Engagement Fund ;)

Wednesday, 29 April 2015

Jemputan Walimah 2014; Muka Tak Siap

Sebelum cerita ni mereput, baik sudahkan karangan. Bila aku tengok balik jemputan-jemputan ke walimah untuk tahun lepas, baaaaaanyak lagi jemputan yang tak dapat aku penuhi rupanya. Zaman sekarang ni semua jemput dekat FB je; ada yang terlepas pandang, ada yang memang tak dapat nak pergi disebabkan hal-hal lain, ada juga yang tak sempat nak sampai ke tempat kejadian. Kalau jemputan tu hari Sabtu, memang jarang sangat dapat pergi sebab tahun lepas masih mengajar tuisyen lagi jadi memang tak sempat nak berkejar. Yang paling terkilan bila tak perasan langsung jemputan walimah teman serumah waktu praktikal dulu. Tak perasan sebab orang lain yang buat jemputan tu di FB dan aku pulak tak kawan dengan orang tu, jadi bila tuan badan jemput, dah suntuk sangat masanya. Satu lagi yang paling terkilan jugak adalah majlis teman sebilik waktu tahun asas di U dulu. Aku tak ingat pulak kenapa aku boleh tak pergi majlis dia.

Ada juga yang tak mesej tanya alamat ke apa, tiba-tiba dapat kad undangan. Terharu wei! Terima kasih banyak-banyak sebab sudi jemput kawan korang ni hadir ke majlis perkahwinan korang. Buat yang aku tak dapat nak hadir ke majlisnya, hanya doa yang mampu dikirimkan dari jauh. Bawah ni adalah undangan-undangan yang dapat dipenuhi.

Wani Jantraz - 1 Februari 2014 (Shah Alam)


Kenduri Wani ni ajak Za sekali sebelum dia berteman. Kiranya inilah pembukaan untuk 2014.

Farahin Zamri - 1 Jun 2014 (Jalan Kebun)

Tahun lepas, semua kembar nama dah selamat menamatkan zaman bujang dan ini adalah salah seorang. Dua-dua ni kawan sekolah menengah dulu dan diorang ni bercinta sejak zaman sekolah lagi, alhamdulillah panjang jodohnya. Dekat sini jumpa Kinah (bukan nama sebenar) dan kalau tengok gambar, tudung aku tak padan langsung dengan baju. Selebet je nampak sebab waktu tu ada tuisyen, maka tak rajin nak bersiap; sarung je apa yang ada.

Pana Lan - 1 Jun 2014 (KL)

Lepas dari kenduri Farahin Zamri, kitorang ke KL untuk kenduri Pana Lan. Pelamin dia serius cantik kebabom! Waktu sampai tu dah lewat pun tapi masih lagi dalam masa majlis. Makanan pun banyak lagi jadi kitorang makan dengan berselera sebab dah rasa lapar sikit sebab jaraknya jauh + sesat sikit. Dekat sini jumpa Ain Nuar pulak.

Baz - 30 Ogos 2014 (Batu Caves)

Yang ini haru sebab kitorang sampai, pengantin dah keluar pergi outdoor photoshoot. Tapi takpe, yang penting sampai dan ambik gambar kenangan dengan kawan-kawan lain yang ditemui walaupun tanpa pengantin. Mahap Dyaz, terpaksa letak gambar dengan mata awok tertutup ni sebab gambar ni je orang lain cantik. Hehehe...

Faien - 31 Ogos 2014 (Taman Melawati)




Ini satu lagi kembar nama tapi dia dikenali waktu di universiti. Kawan merajuk, kawan buat kerja gila, dan juga kawan serumah. Patutnya kitorang buat perjumpaan semula geng serumah dekat sini tapi tak cukup korum pulak. Mana yang ada jelah. Dekat sini lagi naik sheikh ambik gambar sebab adik manis yang pakai cermin mata tu memang gila kamera. Siap buat pelamin tu macam pelamin kitorang. Heeeee.... Terima kasih Faien sebab jemput akak dan sporting pada hari tersebut. Semoga dapat berjumpa lagi macam tahun-tahun lepas. Aku datang dengan Kak Chik dan waktu nak balik tu, Kak Chik cakap; "Kenapa muka awak tak siap harini?" Sebabnya aku tak lilit selendang macam selalu Kak Chik cakap aku tak siap. Hahaha... Malas sebab keluar rumah dua hari berturut-turut; tak sempat nak fikir untuk melilit.

Pana Mie - 14 September 2014 (Tanjung Sepat)

Ini dekat kenduri belah lelaki. Aku tak ingat kenapa aku tak dapat pergi kenduri belah perempuan. Disebabkan mertua Pana Mie ni Jawa, maka memang meriah sungguh kenduri ni. Makanan semua memang kena sangat dengan selera kami yang merupakan Jawa ni. Siap bertambah ko! Eh, tercakap pulak...

Husna Asri - 14 September 2014 (Bangi)


Lepas dari kenduri Pana Mie, terus ke Bangi untuk kenduri Cuna pulak. Kitorang sampai dah lewat dan orang katering pun dah kemas-kemas dah. Waktu sampai pengantin tengah solat tak silap jadi tak sempat jumpa. Lepas makan dan salam dengan mak Cuna, kitorang naik atas untuk solat zuhur dan bila turun, terserempak dengan Cuna. Dapat jugak jumpa pengantin walaupun tak sempat bergambar. 

Rinie Salwa[Sepupu] - 12 & 13 Disember 2014 (Klang)


Ini kenduri sepupu rapat pulak. Nikahnya hari Jumaat dan majlisnya hari Sabtu. Sebab dia guna katering, maka takdelah nak kena rewang sangat. Sekadar datang dan bantulah mana yang patut. Untuk majlis belah lelaki, kena tunggu nanti-nanti.

Umairah - 20 Disember 2014 (Bangi)


Penutup kenduri tahun 2014 adalah majlis Maira. Kitorang satu sekolah sampai tingkatan 3 je tapi boleh dikira rapat jugalah sepanjang 3 tahun tu sampai mak dia masih kenal lagi muka kitorang.

Setakat inilah saja laporan kehadiran walimah tahun 2014. Terima kasih kerana menjemput, buat yang menjemput tapi aku tak dapat nak hadir, minta maaf banyak-banyak. Laporan kehadiran walimah tahun 2015 akan menyusul nanti; nanti yang tak tahu bila. Hahahaha... Jemputan pun dah berkurang la sebab semua dah kahwin, tukang lapor je yang sibuk pergi kenduri kahwin orang sampai tak kahwin-kahwin lagi. Sekarang ni bila orang tanya bila nak kahwin, malas nak jawab panjang-panjang. Aku jawab je "Bila sampai masanya." Kalau nak tanya, pastikan korang tak tanya kosong ok! Ingat, jodoh tu Allah yang tentukan.

Monday, 27 April 2015

Tak Payah Nak Biru Sangat!

Alhamdulillah pagi ni senang jugaklah nak bangkit dari katil walaupun tak minum ephyra malam tadi. Biasalah, bila dah tergolek atas katil, memang takde dah nak pergi dapur. Mujurlah baju dah gosok siap-siap lepas maghrib semalam, kalau tak, ada jugak yang EL harini. Hehehe...

Tengah hari tadi keluar ke pekan nak cucuk duit tapi semua mesin atm dekat bank tu boleh pulak tak berfungsi? Monday blues juga kah? Nasib baik kali ni aku fikir waras sikit dimana aku masuk je dalam isi borang dan keluarkan duit dari kaunter. Memang jadi waras sebab dalam dompet tinggal resit je, duitnya dah takde. Nasib baik jugaklah aku ada simpan slip lama yang ada tulis nombor akaun, kalau tak terpaksa jugak bayar 11 sen dekat bank lain.

Waktu nak solat zuhur tadi, saja korek telinga pakai putik kapas sebab terasa sangat tak selesa. Lepas kejadian telinga tersumbat dan ada sikit jangkitan, memang sensitif gila bab telinga ni. Belah kiri dah okey, belah kanan masih tak berapa okey; malam-malam pun automatik aku terjaga bila tekanan dalam telinga tak seimbang. Terjaga bukan sekali, tapi sampai berkali-kali. Fobia ke apa ni? Tu yang masa terjun tasik kelmarin aku kecoh kemain tak nak menyelam sebab kang air masuk telinga. Dalam pada berhati-hati, ada jugaklah air yang masuk. Bila tarik keluar putik kapas tadi, ada darah pulak. Ah, sudah... Macam kena ke klinik balik ni.

Entri Isnin Biru disudahi dengan gambar mangga muda bersama kuah rojak segera. Cerita-cerita tertunggak dan juga cerita kem, esok-esok aku taip sebab macam tak lalu nak hadap laptop malam ni.

Sunday, 26 April 2015

Melaka Lagi

Baru je sampai rumah dekat pukul 4 tadi dari Melaka dan penat pun tak hilang lagi. Rezeki dapat pergi Melaka dengan ditaja. Tajaan sebab tugas ye, bukan suka-suki walaupun bersuka-ria jugaklah dekat sana. Banyak benda nak cerita pasal ke Melaka kali ni tapi kena pilih dan edit gambar yang ada dulu. Oh, kali ni ke Melaka sebab dilantik jadi pengiring untuk Kem Motivasi dan Kepimpinan yang diadakan di Sedanan Outdoor Camp. Rasanya macam ada banyak episod ni sebab dah lama tak gebang pasal kerja dalam ni maka ada sikit jakun ditambah pula aku pun dah lama tak ikut mana-mana kem, maka kem kali ni ala-ala mengimbau kenangan ke kem-kem yang lepas. Gituuu..

Disebabkan penat tapi tak nak pengsan sebab takut terlajak, maka taiplah entri ni sambi minum kopi. Sehari tak dapat kopi sebenar, serba tak kena rasanya. Malam ni kena minum ephyra sebab kulit geseng sikit dek kerana berjemur di tengah panas sama dengan budak-budak tu. Paling ketara perbezaan dekat tangan la sebab bila tak pakai sarung lengan, memang nampak kehitaman di tangan dan putihnya lengan. Kalau minum ephyra, bukanlah terus putih tapi cepat sikitlah proses nak ke keadaan asal. Balik dari kem memang begitulah keadaannya. Jemput datang sini lagi esok lusa kalau nak baca pengalaman Tuan Tanah berkhemah. Bila cikgunya pun ikut buat aktiviti yang disediakan, cikgu lagi poyo dan kuat menjerit dari budak-budak. Hahahaha... Cemana tu?

Macam biasa, kopi o kosong..

Wednesday, 22 April 2015

Cerita Pasal Makan

Orang yang suka makan macam Tuan Tanah, dapat tengok gambar atau dengar cerita pun boleh rasakan kesedapan makanan tu. Kau mampu? Alang-alang baru pindah gambar ke dalam laptop, kasi tayang gambar-gambar yang ada tapi dah tak ingat dah hari kejadian.

Cream puff sedap! Waktu tu memang teringin gila nak makan benda ni tapi tak berapa nak rajin pergi beli. Lepas tu ada akak ofis tu cakap dia nak bawak; aku ingat dia jual sebab dia memang jual roti pun. Rupanya, dia saja bawak untuk makan-makan kot sebab waktu cream puff ni muncul aku takde kat dalam ofis sebab kena uruskan ujian budak-budak sem 1 dekat pusat sumber. Bila dia wasap kata nak simpan untuk aku, tak sangka pulak sampai 3 biji dia bagi. Terima kasih banyak Kak P, semoga rezeki akak bertambah murah.

Nasi campur murah sebab sepinggan ni tambah air limau suam kosong, hanya 5 hengget 5 kupang saja. Mana nak carik? Kalau makan dekat pekan nun, paling-paling pun 7 hengget tak campur air. Syukurlah masih ada tempat yang jual makanan dengan harga murah disaat semua benda nak jadi mahal.

Dah tu je nak cerita. Agak-agak menjejes air liur tengok gambar ni, kejap lagi keluar makan pergi beli nasi lauk ikan keli ye. Hehehe... Entri auto-publish sebab terlebih rajin pulak mengarang pada hujung minggu.

Sunday, 19 April 2015

Bukan Kedekut Okey!

Lepas kondangan semalam, ajak crime partner ke Jusco. Sebab macam dah lama gila tak ukur Jusco Bukit Tinggi tu dan nak beli toner yang dah nyawa-nyawa ikan. Terima kasih crime partner sebab tolong bawak ke sana. Mengikut bajet, aku nak beli toner yang 200ml JE tapi bila yang jaga kaunter tu super duper peramah sampai nak bagi tengok beza botol 200ml dan 400ml walhal aku dah tahu dah rupa dia cemana dan siap bagi tahu berapa hengget aku boleh jimat kalau beli 400ml, maka aku akhirnya membuat keputusan untuk beli yang 400ml.

 Kiri, 400ml; kanan 200ml

Itu pun lepas aku fikir dan fikir dan tengok Aten konon mintak pendapat la kan padahal dah tahu dah dia mesti suruh beli botol besar punya. Lepas fikir dan termakan umpan, tu yang buat keputusan beli botol besar terus. Jurujual tu cakap; "Botol kecil cuma tahan 3 bulan oo, you beli 400ml boleh tahan 6 bulan lor. Plus jimat lagi 30 ringgit." Aku senyum dulu sebelum jawab; "Eh, saya pakai satu botol ni boleh tahan sampai 6 bulan tau." Asalnya nak cakap tahan sampai setahun, tapi karang dia terkejut beruk sangat pulak. "Aiyo, 6 bulan ke? You guna sikit sangat ke? Jangan kedekut sangat lor." Ada ke dia cakap aku kedekut? Kadang tu sampai basah kapas tu sebab aku terlebih tuang. "Eh, tak adalah kedekut, cuma kadang saya pakai satu kali sehari je. Malam kadang saya tak pakai sebab malas." Hahahaha... Jujur aku cakap malas dekat dia. "Tak boleh lor itu macam." 

Waktu dia bawak keluar botol 400ml, aku tanya siap-siap expired date dia tahun bila sebab aku kan kedekut penjimat; botol 200ml pun boleh pakai setahun lebih sikit, kalau botol 400ml kang makan masa bertahun-tahun pulak kang. Dia kata kena guna dalam masa 5 tahun lepas tarikh pengeluaran. Botol pertama yang dia bawak keluar bertarikh keluaran 2012. Bila aku cakap takut tak sempat habis sebelum expired date, dia terus tukar batch keluaran 2014. Harga toner 3-step-skin care Clinique adalah RM89 untuk 200ml dan RM148 untuk 400ml.

Lepas tu dia kata, kalau aku beli barang bernilai RM160 dan keatas, boleh dapat tiga barang yang dipamerkan percuma. Ada full lipstick, eye-cream dengan even better lotion. Menggoda ko! Mula-mula macam nak abaikan je hasutan tu tapi tak kuat iman; gatal pergi tanya minyak wangi pulak. Sekali dia bawak keluar semua minyak wangi yang ada dan kasi cuba itu bau; takde la semua sebab Happy Heart dengan Happy aku dah tahu bau dia macam mana. Tadi ada Happy in Bloom, Calyx dengan satu lagi bauan terbaru, Aromatics. Happy in Bloom memang kesukaan sebab bau dia lembut je. Calyx tu macam menyengat dan Aromatics pun menyengat jugak tapi kurang sikit dari Calyx. Tapi kan, jurujual yang ini memang bapak peramah dan penyabar sampai aku tak sampai hati nak kata tak jadi beli padahal boleh je kalau tak nak beli kan.

Kiri, botol edisi 2013; kanan, botol edisi 2015

Yang lagi tak boleh blah, dia promosi Happy in Bloom tu kaw-kaw punya bila aku tak berapa nak tertarik dengan yang lagi dua tu. Dia cakap; "Kalau you tak nak yang ni(Calyx) dengan yang ni(Aromatics), you ambik Happy in Bloom. Ini hanya dijual dalam tempoh 3 bulan saja dalam setahun; plus botol dia cantik lor. Lepas tu setiap kaunter hanya dapat empat botol saja; very limited." Punya beria dia nak promosi tu, siap bagi tahu fakta lagi sampai aku dengan Aten kagum sebab biar betul cuma ada empat botol je? Tapi Happy in Bloom memang bermusim pun sebab lepas je Spring habis memang dah tak jumpa. Kiranya dia buat ni sempena musim bunga walaupun kat Malaysia tak ada empat musim. Aku pernah beli sekali yang edisi 2013. Cara dia nak tarik orang beli adalah untuk setiap edisi dia akan reka corak botol berlainan.

Dua benda yang berjaya dibeli

Ini dia benda alah percuma yang diberikan...sanggup!

Kesimpulannya, aku beli dua barang sebab nak cukupkan 160 hengget walaupun jumlah dua barang ni nak dekat 300 iaitu sekali ganda dari nilai minima yang ditetapkan untuk dapat barang percuma tu. Rugi ke untung? Ko pikirlah sendiri. Hahahaha... Bak kata Aten; "Mana ada barang harga 20 hengget untuk genapkan 160? Baik ko beli benda yang dah tentu ko akan guna." Gituuu... Dah selamat beli pun, guna jelah dengan gembira. Bukan selalu pun kan? *ayat nak sedapkan hati* Eh, tapi serius peramah tak boleh blah la jurujual tu, kalau orang yang biasa tu, tak berapa nak peramah sangat. Sebab dia ramah tu yang aku terlabur banyak. Cehhh...

Friday, 17 April 2015

Ngopi Dulu!

Sementara tunggu pindah gambar dari telefon ke laptop, aku letak dulu cerita zaman purba yang gambarnya dah ada. Ini cerita hari tu, makan tengah hari Jumaat yang masing-masing dah kenyang sebab pagi tu makan nasi kerabu tapi tekak nak makan jugak. Maka ke SAHA lah kami untuk makan makanan yang dikatakan ringan. Ringan ke masalahnya? Hahaha...

Kek Colat Gelap tak-ingat-nama

Kopi o ais

Disebabkan aku dah lama terasa nak makan kek tapi kedekut + malas nak pergi makan, maka aku pun pilih kek ni dan dikawankan dengan kopi o ais. Ya Allah, nikmatnya tuuu! Jarang sangat aku pesan minuman berais sampai Kak R tanya; "Eh, Farah minum ais?" Dengan nada tak boleh blah. Hahaha... Ni semua terpengaruh drama Korea la ni, tengok diorang tapau kopi o ais dekat kedai kopi, nampak macam sedapnya lahai. Tapi memang sedap pun cuma lain kali kalau beli lagi kena cakap kurang manis sebab bermula dari tahun 2010 aku minum kopi o tanpa gula; bila minum kopi bergula, rasa berdosa.

Kek tu tak ingat nama tapi menepati cita rasa sebab dia guna coklat gelap. Walaupun keknya agak kering, tapi sebab rasa coklat dia pekat, maka aku suka jugak. Lepas ni tak boleh dah nak lepak SR macam dulu-dulu sebab harga mahal nak mamps tapi kualiti makanan dan perkhidmatan dah jatuh menjunam. Tunggu dah teringin tahap Power Rangers baru aku pergi SR tapau kek.

Thursday, 16 April 2015

Lagu Korea Kegemaran

Menjak dua menjak ni, semedang perkataan Korea muncul dalam blog. Kali ni nak borak pasal lagu kegemaran. Bila cakap pasal K-Pop, aku tak reti nak taksub sampai kena tampal poster mereka dalam bilik; nak kena bebel dengan Ustaz Mispul? Setakat Google je la tengok rupa cemana pasal merdunya suara yang nyanyi ni, hensem ke tidak? Cun ke tidak? Gituuu...

Lagu pun pilih-pilih jugak; lagu rancak tak minat sangat dan biasanya cuma dengar OST je. Satu geng la dengan Radin sebab dia pun dengar lagu OST je jugak. Bila dengar OST, ada terlekat dengan beberapa penyanyi yang suaranya daebak! Setakat ni minat terlekat dengan Gummy, Ailee, K.Will dan Sung Si Kyung.

Memula dengar suara Gummy dari OST Daemul lepas tu ada satu lagi dia nyanyi untuk OST The Master's Sun tak silap. Suara dia jenis tinggi dan bergetar. Lebih kurang Ailee jugak yang boleh tahan bila tarik suara. Ailee pulak mula-mula dengar OST Secret Love, lepas tu terlekat dengan OST Fated to Love You.

Kalau yang lelaki, suka dengar K.Will dengan Sung Si Kyung. Dua-dua jenis suara rendah yang tersekat nafas dekat kerongkong. Bila suara rendah, lagu pun sayu-sayu je la kan. Memula dengar suara K.Will dari OST Daemul. Lepas tu ada lagi beberapa drama tapi tak ingat pulak. Terbaru ni, OST dari Doctor Stranger. Baru tak barulah sebab drama tu dah lama, aku je yang baru tengok. Sung Si Kyung pulak aku kenal dari Secret Garden menerusi lagu You Are My Spring kot tajuk dia. Lepas tu bila dengar satu lagu dalam My Love From the Star, terus terdetik ' Eh, ni macam suara Sung Si Kyung ni.' Memang pun.

Maka sekarang ni sambil buat kerja, sambil dengar lagu Korea jelah ulang-ulang hari-hari pun takde hal. OST lain layan jugak cuma empat orang ni la yang jadi kesukaan.
Install Winamp dalam PC pejabat sebab Media Player tak boleh nak ulang satu lagu banyak kali

Tuesday, 14 April 2015

Penumpang Pertama

Lepas ambik kereta sebulan yang lalu, aku balik ke pejabat semula. Dah sebulan pun rupanya usia Taejang. Oh, Taejang adalah nama Axia Hijau saya; Taejang = Kapten. Mula-mula nak hantar Abah ke parking Mrs. Kanc dari depan pintu Perodua supaya Abah menjadi penumpang pertama tapi Abah tak nak pulak sebab dekat sangat jaraknya. Hehehe... 

Dapat je Taejang terus ambik gambar hantar dekat wasap Geng Makan; maklumkan pada geng paling rapat kekdahnya. Mereka jugalah penumpang pertama Taejang sebab keluar makan tengah hari tu aku bawak diorang naik. Plastik semua tak bukak lagi. Hari Sabtunya tu baru dapat bawak Abah naik sebab pergi kondangan. 


Dari sisi penumpang depan

Dari pandangan penumpang belakang; siap angkat plastik yang tak menahan tu..hahahaha

Taejang dan kawan seangkatan

Penumpang kedua dan pemandu kedua Taejang

Taejang adalah kereta manual dimana mula-mula macam menyesal je beli sebab gear dia keras gila. Lepas tu clutch dia 'lembut' sangat dan panjang; berbeza sungguh dengan Mrs. Kanc. Selama ni Mrs. Kanc jelah pun kereta manual yang aku bawak. Selain dari tu semuanya auto jadi perasaan janggal tu berganda-ganda. Untuk ulasan tentang Axia, itu entri selanjutnya sebab banyak benda nak cerita jugak.

Gangguan

*Entri ni dah taip 20 Mac lepas, maka ini adalah satu lagi entri tertunggak yang baru ditampal.*

Selama ni cuma dengar cerita dari orang lain, hari ni diri sendiri pulak terkena. Kisahnya, waktu bangun pagi tadi, telinga belah kiri hilang keupayaan mendengar maka sepanjang hari rasa tak selesa sebab tak dengar sebelah. Maka, waktu tengahari aku pun masuk la surau konon nak tidur. Pejabat dah kosong waktu tu dan lampu semua dah tutup. Ada jugaklah teringat cerita-cerita seram orang yang pernah mengalami tapi sebelum ni pernah je tidur sorang-sorang waktu tengahari Jumaat dan tak ada apa-apa berlaku. Aku pun mengandaikan bahawa tiada apa yang berlaku.

Masuk dalam surau, bukak almari, susun bantal dua ketul, dan baring. Sebab sebelum tu dah lelap kejap dekat meja, maka mata memang ngantuk. Aku baring mengiring ke kanan dan silangkan kaki sebab ada kakak senior waktu sekolah dulu cakap, kalau tidur silang kaki inshaAllah tak ada yang ganggu. Tak lama tu terus lelap. Tiba-tiba aku tersedar dan bukak mata; tapi badan berat gila macam ada orang tindih dari belakang. Nak gerak jari pun tak boleh. Ah sudah!

Berdasarkan cerita orang lain, kalau begitu keadaannya, ada gangguan dari makhluk lain. Lama jugaklah dalam keadaan macam tu. Mata boleh bukak tapi badan tak boleh gerak, mulut pun tak boleh nak gerak. Terus baca fatihah, 3 qul dan ayat kursi. Waktu baca ayat kursi tu dugaan sebab baca tapi tak habis-habis; macam terlupa pun ada. Akhir sekali, aku kuatkan semangat nak sebut Allah dan selawat sebab bila mulut dah boleh gerak, perlahan-lahan badan pun boleh gerak.

Alhamdulillah, lepas berjaya sebut Allah kuat-kuat, badan pun boleh gerak. Terus aku bangun dari perbaringan dan duduk. Mata ngantuk ni, tapi kalau sambung baring, takut kena tindih lagi. Jadi dengan muka mamai dan telinga yang kurang pendengaran, aku keluar dari surau dengan sebiji bantal dan tidur duduk dekat meja. Lenguh leher, lenguh tangan, lenguh kaki. Tapi nak buat cemana, itu je la yang termampu. Kalau balik rumah tidur, jawabnya terlajak-lajak la sebab baring atas katil empuk.

Sekarang ni agak mudah sebenarnya nak kena tindih; asal baca cerita seram, inshaAllah malam tu kena tindih. Dulu tak pernah kena tapi sejak rajin baca kisah seram dekat blog Kak Peej, terus senang kena. Tiap kali entri cerita seram tu keluar, memang tak pernah tak baca sampailah gangguan ni berlaku. Ganggu mengganggu ni waktu lepas baca cerita seram je, waktu lain tidak. Tahap paling dahsyat bila terasa 'dia' mendengus depan muka. Bila dah kena kacau, memang takdelah aku baca lagi kisah seram tu. Korang pernah kena ganggu?

Thursday, 9 April 2015

Ada yang rindu ke?

Assalamualaikum... tak sampai sebulan pun tutup blog, dah ada yang rindu. Eh, ada ke? Terima kasihlah kerana sudi lawat tiup habuk ANC ni. Tutup haritu sebab malasnya nauzubillah nak menaip. Maklumlah tengah demam marathon Korea; orang jakun dapat sedut drama percuma banyak-banyak macam ginilah. Sampai rumah buat apa yang patut lepas tu bukak laptop dan layan dua atau tiga episod drama Korea. Itu kalau hari kerja, kalau hari cuti, layanlah sampai laptop tu yang tengok aku. Hahaha...

Disebabkan ada permintaan untuk dibuka kembali blog ni, maka Tuan Tanah yang baik hati ni pun bukalah kembali blog ni kepada umum. Korang tak klik iklan Nuffnang tu, siap! *sambil goyang-goyangkan jari telunjuk tangan kanan manakala tangan kiri berada di pinggang* Semoga isi kandungan blog ni memberi manfaat untuk sesiapa yang mencari maklumat daripada apa yang pernah aku catatkan. Doakan demam ni cepat kebah; kalau tak karang Tuan Tanah tutup balik blog dia. Heeee...