Engagement Fund ;)

Saturday, 30 May 2015

Asal Boleh...

Minggu ni minggu sibuk dan stress dan tension. Dah hujung sem ni, semua nak kena cepat aje dan azam sem lepas tak tercapai pun. Bila stress, benda kecil pun boleh buat mood berpusing habis dan akhirnya satu hari tu mood ke laut. Paling kecik hati petang tadi la bila aku tolong orang tu tapi orang tu buat pandai je tak ambik kisah pun? Boleh buat tak dengar sambung borak bukan hal kerja tu daripada buat kerja? Memang takdelah aku nak tolong dah lepas ni. Sentap ok! Biarlah telefon tu bunyi macam nak pecah pun, takkan ku angkat lagi. Pasal minggu sibuk pulak sebab jadual padat dari Isnin sampai hari ni.

Cerita dimulakan dengan awal minggu. Hari Isnin macam biasa, sibuk uruskan bahan P&P untuk kelas hari Selasa dan Rabu. Petang tuisyen dan malamnya melantak chicken chop dengan crime partner.

Hari Selasa ni yang penat. Paginya tanda kertas tugasan budak-budak ni, petangnya kelas dan pukul 5.30 main rounders peringkat akhir. Cerita rounders tu kena entri khas sebab dapat johan. Habis main dah dekat pukul 7, sampai rumah pukul 7 lebih. Rehat kejap bagi peluh kering, mandi dan solat dan keluar untuk tuisyen. Kak Ijan minta tolong ganti kelas sejarah untuk tingkatan 1 sampai tingkatan 3. Pergh, nota baru dapat semalam, dengan banyak benda nak kena fikir, memang tak cemerlang prestasi aku dalam kelas malam tu. Sampai rumah pukul 10 lebih dan makan nasi sebab laporrrr. Nasi panas yang lembik sikit gaul dengan sambal taon yang aku beli dekat Saie, memang tahan jelah nafsu ni daripada menambah nasi.

Hari Rabu ada kelas tiga slot termasuk untuk ujian. Stress jugak ni sebab dah kata ujian, mana boleh bercakap? Hangin je haku dengan budak-budak ni. Pulak tu buat ujian dalam perpustakaan dan gabung kelas dari bidang IT dan CAD, makan hati jelah dengan perangai tak makan saman diorang.

Hari Khamis ada sambutan hari guru dan semua sambutan yang tak disambut lagi, sekali dengan hari kecemerlangan. Walaupun jadi penonton, penat jugaklah duduk dan beri tumpuan. Kertas yang berlambak-lambak tak bertanda lagi tu, penyebab stress jugak.

Hari ni, semangat nak derma darah dekat Pusat Angkasa. Ingat nak pergi derma lepas tu nak balik tapi budak-budak tu tak ada yang pantau pulak. Tunggu jugaklah sampai tengah hari. Paling seronok sekali bila tak layak jugak nak derma darah sebab HB rendah lagi; 12. 1 je. Sobsobsob.... Kecewa dan penat isi borang dia yang banyak nau benda nak kena tanda tu. Jadi dekat sana buat apa je? Dapatlah tengok tayangan 3D dan beli novel yang ditunggu-tunggu kemunculannya dari awal tahun haritu lagi iaitu Kimchi Untuk Awak. Sebut pasal kimchi, tak menyempat nak buat kimchi untuk stok bulan puasa. Rindu hoih nak makan kimchi buatan sendiri. Maka berakhir sudah entri tak berapa ada faedah ni dan saya akhiri dengan gambar novel KUA.

Monday, 25 May 2015

Berprogram di Tengah Hutan - Episod 2

Sebelum terlupa, aku sambung catatan kem kepimpinan pada hari kedua. Pagi tu bangun awal jugaklah sebab masing-masing tak dapat tidur kan. Mandi dan bersiap semua, terus pergi makan. Waktu kitorang makan, budak-budak semua dah siap makan; tinggal AJK Makan je yang tinggal dekat tempat makan tu. Terbaiklah budak-budak ni sebab dah siap tuang air dan simpankan makanan untuk kitorang. *tepuk tangan* Lepas makan pulak, siap basuhkan tray dan cawan lagi, rasa bersalah dibuatnya. Hehehe...

Habis makan, terus ke kawasan lapang untuk aktiviti sukaneka. Permainan ini dinamakan sebagai Volley Ballon; ala-ala bola tampar gitu tapi guna belon berisi air dan tuala. Cara dia, setiap orang dalam kumpulan akan berpasangan dan kena pegang satu tuala. Belon akan dilantunkan ke pasukan lawan menggunakan tuala dan pasukan lawan kena sambut dengan tuala jugak. Barang siapa yang menyambut belon dengan tangan, dikira batal. Yang main dah tentulah penat fikir strategi dan penat melaksanakan strategi yang dirancang; yang tak main ni penat gelak je sebab memang lawak; nak-nak pengadil merangkap pengulas memberikan ulasan-ulasan yang sengal dan mengundang ketawa. Dalam gambar tak nampak la lawaknya tu tapi bila tengok rakaman, memang tak berhenti ketawa. Nah layan gambar perlawanan Volley Ballon ni.







Lepas main volley ballon, ada aktiviti ketangkasan sikit di mana semua orang kena peka dan cepat dengar arahan


3 orang yang tidak berjaya menyelesaikan tugasan yang diberi..ini paling lawak sekali dan kena tengok video baru gelak berdekah-dekah...heeee

Dah selesai Volley Ballon, sambung ke aktiviti air pulak. Inilah aktiviti yang ditunggu-tunggu tapi sebelum masuk air, kena panaskan badan, sediakan minda, cekalkan hati dulu atas darat. Ini aktiviti yang dibuat oleh jurulatih untuk melatih budak-budak ni supaya sentiasa berkerja dan bergerak dalam kumpulan walau apa pun yang terjadi.
Ambik gambar ramai-ramai sekeping

Angkatlah sampai belakang

Lumba pindahkan air dari gelas ke gelas dimana semua gelas mesti berisi air dipenghujung aktiviti

Cara berkayak yang betul; tangan mesti hujung pendayung dan badan kena bongkok setiap kali pendayung dihayun


Bila pendayung ditegakkan, maknanya semua kayak kena berkumpul

Habis aktiviti, taklimat dari jurulatih tentang penggunaan buoyancy jacket dan juga isyarat yang perlu difahami ketika berkayak serta cara berkayak yang betul. Walaupun aku bersungguh-sungguh dengar jugak taklimat tu, tapi waktu berkayak tu asyik berpusing-pusing tempat sama je. Hahaha... Selesai taklimat, bermulalah aktiviti air pertama iaitu water confidence. Aktiviti inilah yang pernah aku buat waktu kem persediaan sebelum jadi fasilitator minggu orentasi tahun 2008 dulu. Dahlah tak reti berenang, takut air pulak tu, memang masaklah ahli kumpulan aku dulu. Kali ni sebab aku tengok je dari jeti, maka kemain bersungguh-sunggh bagi galakan dan kata semangat kepada mereka yang macam yours truly ni. Hahaha.. Atas darat boleh la nak bagi galakan bagai, cuba masuk air tengok? Sama takut jugak dengan diorang tu. Hehehe..



Habis water confidence, mereka dibahagikan kepada dua kumpulan; satu kumpulan pergi berkayak dan satu kumpulan lagi buat lake crossing. Sementara orang lain buat lake crossing, aku dengan Kak R pergi berkayak dulu sebab ada dua kayak single jadi bergilir dengan Kak E dan Kak D nanti. Kerja-kerja memasukkan kayak dalam air budak-budak lelaki yang buat. Waktu aku nak masuk dalam kayak pun diorang tolong; tolong tahan kayak supaya kekal statik jelah. Dekat sini dah mula drama dah; "Kamu tahan jangan bagi bergerak tau!" Cuak punya pasal, habis semua orang berenang dekat kayak aku. "Ye Miss, kitorang tahan dah ni." Dah masuk dalam kayak, tak gerak ke depan pulak, asyik berpusing je kat situ. Sekali lagi diorang ajarkan nak buat cemana. Waktu simulasi kayak atas darat tadi kemain senang rasanya, bila dah pegang dayung dia, eh susah pulak? Lama-lama berjaya jugak sampai ke tengah.


Mulanya aku tak nak terjun tasik buat lake crossing ni sebab telinga masih tak berapa okey lagi, takut masuk air kang susah pulak. Tapi bila tengok semua orang terjun tasik dan kemain seronok lagi budak-budak ni ulang alik rentas tasik, tak boleh jadi ni; kena jugak terjun. Waktu nak terjun dalam tasik ni yang ambik masa kemain lama nak bertenang sebab takut air. Tadi kemain bagi kata-kata semangat dekat budak-budak tu, sekarang ni budak-budak tu yang bagi kata-kata semangat kat aku dari dalam air. "Takpe miss, turun perlahan-lahan." "Ok miss, turunkan kaki dulu, tangan paut dekat kayu." "Boleh miss, saya tunggu kat sini." Kahkahkahkah.... Bagus budak-budak ni punya kata-kata semangat. Dah terjun tu, tak gerak-gerak dari pautan kayu sebab tak pandai imbang badan lagi. Cara imbang badan tak nak kasi tenggelam, cara nak berenang, cara nak terapung, semua budak-budak tu yang ajar. Dapatlah jugak terapung dan merentas tasik tu satu pusingan. Terima kasih awak semua yang ajar saya haritu.



Dah puas berendam semua, kenalah naik dan bersihkan badan. Balik chalet, mandi dan tukar baju, tunggu zuhur dan tidurlah kejap sebelum aktiviti seterusnya pada 2.30 petang. Yang itu sambung di episod seterusnyalah ye.

Sunday, 24 May 2015

Macam-macam

Hujung minggu ni patutnya ada jemputan kenduri yang perlu dipenuhi tapi sebab ramai orang tak sihat dalam rumah ni maka tak pergi mana-mana sudahnya kecuali ke pekan. Hari Jumaat petang, macam ternampak banner tentang kempen derma darah di Hospital Banting tapi tak jelas sangat. Tapi malamnya tetaplah tidur awal sebab cuba jelah tengok esok; kalau ada, kita derma, kalau takde kita balik. Semangat la malam tu tidur macam hari kerja dan minum ephyra sebab kadang-kadang malas nak bancuh kan. Paginya pulak bangun subuh pastu tidur balik; kena cukup tidur kekdahnya.

Sarapan pulak tak minum kopi pun tapi ganti dengan tamar koko sebab air bercoklat boleh menambahkan darah (ye ke?). Siap hirup pati delima lagi sebab takut hb rendah. Waktu tengah bersiap, masuk mesej dalam Wasap Kutu Gaji; Pn. S ajak datang sebab memang ada derma darah pun. Sampai sana, cari tempat derma darah tu dan teruslah mendaftar. Waktu nak periksa HB ni yang berdebar. Dah cucuk jari, sedut darah sikit untuk diuji dan tak lama tu dia cakap; "Maaflah, hari ni tak boleh derma sebab HB 12.4. Kalau 12.5 baru kita benarkan." Aigoo, beza 0.1 je punnn. Ni yang malas bila dia uji guna mesin sebab bacaannya jadi sangat tepat. Kecewaaaaa.... Takpe, Jumaat depan boleh cuba lagi dekat Pusat Angkasa.

Dari hospital, terus tapau lauk siap-siap dan sampai rumah masak nasi je. Sementara tunggu nasi masak, pergilah jolok buah mangga depan rumah. Sangat betul rasanya bila banyak yang membusuk. Disebabkan jolok sorang-sorang, maka tak dapat banyak sangat sebab tak berapa nak tinggi. Hehehe... Habis menjolok, kepala dah mula berpusing dan berdenyut; bahana mendongak terlalu lama. Petang tu makin dahsyat pulak denyutannya maka tidurlah kejap dengan harapan sakit kepala akan hilang. Lepas bangun, makin menjadi pulak denyutannya. Ni sebab tak minum kopi ke pagi tadi? Okeylah, lepas maghrib aku bancuh kopi sebab selalunya bila minum kopi dia hilang.

Malangnya lepas minum kopi 3 in 1 Agromas, makin menjadi-jadi pulak sakitnya sampai muntah. Pusingan pertama memang muntah kopi jelah. Lepas tu muntah lagi sampai keluar isi perut. Lepas tu muntah lagi dan lagi sampai tak keluar menda dah. Sahihlah migrain ni sebab dengan denyutan yang menjadi-jadi belah kanan dan tak boleh langsung tengok skrin telefon dan laptop, cahaya lampu apatah lagi; ini petanda migrain tahap kritikal. Bunyi orang mengunyah makanan pun boleh jadi amukan waktu-waktu macam ni.

Kalau migrain biasa takdelah sampai muntah. Kali terakhir kena migrain kritikal ni waktu kat U dulu kot. Memang sakit hoi! Bila muntah je, sakit tu lega sikit tapi kejap jelah lepas tu berdenyut balik. Kerjanya malam tadi keluar masuk bilik air sampai tak sedar tertidur. Disebabkan aku tak simpan ubat, bertabahlah tahan sakit dengan sapuan minyak angin yang tak berkesan sangat pun. Hari ni seharian tidur sampai kepala dah ringan. Tu jelah nak cerita.

Rounders: Main ke, Main-main?

Ini kisah sukan institut yang bermula minggu sudah. Macam biasa, bila kata sukan, mesti ada bahagian staf lawan pelajar. Jenis-jenis sukan pun yang biasa jugak macam bola jaring, bola tampar, ping pong, bola sepak dan sepak takraw. Ada juga permainan dalaman macam dart, chess dan congkak. Satu permainan baru untuk kali ni adalah rounders. Kemain kenalkan sukan-sukan yang ada, Tuan Tanah masuk yang mana satu?

Kalau tak ada rounders dengan congkak, memang tak main apa-apa la sebab takde bakat. Bola jaring memang tak masuk buku sebab memang tak reti. Dulu main dekat sekolah buat syarat je sebab kena duduk dalam persatuan tu. Tak suka bola jaring sebab waktu sekolah rendah dulu asal main je mesti gaduh, asal gaduh je waktu main bola jaring. Penat gaduh je; terus tak suka. Maka aku main congkak tapi kalah sebab dah tak ingat mainnya macam mana; main taram je, terus kalah. Nangis...



Rounders pulak sebab dia berpasukan, maka selamatlah. Disebabkan lepas orang tu, orang tu jugak yang kena main semua permainan, maka perlawanan rounders pertama antara staf dan TPP bermula terlalu lewat sampai kena buat dua hari. Punya lama tak main rounders ni sampai dah tak ingat langsung peraturan dia. Walaupun pengadil ada bagi taklimat sebelum perlawanan mula, waktu mula-mula main tu blur jugak. Orang kata jangan pukul, aku tak pukul. Orang kata lari, lari. Orang kata ambik 'ball', aku buat je.



Kak N kata, masing-masing gaya tak nak kalah tapi tak reti main. Hahahaha.... Haruslah kena gaya lebih, ramai penonton kot! Hari pertama je la yang ramai pun sebab orang lain dah habis lawan kitorang baru mula main, memang penuh la keliling padang tu. Budak-budak sem 2 siap cakap; "Miss, kalau menang takde kelas kan Rabu ni?" Ewah, banyak cantik? "Kalau menang saya buat dua slot kelas." Hahaha...

Permainan kali ni, diorang letak 7 pemain. Sebelum tu, meh nak kenalkan istilah-istilah asas dalam rounders.
Ball
Strike
Foul

Sebelum main, kena osom dulu untuk tentukan giliran siapa yang akan mulakan permainan. Seronok gak main osom ni; nak osom pun kena gaya poyo sebab dah lama tak osom. Hahaha... Staf menang osom, maka staf pukul bola dulu. Pasukan lawan akan baling bola dan pasukan staf akan pukul. Senang kacang je pun benornya tapi pusingan pertama tu memang blur habis ko! Ahli pasukan cakap kalau bola bawah, jangan pukul. Kalau sampai tiga kali pembaling tu baling bola tak cantik dan kitorang dapat 3 kali ball, maka pasukan kitorang automatik layak teruskan permainan; pemukul boleh bergerak ke rumah pertama dan ahli lain ambil giliran memukul. Itu penggunaan istilah ball; istilah strike pulak kalau beria hayun kayu pemukul tiba-tiba pukul angin je bukan pukul bola, cukup 3 kali terus out; tukar pemukul lain. Pemukul yang pukul angin tadi tu mati.

Lepas tu kalau kita pukul dan bola tu terus dapat disambut oleh pembaling, automatik satu pasukan mati. Kalau ahli pasukan bermastautin dekat dalam rumah-rumah yang ada tapi dah tak ada orang nak pukul bola pun, automatik satu pasukan mati. Lahai, senang je ke peraturan dia? Dah hari kedua main baru faham betul-betul. Dah tu selama ni tengok 9 End 2 Out, Gentleman's Dignity dengan Wild Romance, setakat tengok hero hensem? Heroin cantik? Yang diorang bersungguh-sungguh main rounders ni, tak perasan ke? Perasan jugak, tapi tak faham dan malas nak faham. Lepas ni kalau tengok balik drama-drama ni sahih dah faham apa yang berlaku. Hehehe...
Pergh, gaya takmo kalah tapi foul...hahahaha...

Bila dapat pukul, cepat-cepat letak pemukul dan lari ke 'rumah' seterusnya. Ada 4 rumah kalau tak silap haritu. Agak-agak pukul jauh, bolehlah habiskan pusingan tapi kalau pukul tak berapa nak jauh, ko berhentilah dekat rumah yang sempat. Waktu aku pukul je budak-budak ni cakap; "Miss, surau miss." Maksudnya diorang suruh pukul jauh-jauh sampai surau nun. Dapatlah dua kali kot merasa lari; selebihnya foul waktu pukul buat pertama kali. Kecewa dibuatnya! Foul adalah bila bola kena kayu pemukul tapi melantun ke belakang. Terpaksalah sokong ahli pasukan yang hidup sampai terlompat-lompat, terjerit-jeritlah tepi padang tu. Hahahaha...
"Lari, lari, lari...okey, stop!" penyokong kat tepi menjerit...

Atlet harapan pertama; jauh gila okey budak ni pukul...

Atlet harapan kedua; sama jauh pukulannya dengan atlet pertama tadi..

Dengan bakat dan kekuatan atlet yang ada pada beberapa ahli pasukan, pasukan staf layak ke pusingan akhir dan akan bertemu TPM pada hari Selasa depan inshaAllah. Patutnya hari Khamis lepas tapi sebab ramai yang tak ada, tunda sampai Isnin. Tapi aku mintak tunda sampai Selasa sebab hari Isnin ada tuisyen; kesian budak-budak tuisyen sebab minggu ni dah tangguh kelas dah.
Fighting!

Friday, 22 May 2015

Kill Me Heal Me

Ini antara cerita terbaru yang berjaya disedut dari crime companion waktu berjimba dekat Sweetree haritu. Mada dengan Radin la yang kenalkan cerita ni sebab diorang kata best; gandingan hero dan heroin Secret Love iaitu Ji Sung dengan Hwang Jung Eum.


Cerita dia pasal hero - Cha Do Hyun - yang ada sakit mental yang menyebabkan banyak personaliti tercipta. Nama sakit dia adalah Dissociative Identity Disorder, D.I.D. Setiap personaliti mempunyai karekter berbeza. Personaliti pertama adalah Shin Se Gi yang kasar dan penuh dendam. Kemudian, Perry Pak yang suka suasana santai dan isi masa lapang dengan buat bom. Lepas tu ada kembar; Ahn Yo Sub dan Ahn Yo Na. Ahn Yo Sub wujud sebab dia ada terfikir untuk bunuh diri manakala Ahn Yo Na muncul bila dia dalam keadaan stress dan tak mampu nak tangani stress tu. Banyak-banyak karakter, Ahn Yo Na paling win sekali sebab dia sengal. Hahaha... Selain tu ada dua karakter minor iaitu Nana dan Mr. X.

Hero mengalami DID disebabkan tekanan yang dia hadapi waktu kecik-kecik dulu. Macam biasa, drama Korea punya jalan cerita tak lari daripada konflik keluarga dan perebutan harta termasuklah cerita ni. Perkaitan secara kebetulan pun dah biasa dah; kalau tak berkait, tak jadi cerita pulak ye? Keseluruhan cerita, kira best la sebab jalan cerita berkembang cepat walaupun unsur-unsur mendebarkan tu banyak. Mula tengok cerita ni pun sebab Secret Hotel punya jalan cerita lembap nak mamps sampai tak boleh nak tahan. Berhenti dekat episod 4 ke episod 5, tengok cerita ni pulak.

Nak tahu cerita selanjutnya, korang tengok sendiri ok, kali ni tak rajin nak kupas dan cerita plot demi plot. Lagipun karang korang tak berdebar pulak kan, makanya selamatlah menonton ye.

Saturday, 16 May 2015

Kari Ikan Merah

Lama benor tak tampal resepi dalam ni, maka malam ni merajinkan diri letak resepi ni untuk rujukan sendiri di masa hadapan. Kalau korang nak cuba pun boleh, tapi kalau tak jadi, jangan marah haa. 



Bahan-bahan:
3 potong ikan merah
1 biji bawang besar (dihiris)
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
3 sudu besar rempah kari (bancuh macam pes)
1 1/2 sudu besar serbuk cili
1 camca jintan manis
Rempah 4 sekawan secukupnya (kayu manis, buah pelaga, cengkih, bunga lawang)
1 camca pes asam jawa
2 tangkai daun kari
1/2 cawan santan
4 cawan air
Bendi dan terung

*ditumbuk bersama-sama

Cara memasak:
1. Goreng jintan manis sampai dah tak meletup, masukkan hirisan bawang besar dan tumis sampai layu. Kemudian baru masukkan bahan yang ditumbuk. Tumis sampai garing.
2. Masukkan serbuk cili dan kacau cepat-cepat sebab dia senang hangus; lepas tu baru masukkan pes kari. Kacau sampai sebati dengan bahan tumisan, letak air sikit dan biar sampai pecah minyak. Waktu menumis ni memang kena guna banyak minyak baru rempah dia menjadi.
3. Dah pecah minyak, masukkan daun kari. 
4. Masukkan pes asam jawa dan air, biarkan mendidih barulah masukkan santan.
5. Masukkan ikan dan bendi serta terung. Kacau dan tunggu sampai mendidih.
6. Ikan dah masak, sayur pun dah lembut, boleh matikan api dan hidangkan.


Macam gambar atas ni, takde makna nak hidang dalam mangkuk cantik sebab makan sendiri je pun. Angkat mangkuk ni dari atas dapur, terus hidang atas meja. Senang kerja; tu yang nampak mangkuk ni comot sebab tepi-tepi tu adalah percikan kuah mendidih daripada proses memasak. Ini cara Tuan Tanah masak selepas dikacukkan dengan cara masak resepi-resepi yang ditemui dari blog-blog masakan yang tersenarai dekat bawah nun. Kalau tak jadi, ampun ye sebab I main campak je. Heeee.... 

Sepotong kek, sebekas takoyaki, sekotak cendawan

Wah, dah jadi macam tajuk novel pulak. Layankan jelah orang yang tengah serabut ni; di penghujung sem memang macam ni, semak otak nak fikir habiskan silibus. Semua orang pun macam tu sampai berebut-rebut nak ambik kelas sampai terpaksa buat kelas tambahan. Jadinya, minggu ni hari-hari sampai rumah dah nak azan maghrib. 

Tak cukup dengan kelas, ada sukan dalaman pulak. Aku takdelah masuk semua acara yang dipertandingkan sebab tak pandai main. Kang elok-elok pasukan staf boleh menang, kalah pulak sebab aku. Baiklah duduk tepi jadi mamarazi. Sebenarnya nak cerita pasal tiga benda kat atas nun tapi mukadimah dia berjela-jela pulak. Heeeee... Nah layan gambar dan cerita pendek di bawahnya.

Kek ni Kak B yang tapaukan sebab waktu tu aku puasa. Sebenarnya dah lama nak pergi cari kek belang-belang macam ni tapi tidaklah berkesempatan. Bila ada orang bawak, terus berazam dalam hati bahawa balik kerja petang ni kena pergi beli jugak untuk buka puasa. Dekat waktu nak balik, tiba-tiba kan, Kak B datang tempat aku sambil hulur bekas berisi 3 potong kek ni; "Nah Farah, buat buka puasa." Terharu sungguh sampai rasa nak nangis. Sobsobsob... Semoga Allah murahkan rezeki Kak B yang suka menjamu kami makan tak kiralah pisang goreng mahupun kerepek. Hehehe... Biasalah kat ofis tu, pukul 3.30 kang ada je yang menyuarakan rasa lapar, tu yang ada je orang bekalkan makanan tu.

Tako ni pulak beli dengan Saie. Kebetulan hari Selasa tu ada seminar dekat Bangi, maka aku risik-risik dekat Saie kalau dia buka tempahan tako untuk hari tersebut. Alang-alang lalu Bukit Changgang tu, bolehlah singgah. Mula-mula dia cakap tak sempat, tak lama tu dia cakap okey pulak. Yeayyy! Gila lama aku ngidam nak makan tako buatan kawan sendiri ni. Beli 10 biji terus dengan harga 10 hengget; puas dapat makan. Inti pun terasa, tak macam aku beli kat pasar haritu, secoet je inti dia? Memang takde dah aku nak beli lagi kat orang tu.

Cendawan ni pulak Saie bagi sebab dia cakap aku rajin masak maka kena rajin tanam cendawan jugak. Hahaha... Rezeki,  rezeki. Lepas nak dekat sebulan dapat kotak ni, baru hari ni aku buka dan tarah X seperti yang disuruh sebab sebelum ni malas nak fikir. Hehehe... Kalau keluar cendawannya nanti aku tunjuk gambar dekat sini. Orang kawasan Banting kalau berminat nak beli pek Encik Cendawan ni, boleh roger ye, nanti aku bagi nombor si Saie ni. 

Saturday, 9 May 2015

SAYA NAK MENANG TUDUNG INSTANT/INNER NECK NAAZNEEN FAIQA BY NEENAANUAR



Sekarang tengah trend tudung instant kan? So today nak memperkenalkan product Naazneen Faiqa by NeenaAnuar ! Tudung Instant Athifa nie sangat sesuai utk dipakai pada bila-bila masa dan ketika... Hanya 3 saat diperlukan utk sarung, betul kan soft awning nya dan kemudian adjust labuh tudungnya!

Nak pergi masjid? Nak ke pasar? Nak pergi rumah jiran? atau secara tiba-tiba ade tetamu yg datang menerpa ke rumah? Nak melakukan aktiviti santai pada hujung minggu? Atau nak pergi bercuti santai ataupun mahu melakukan aktiviti lasak? Mudah sahaja.. hanya dlm masa 3 saat anda sudah siap sedia utk melakukan apa jua aktiviti dengan tudung instant sarung Athifa ini!

Keistimewaan dan kelebihan tudung instant dari NaazneenFaiqa:-

- Tidak perlu digosok

- Material jenis high quality cotton lycra (tidak melekap, sejuk dan lembut)

- potongannya labuh menutupi dada

- membuatkan bentuk muke kelihatan lebih bujur

Menarik tak ciri-ciri tudung instant Naazneen Faiqa ni? Terima kasihlah Kak Neena Anuar sebab keluarkan produk senang dipakai dan labuh macam ni. Aku ni dok perhati je dari haritu nak beli tapi tak sempat-sempat nak beli; bila keluar giveaway ni, cepat-cepat sign in blogger dan buat entri ni. Kenapa aku tertarik dengan produk ni? Sebab dia labuh menutupi dada dan dia ada soft awning, tak perlu risau awning dia rosak terkelepet kalau terduduk ke apa. Paling penting, sesuai sangat untuk aku yang tak kuasa nak gosok tudung kalau nak keluar rumah setakat nak beli santan atau asam jawa. Hehehe... Diharapkan agar Kak Neena boleh hasilkan lagi banyak warna untuk tudung Athifa ni supaya senang nak suai padankan dengan baju yang banyak warna tu. Nak keluar rumah walau sekejap pun kena gorgeous macam Kak Neen jugak sebab tu tudung kena sesuai dengan t-shirt walaupun muka aku selalu tak siap. Kihkihkih...

Friday, 8 May 2015

Tinted Taejang

Dari sehari ke sehari nak hantar Taejang untuk dipasangkan tinted, tak jugak disempatkan sampailah baucer diskaun tu nak tamat tempoh dah. Sebelum ni dah survey dulu dengan Aten sebab kalau datang terjah sorang-sorang, tak pandai. Dah tanya harga semua, aku cakap nak datang nanti-nanti la; nanti-nanti tu sampai hari ni.

Dia cakap kalau hari kerja tak banyak kereta jadi tak payah tunggu lama tapi semalam aku tengok sampai terkeluar kereta dari kedai dia maka tak jadi nak berhenti. Tengah hari tadi aku telefon dulu tanya berapa lama masa yang dia ambil untuk buat tinted tu. Bila dia kata dalam 2 jam, tak jadi pergi tengah hari sebab takut tak sempat nak masuk pejabat balik. Petang tadi pukul 5 tepat aku dah terpacak depan thumbprint machine tu.

Sampai kedai tu dekat 5.30 jugak, jumpa tauke dia kot, terus dia tanya; "Awak ke yang telefon tengah hari tadi?" Lepas tu dia suruh pilih nak pasang yang harga mahal ke murah? Eh, haritu tak bagi pilihan, pasal apa hari ni ada pilihan? Ni yang menyampah nak memilih ni, dah la tak ada sokongan moral dari geng lain. Disebabkan bawak duit cukup-cukup, aku ambik yang murah jelah; Murah tak murah jugak, tolak baucer harga dia jadi 450 hengget. Dah pilih harga mana, dia tanya pulak nak warna apa. Duuuuhh, ada banyak warna ke? Bukan satu je ke? Akhirnya, dia tanya aku, aku tanya dia balik mintak pendapat. Hahahaha... Sape suruh tanya? Aku pilih warna silver sebab dia kata warna gold macam gelap sikit. Lepas dah pilih warna, dia tunjuk dekat satu susunan kotak sambil cakap; "Tak nak pasang visor(kalau tak silap pendengaran)? Saya order banyak untuk Axia tu." Aku jawab; "Nanti-nantilah. Hari ni nak tinted je."

Dah sudah tu, aku duduk la melangut tunggu dia pasang. Waktu dia tengah potong tinted tu ikut ukuran cermin kereta, dia tanya; "Awak cikgu ke?" Ni dah orang awam ke-80 yang tanya soalan tu; ada cop dekat dahi kot ek yang bertulis 'I am a teacher'. Dah jawab ye, dia tanya lagi, mengajar dekat mana. Layan jelah dia borak sampai ada pelanggan lain datang tanya pebenda entah, barulah aku duduk melangut sorang-sorang. Bawak keluar buku konon nak habiskan baca tapi baru baca dua bab, mata dah terkelip-kelip tahan ngantuk. Hahaha..

Sebab ngantuk, aku main game dalam Note dan diselang-selikan dengan jalan-jalan keluar masuk kedai sampai dia cakap, kalau bosan pergilah kopitiam sebelah tu. Masalahnya aku mengantuk, bukan bosan sebab nak bunuh kebosanan boleh baca buku atau main game tapi mengantuk ni tak boleh layan dan tak yakin nak makan dekat kopitiam tu.


Sambil aku ke hulu ke hilir, keluar masuk tu dia sempat lagi promosi perkhidmatan lain yang dia ada selain tinted. "Saya tengok awak letak suratkhabar dekat tempat kaki, tak nak bagi kotor, saya ada jual tu (tunjuk dekat gulungan alas kaki) jugak. Ukuran dia lagi besar dari yang original; origanal punya kecik kan?" Memang nak beli pun tapi kena tunggu dulu sebab gaji bulan ni masuk lewat sikit; Dia sambung lagi; "Kalau kunci kereta sekarang takde bunyi kan? Saya boleh buat kasi ada bunyi 'beep'. Kereta baru ni kalau tekan brek tak kunci pintu automatik kan? Saya boleh buat tanpa usik sistem asal kereta." Tengok, semua benda dia nak jual kat aku, pakkal aku takde bajet je kalau tak dah selamat masuk bil. Hahaha... Aku dok jawab; "Nantilah kemudian-kemudian. Hari ni saya pasang tinted je dulu." Dia balas balik; "Yelah, banyak mau pakai duit kan sekarang." Tahu pun!


Gedebuk gedebak, pukul 7.15 jugak baru siap semuanya. Maka selama dua hari ni tak boleh turunkan cermin tingkap sebab gam dia tak kering lagi. Tak bolehlah merayap eh esok ni? Duduk rumah je kemas rumahlah nampaknya. Setakat ni puas hati la dengan servis dan layanan kedai ni, tauke dia muka peramah dan peramah jugak orangnya. Tauke dia la kot tu sebab nak buat apa-apa, orang lain tanya dia dulu dan orang hantar barang pun dia yang uruskan. Lepas ni nak pasang aksesori entah apa-apa dekat kereta tu boleh datang sini je sebab kemain banyak benda tambahan yang dia jual; sediakan duitnya aje.

Thursday, 7 May 2015

Imbas Kembali - Kembara Korea Kami Tahun Lepas

24 April lepas genap dah setahun kitorang tinggalkan Korea selepas ke sana untuk kali pertama. Alhamdulillah, ada rezeki kami untuk sampai ke sana. Dekat FB memang hari-hari aku buat throwback dari hari pertama dekat sana sampailah 24 April. Kalau ikut kehendak, memang tahun ni nak pergi lagi tapi ikut poket, makcik tak mampu nak! Kehkehkeh... Maka tahun ni adalah tahun untuk penuhkan semula tabung-tabung yang dah kena korek tu. Lagipun nilai RM jatuh teruk jadi perbelanjaan memang akan meningkat kaw-kaw punyalah melainkan memang nak melancong secara jimat.

Kalau nak baca catatan perjalanan kami di sana, boleh tekan label Hanguk Tour dekat bahagian label ye. Jadi, apa yang dirindui? Rindu semuanya! Rindu dengan kesopanan orang Korea, rindu dengan keindahan alam di sana, rindu dengan makanannya, dan rindu nak naik bas dia. Untuk yang dah pasang niat nak ke sana, tetapkan hati dan gigih berusaha untuk kumpul duit sebab berjalan ke negeri orang ni sangat-sangat memberi banyak pengajaran dan keinsafan. Mula-mula macam mustahil nak kumpul duit tapi bila dah ada sasaran dan matlamat yang jelas, inshaAllah segalanya mungkin. Nah layan gambar jelah.

Bersama pemandu pelancong berbangsa Korea di Cheonggyecheon

Di padang kenangan, bersama Mada...

Selepas kembali dari Pulau Nami

Merenung ke luar jendela...

Waktu ni tulis ikut kertas dari staf muzium je, lepas balik dari Korea baru sibuk belajar hangul...pebenda la ko ni Farah?

Auwwww, Kwon Sang Woo! Fewwit!

Bersama dengan salah seorang pengawal istana di Deoksugung Palace

Shopping time at Myeondong

Lepas setahun, bedak kompak Skinfood yang bapak murah nak mamps tu pun tinggal daki. Gigihlah aku korek tiap pagi nak tepek dekat muka. Nak beli, macam tak gamak je sebab bila dah sampai sini, dari 30 hengget, dia jadi 80 hengget. Bakpe la mahal sangat hoi! Adalah ushar tiga empat kali tapi tiap kali tu tak gamak nak keluar duit beli. Kedekut sangat ko ni Farah oi! Hahahah...
Seeeee, 10900won sahaja!

Sape nak pergi Korea lagi? Kirim boleh? *senyum senget sambil kelip-kelip mata* Korang kalau pergi sana, belilah mekap jenama Korea ni sepuas hati sebab harga dia memang beza sangat sangat. Tapi jangan borong banyak sangat sebab biasanya mekap diorang tak guna bahan kimia sangat jadi tak tahan lama. Sekian, entri imbas kembali setahun lalu. Kepada yang nak ke Korea, mohon bagi tahu sebab nak kirim bedak tu. Heeee....