak jauh pun jarak masjid dengan restoran; dalam 5 minit kot. Tengok dulu antara menu-menu yang ada. Untuk maklumat lanjut, boleh ke website mereka.





Sebab masih terlalu awal, maka restoran masih kosong. Baguslah sebab boleh pilih meja best dan makanan pun cepat sampai. Disebabkan pertama kali ke restoran makanan Cina, tak tahu mana yang sedap dan besar mana saiz hidangan. Mujur tak ada orang lagi, maka kami pun membelek menu seperti membaca buku teks sejarah. Hahaha... Pelayan yang ambil pesanan pun ramah dan penyabar dimana itu adalah sifat wajib seorang pelayan restoran. Sambil tengok menu, sambil tanya dekat dia itu dan ini. Akhirnya inilah dia yang dipesan;

Butter Prawn

Salted Egg Squid

Dari atas kiri; telur dadar ada udang (tak tahu nama saintifik), Portuguese Style Chicken, bayam tumis (pun tak tahu nama saintifik), salted egg squid

Mango Style Deep Fried Fish

Bagi aku, harganya setimpal dengan saiz hidangan dan masakan pun sedap! Cumanya macam ada banyak aji kot sebab sepanjang perjalanan balik, berdenyut-denyut kepala. Bila umur dah meningkat ni, aku sensitif dengan pak aji; asal makan makanan yang banyak pak aji, mesti sakit kepala. Kalau dulu, okey je pun. Total damage malam tu tak tahu sebab orang belanja. Kalau bayar sendiri, sahih ada simpan resit sebab hobi aku kumpul resit. Hehehe...

Bahan atas ikan yang banyak berlebih... 

Selepas

Sesiapa yang nak cuba makanan Cina, boleh cuba datang sini sebab harga berpatutan dan masakan dia sedap. Kalau tak pasti nak pesan apa, tanya je dekat pelayan dia tau. Kalau tak nak ramai orang, datang awal sebaik saja selesai solat maghrib sebab kedai memang kosong. Kalau datang pukul 8.30 keatas, susah nak cari tempat duduk. Sekian, cerita tertunggak tahun lepas.

Tuesday, 24 February 2015

Ditakdirkan untuk Mencintaimu

Cuti panjang yang lalu, telah berjaya menghabiskan satu drama Korea yang macam biasa-biasa je mulanya; tappiiii, bila dah tengok, memang daebak! Hero dan heroin adalah orang lama yang dipertemukan kembali selepas kerjasama terakhir dalam The Successful Story of a Bright Girl. Siapa tak kenal Jang Hyuk dengan Jang Nara? Pergi rujuk Sheikh Google.


Jalan cerita biasa je, takdelah misteri macam Hotel King. Cerita ni comel! Tapi bila dah episod akhir-akhir, jadi geram pulak. Berahsia sangat si hero ni sampai menyeksa diri sendiri dan heroin. Heh! Tipikal drama Korea, dia akan campur baurkan emosi penonton. Ada waktu lawak, ada waktu sengal, ada waktu romantik, ada waktu sedih, ada waktu 'ko dah kenapa?', dan ada waktu 'tampar nak?'.

Jang Hyuk waktu rambut panjang tak nampak macam Jang Hyuk sangat; bila dia potong rambut lepas episod 11 tak silap, barulah nampak macam Jang Hyuk. Jang Nara pulak dari dulu macam tulah muka dia.

Eh, korang tengok sendiri boleh? Kalau dah mula buat ulasan kang, tak reti nak berhenti pulak. Kihkihkih... Memang best ok! OST pun daebak! Aku nak layan lagu K-Pop saja-saja tu memang tak la; tapi kalau lagu dari drama memang layan. Semua lagu dia pun sedap sampai boleh ulang sampai muntah hijau. Hahaha... Ini salah satu OST yang menang anugerah, nyanyian Ailee. Suara dia memang best! Nak dengar dia tarik suara boleh cari OST Secret Love; meremang bulu roma. Selamat mendengar.


Saturday, 21 February 2015

Pernah Ada Hati

Bila masuk kumpulan membeli belah mak-mak, mulalah terhasut nak membeli sama. Maka bila tempahan Corelle, Pyrex, Corningware dan pelbagai lagi barang dapur dari Australia dibuka, terus gatal tangan tempah bakeware yang berwarna. Tempah pun sebab dia ada mangkuk saiz ramekin tu sekali dan harga pun RM 70 je jadi takdelah terasa sangat keluar duit banyak. Kira murah la bagi aku sebab mangkuk Borcam yang paling kecil pun harganya dah RM 30++; Target ni pulak RM 70 dapat satu mangkuk empat segi tepat besar + 4 ramekin. Murah...murah... Nah tengok gambar dulu...

Ambik gambar atas katil pun boleh...

ETA kontena adalah Disember haritu tapi sebab ada masalah, maka kontena sampai dekat akak Jolly Malaysia awal bulan ni. Maka bermulalah urusan untuk pengambilan dan membayar baki. Kalau baca blog mak-mak, korang kenal kot Makcik Rehan; Kak Rehan ni la taukenya. Waktu dia tunjuk barang aku, terus pening kepala sebab aku yakin  waktu tempah dulu hanya satu set tapi bila barang sampai jadi dua set pulak. Eh? Ikutkan rasa tamak, nak dua-dua. Bajet ada ka, bajet takde ka, aku akan adakan jugak. Muahahaha...

Bab-bab macam ni selalu aku tak pandai buat keputusan. Terpaksa roger crime partner untuk minta pandangan. Ada dua orang yang biasanya aku minta pendapat. Disebabkan yang sorang tu tak balas wasap, roger lagi sorang. Pung pang pung pang, dia kata ambik satu je la sebab benda sama kan? Dalam hati nak jawab; 'tak sama, saya pesan biru tapi dia bagi biru dan merah.' Kahkahkah... Dasar tamak! Tapi aku ikut cakap Kak Chik, ambik satu je la. Tak baik membazir.

Bila dah buat keputusan dan bagi tahu Kak Rehan, Kak Chik tanya aku; "Memang betul kan awak order satu je?" Aku jawab; " Betul, order satu je yang set warna biru. Tapi kan, waktu nak order tu memang dalam hati nak dua set. Dalam hati je la." Bagus tak jawapan? Hahaha... Kak Chik gelak dan cakap; "Patut la akak tu orderkan awak punya dua, sebab ada hati rupanya. Kahkahkah..."
Hebat tak hebat suara hati aku sampai boleh didengar walau tidak diluahkan. Kihkihkih... Sekarang dah cukup koleksi bakeware dengan saiz yang sempurna; dari kecil sampailah besar. Sudah sudahlah gatal tangan membeli ye. Siapa nak beli jugak, boleh cari Jolly Cotton dekat FB nun dan mintak nak masuk kumpulan. Macam-macam ada!

Sampai Tak Tahu Nak Pilih

Lama benar tak kemaskini blog rasanya. Tak ada mood nak menaip benornya. Cerita banyak je, gambar pun berlambak tapi tulah, tak rajin. Minggu ni cuti hujung minggu yang panjang maka, hip hip hoooraay! Tak sabar tunggu hari Rabu sebab nak sambung tengok Hotel King. Drama Korea ni, bila dah tengok, berhantu; payah nak berhenti. Tak makan pun takpe, tak tidur pun boleh. Itu kalau tahap gaban la, tahap biasa-biasa ni okey je cuma kalau boleh nak habiskan jugak.

DVD ni beli dah lama tapi waktu tu tak terasa nak tengok lagi sebab macam tak kuasa pulak nak tengok konflik dia yang berliku sangat. Bila dah mula tengok, terus cepat-cepat nak habiskan. Ingatkan nak perabis la minggu ni alang-alang cuti panjang, sekalinya DVD yang akhir rosak pulaaaaakkk. Cis! Nak mintak tukar, macam tak logik sebab dah lama belinya. Terpaksalah beli cerita baru dan pesan sekali DVD yang rosak.

Semalam crime partner roger cakap nak bagi pinjam external hard disk kawan dia yang banyak cerita Korea. Teruslah melompat suka nak dapat benda percuma. Tadi keluar ngeteh sambil nak bagi sekali hard disk; ingatkan tak banyak mana ceritanya sekalinya sampai tak muat hard disk yang ada untuk simpan. Terlalu banyak sampai tak tahu nak tengok cerita mana dulu. Hahahaha... Yelah, mood masih dekat Hotel King tiba-tiba kena tangguh dulu, terus rasa semua hero dan heroin cerita yang ada tak hensem dan cun. Heeee...

Rambang mata dibuatnya!

Dari tadi dok tenung, folder yang ada drama-drama tu sebab dalam hati ada taman. Baru dapat drama Korea percuma pun boleh ada taman dalam hati. Kihkihkih...

Wednesday, 11 February 2015

WW #16 : Premium Dessert

Know them from Bakery Story.
Verdict: Delicious and value for money.

Profiteroles - French Dessert


Tartufo - Italian Dessert


Tuesday, 10 February 2015

Baik Sebenarnya...

Bila jadi cikgu, tugas kita bukan hanya mengajar dan mendidik malah juga memberi peringatan dan nasihat. Walaupun terasa diri ini macam tak adalah baik sangat pun tapi perlu juga mengingatkan mana-mana yang perlu. Sem ni jadual tak ong sebab asalnya jadual aku berturut slot 2 dan slot 3. Antara kedua-dua slot tu, tak ada waktu senggang langsung jadi memang penat dan terkejar-kejar sebab kelas slot 2 dekat bangunan depan manakala kelas slot 3 dekat bengkel belakang. Jadi aku mintak tukar slot dengan Encik S; sekarang ni kelas aku jadi slot 1 dan slot 3 sampai akhir sem inshaAllah.

Masalah bila mengajar slot 1 ni adalah, kelas masih berkunci walaupun pemilik kelas dah tahu setiap hari Selasa sampai Khamis ada subjek umum dekat kelas tu. Tak pernah mula kelas tepat pada masa; paling awal pun 8.20 baru mula. Itu paling awal, paling lambat malas nak cakap. Buat sakit hati. Disebabkan hal ini, mood aku boleh berputar 180 darjah - dari ceria ke huru-hara.

Kisahnya, Rabu lepas aku ambil dua slot kelas CAD sebab Encik S ada kerja lain dan tak dapat masuk kelas maka kira ganti kelas la dengan dia. Bila dah 8.15 tapi pintu tak bukak lagi, terus rasa nak nangis. Hahaha... Faham tak rasa terkilan sebab tak dapat nak menggunakan 1 jam 30 minit masa yang diperuntukkan tu sepenuhnya? Perasaan dia sama macam sebak nak menangis. Dah la jumpa seminggu sekali je. Itu satu. Bab nak memenuhkan kerusi bahagian depan pun boleh buat aku naik suara satu oktaf dari suara mengajar. Nak tunggu kerusi baris depan penuh je dah 10 minit, tak hangin?

Dah selesai sesi penuhkan kerusi, mula dengan pembentangan dari budak-budak ni. Mood huru-hara naik satu tahap lagi bila masing-masing tak bersedia. Siap ada yang tak tahu tajuk tu! Memang nak kenalah kan. Terus membebel geram. Nak pulak yang buat masalah paling besar tu calon-calon MPP, lagilah bertalu-talu bebelan. Disebabkan kena bebel, bila waktu rehat tu berduyun-duyun diorang jumpa Kak R nak tarik diri dari jadi calon, siap mengadu tu. Mengadu.... Bagus, tunggu kejap lagi. Diorang tak tahu meja aku dekat pejabat tu sebelah Kak R; apa yang diorang cakap, terus Kak R bagi tahu aku.

Elok je habis rehat, aku masuk balik kelas diorang untuk ganti slot Encik S tadi. Sebelum mula mengajar, bebel siri kedua dulu. Kali ni bebelan motivasi la pulak kan. Disebabkan calon-calon MPP untuk bahagian CAD sesi kali ni ramai, memang lamalah sesi bebelan tu. Ada la sesi soal jawab dengan diorang tentang kenapa calonkan diri untuk MPP dan semuanya jawab sebab pengajar yang calonkan. Maksudnya, diorang ni macam paksa rela la nak kena jadi pemimpin. Bahaya kalau dari awal tahap motivasi dah rendah macam ni.

Bila semua calon dah habis luah perasaan, aku sambung bebel. Suntik sikitlah keyakinan dekat mereka dan bincang sikit-sikit apa yang perlu mereka tonjolkan sebagai pemimpin. Kalau dah dalam kelas pun tak berani nak duduk depan, macam mana nak berhadapan dengan orang ramai? Kalau diri sendiri tak terurus, macam mana nak urus orang lain? Kalau diri sendiri tak yakin, macam mana nak yakinkan orang lain? Kalau tak hormat orang lain, macam mana orang nak hormat? Haih... Mereka ni bukan tak mampu nak baiki diri tapi tak ambil berat dengan tanggungjawab; bukannya tak baik, tapi sifat-sifat baik itu terlindung dengan imej konon hebat. 30 minit jugaklah habiskan masa untuk sesi motivasi tu.

Kelmarin waktu dekat dewan, salah seorang yang dimotivasikan waktu kelas datang jumpa aku mintak maaf. Terdiam kejap dan tak tahu nak bagi reaksi yang bagaimana. Selama aku memotivasikan budak-budak, tak pernah pun lagi yang rasa dia tu betul-betul bersalah dan datang minta maaf. Bila aku diam, dia cakap; "Saya cerita dekat mak saya dan mak saya suruh minta maaf dekat Cik." Okeylah, aku maafkan dan  cakap jangan ulang lagi perbuatan yang tak patut tu. Aku tak simpan dalam hati lama-lama pun bila diorang ni buat salah. Dah tegur, dah nasihat, terpulanglah pada diorang nak buat apa. Yang penting aku dah ingatkan dan pesan.

Thursday, 5 February 2015

Tarikh Ini, 15 Tahun yang Lalu...

Wah, tetiba jadi tak rajin balik nak menaip. Entri yang berderet haritu tu semuanya auto publish, itu yang nampak macam rajin nau si Farah ni mengarang. Hehehe... Disebabkan dah 'ter'masuk dalam dashboard, maka marilah taip satu entri mengenang zaman silam.

Tiap tahun, 5 Februari akan menjadi tarikh yang bermakna buat aku. Pada tarikh inilah 15 tahun yang lalu, aku memulakan hidup di dunia baru. Daripada hidup selesa dengan mak abah, kena hidup berdikari dekat asrama. Takdelah nak cuak sangat pun waktu daftar tu sebab ada abang sekolah situ jugak tapi cuak jugaklah. Sepanjang tiga tahun ulang alik ke situ, tak pernah sekalipun terfikir bahawa suatu hari nanti aku juga akan bersekolah di situ. Bila dapat surat tawaran, tak ada perasaan sangat pun.

Pagi nak mendaftar tu, aku ingat lagi aku kalut tinggalkan hadiah hari jadi untuk Abah atas meja kerja dia konon-konon nak bagi kejutan la sebab 5 Febuari juga merupakan hari ulangtahun kelahiran Abah. Maka tarikh ini memang menjadi tarikh penting dalam hidupku.

Macam biasalah, bila sekolah asrama ni kena ikut orentasi. Alhamdulillah, kakak-kakak tingkatan 5 yang kendalikan orentasi kitorang tu semuanya berwawasan dan maju kehadapan sebab denda-denda yang diberikan semuanya denda berilmiah macam kena hafal surah-surah lazim, hafal ayat 1000 dinar, baca selawat syifa' ataupun baca selawat nur. Tak adalah kena cium tiang ke atau buat benda-benda tak berfaedah.

Waktu orentasi nilah nak kenal kawan-kawan dan kakak-kakak senior. Dah tak berapa nak ingat pulak kenangan orentasi ni tapi lebih kurang jelah dengan orentasi orang lain jugak kot. Daripada perkenalan aku dan mereka, persahabatan yang terjalin sudah pun berusia 15 tahun. Terlalu banyak memori yang kalau dikenang semula boleh buat aku ketawa, sedih, geram, marah mahupun sebak. Semoga persahabatan yang terjalin kekal selama-lamanya. Entri diakhiri dengan sekeping gambar sewaktu tingkatan 5, sekian.