Engagement Fund ;)

Friday, 26 June 2015

Waregen; Sambutan Awal

Balik dari servis Taejang, pergi kedai buku depan pejabat pos nak beli kupon letak kereta supaya tak perlu lagi kena saman. Cerita saman ni nanti buat entri lain. Heeee.... Tetiba ternampak satu kedai kopi cun yang disebut-sebut kawan sekolah rendah dalam FB. Berdasarkan cerita di FB, kawan yang menyebut-nyebut tu adalah pembekal kek di kedai kopi ni. Poyo je aku Google segala nak tahu lokasi tetiba senang kacang je nak jumpa. Ciss!

Terus wasap crime partner untuk memaklumkan tempat ngopi baru. Dan dan crime partner ajak ngopi malam ni. Aku pun okey kan aje sebab bulan puasa ni kurang minum kopi, maka rindu jugaklah nak minum kopi yang kaw. 

Tempat dia senang sangat nak cari dan parking pun bersepah. Paling penting adalah dekorasi kedai yang santai dan sesuai sangat untuk lepak-lepak sambil borak sampai terbalik meja. Kopi dia pun memang terbaik! Berbaloi bayar mahal dengan suasana dan rasa kopi dia yang memang pekat dan kaw. Paling best bila kopi tadi dibelanja oleh crime partner. Kikikiki....Sambutan hari jadi awal katanya. Pun bolehlah walapun ada lagi seminggu nak sampai tarikh sebenar. Kumawo chinggu!
Iced Latte for her and Iced Mocha + Meringue Brownies for me...this is how brownie supposed to be where it is gooey and chocolatey...

Agak-agak jiwa kacau tapi tak ada geng nak dibawa berbincang, bolehlah lepak dekat sini sambil minum kopi, makan brownies, dan baca buku dengan ditemani suasana yang aman damai. Perggghhh, terus hilang masalah kekdahnya. Waktu operasi adalah dari jam 10.00 pagi hingga 1.30 pagi, setiap hari. Ada segala mak nenek kopi yang dijual dekat Biji Kopi dan Setarbak dan ada pelbagai jenis kek dan manisan. Makanan berat tak ada ye, kalau perut lapar nasi, jangan datang sini sebab boleh meroyan dibuatnya. Hehehehe.. Disebabkan ngopi lepas berbuka dengan makanan berat, maka jenuh jugak nak habiskan brownie tu sebab waregen.

Lega Bila Dah Selesai

Selepas bertangguh dari awal bulan haritu, akhirnya berjaya hantar Taejang untuk diperiksa. Sepanjang 10 tahun memandu, inilah pertama kali pergi pusat servis sendiri dengan tujuan untuk servis kereta. Kalau tak sebelum ni semua Abah yang buat. Ada jugak cakap dengan Abah nak ikut pergi servis kereta, nak belajar la konon tapi nan hado Abah nak layan. Makanya sepanjang memandu Mrs. Kanc memang tak pernah sekali pun pergi hantar dia servis. Yang aku tahu, bila dah sampai masa nak servis, aku bagi tahu Abah. Hehehe...

Disebabkan kerja semua dah selesai, maka isi borang kebenaran keluar dan tanda tangan TP untuk keluar. Tuan Tanah memang skema, tak pernah ngular. Kalau takde kerja pun duduk diam-diam dekat kerusi. Baik kan? Tu yang kalau nak keluar untuk urusan peribadi kena ikut prosedur atau semua orang akan tahu aku tak ada. Gituuu...

Sebelum pergi servis, aku tanya semua orang macam mana nak servis kereta. Pertama kali kan? Haruslah cuak. Hahaha... Sonang yo. Pergi pusat servis, bawa keluar buku servis dan kunci kereta, dan jangan lupa untuk ingat meter semasa supaya mudah nak jawab bila orang di kaunter tanya. Kebetulan waktu pergi tadi, dapat dekat kaunter orang yang dikenali, maka tak adalah cuak tahap gaban.

Serahkan buku servis dan kunci kereta dan dia akan tanya soalan asas macam bila kereta keluar, meter semasa berapa, dan ada masalah tak sepanjang memandu kereta baru ni. Itu jelah. Ada satu soalan cepu cemas yang membuatkan aku cuak jugak iaitu; "Waktu akak bawak kereta, ada tak rasa gegar gegar?" Ah sudahhh. Maka aku pun mengimbas kembali saat kejadian minggu lepas, waktu aku dalam perjalanan pulang lepas hantar kimchi kat rumah Kak Eli kat Klang.

Sepanjang memandu Mrs. Kanc, Preve dan kereta-kereta lain yang pernah disuruh pandu, tak pernah rasa begitu. Waktu tengah laju tu rasa macam enjin gegar macam dia nak mati padahal tengah laju. Bila dia tanya tadi, aku cakap la bila bawak laju dalam 80 ke atas, dia jadi macam tu. Tapi waktu dia pandu uji dan waktu aku uji pandu dengan juruteknik duduk di sebelah, tak ada gegar padahal dah tekan sampai 90++. Mungkin bila perjalanan jarak jauh kot dia jadi begitu sebab selama ni ulang alik pergi kerja, pergi tuisyen, merayap sekitar Banting, tak ada pulak. Bila jalan jauh sikit dia jadi macam tu.

Sambil memandu uji, aku tanya kalau Axia lain pun ada masalah macam ni jugak dan dia kata ada cuma gegarannya adalah pada waktu kereta mahu mula bergerak. Aku tanya lagi, bahaya tak kalau situasi yang macam aku ni? Dia kata bahaya jugak tapi dia dah periksa semua tak jumpa puncanya. Jadi penyelesaiannya adalah dia cuci je tempat yang mungkin punca kepada gegaran dan dia kata kalau ada masalah lagi suruh datang cecepat. Hhhmmm, baiklah.

Terima kasih kerana memeriksa Taejang. Tak lama pun tadi dan yang penting tak perlu bayar apape. Jangan nak berdondang sayang sangat ye sebab tetap kena mula menyimpan untuk masalah tak terjangka. Bela kereta ni macam bela orang, bila meragam, tak boleh nak tangguh-tangguh dia punya penyelesaian tu, kena waktu tu jugak. Esok kena jugak hantar Taejang untuk dibasuh sebab rupa dia dah tak hensem macam Taejang Choi Young. Heeee....

Wednesday, 24 June 2015

Sampai Nak Tersembam!

Penangan tak tidur semalaman, beginilah jadinya bila masuk kerja. Sambil isi markah budak-budak ni dalam sistem, boleh aku terpejam mata sampai nak tersembam dekat keyboard. Bukan tak nak tidur, tapi tak boleh tidur. Dah padam lampu, dah baca doa, dah ambil posisi cantik punya, tiba-tiba tak mengantuk. Siap dah golek-golek nak kasi mengantuk jugak tapi tak boleh. Sebelum tu memang dah rasa mengantuk tapi bila baring, eh eh, segar pulak?

Semalam memang la cuti 'terpaksa' sebab ada benda tak selesai yang bila fikir sampai susah hati(padahal benda tu kalau buat kejap je siapnya). Tapi benda tu tak kritikal pun, yang kritikal adalah pemikiran dalam otak yang penat dan tak ada mood nak pergi kerja. Boleh gitu? Orang tak ada cuti, akan ada masa angin kus-kus ni datang tapi jarang sangatlah dia datang. Bila tak kerja, tidur siang tu lebih sikit la kan tu yang bila malam boleh tiba-tiba jadi segar kot.

Dah tak boleh tidur, pasang laptop, layan Running Man la. Kadang bila tengok Running Man boleh buat mengantuk jugak tapi kali ni tak menjadi mengantuk malah boleh sambung ke episod seterusnya sampailah dah waktu sahur.

Ni air kotak malam tadi, haus gila punya pasal + terliur tengok budak-budak tu minum, belilah sekotak padahal dekat peti ais kat rumah tu macam-macam perisa ada, tak heran pun...

Sejak mengajar tuisyen malam Rabu, biasanya hari Selasa memang tak akan pasang laptop sebab tak sempat dan penat. Habis tuisyen pun dah pukul 10, sampai rumah paling tidak pun pukul 10.30, mana sempat nak tengok laptop? Bulan puasa ni tuisyen mula lewat setengah jam maka habis pun lewat jugalah. Rezeki nak tambah pendapatan melalui cara ni, alhamdulillah. Ada lagi tawaran untuk jadi cikgu tuisyen tapi rasa macam tak larat pulak. Cukuplah dulu setakat yang ada. Okey, dah hilang ngantuk, nak sambung isi markah balik. Babai :)

Sunday, 21 June 2015

Baca Buku, Dapat Tupperware

Dekat mana pulak baca buku boleh dapat Tupperware? Kenalah masuk bertanding dulu, baru boleh dapat hadiah. Pertandingan ini dianjurkan oleh Bahagian Pusat Sumber sempena Hari Membaca Sedunia. Memandangkan senang kacang je nak masuk bertanding, maka semangat berkobar-kobar nak masuk bertanding. Lagipun dah lama sangat rasanya tak membaca secara semenggah.

Syaratnya senang je, kena baca sekurang-kurangnya 3 buku umum dan 1 buku teknikal dan hanya buku-buku dari pusat sumber sahaja. Dengan kemasukan buku-buku yang barulah sangat ke pusat sumber, adalah jugak buku yang boleh dibaca. Dalam tempoh tiga minggu kot, dapatlah aku baca 9 buah buku, 4 buah buku teknikal dan 5 buah buku umum. Jadilah kan?

Memandangkan persaingan tak banyak, maka berdondang sayanglah jugak sebab hadiah disediakan sampai tempat kesepuluh tapi yang masuk tak sampai 5 orang? Maka lain kali, rajin-rajinlah baca pengumuman di papan kenyataan.
Pemalas nak susun, dengan plastik sekali masuk bergambar...hehehe

Taraaa, beg berisi Tupperware, nombor 1 wei! Bagi peluang Tuan Tanah kembang kempis hidung ok? Medal tu pulak Johan untuk Rounders, sekali masuk bergambar...

Alhamdulillah, rezeki naik pentas ambil hadiah. Ingatkan hamper je sekali ambik ko, satu beg Tupperware yang aku dok intai nak beli selama ni. Jimat duit disitu tapi tak ada tempat nak simpan la pulak. Lagi satu, orang-orang bidang teknikal dekat Malaysia ni pun dah boleh mula karang buku rasanya sebab semua buku teknikal baru adalah terjemahan dari buku asal Indonesia. Satu hal pulak aku nak hadam dia punya kosa kata yang diterjemah secara terus (direct translation).

Kepada yang lagi rajin tengok TV, dah boleh mula membaca sebab bila membaca, otak kita akan bekerja dengan lebih keras. Kalau tengok TV, tak payah susah payah nak membayangkan apa yang terjadi tapi bila membaca, kita hadam maklumat dan dalam masa yang sama kena bayangkan apa yang penulis catatkan. Sekian.

Thursday, 18 June 2015

Azam Ramadhan 1436 Cik Farae

Alhamdulillah, masuk sahaja maghrib tadi, bermulalah bulan Ramadhan untuk tahun 1436. Tahun ni dah azam dengan Geng Makan untuk jadi Geng Tadarus sepanjang ramadhan ni inshaAllah. Semoga langkah ini membuatkan hati dan jiwa ku bersih dan berterusanlah amalan membaca  al-Quran setiap hari. Patutnya makin bertambah usia makinlah sedar diri dan kuat semangat nak baca Quran hari-hari, tapiiiii...... sendirilah jawab ye.

Harapnya boleh istiqamah baca Quran dengan tajwid yang betul dan tak curi nafas serta mematuhi isyarat. Kita ni bukan tak pernah belajar, dah belajar, dah khatam, tapi bila tak amal, ada lah jadi sedikit serong di situ. Jom sama-sama imarahkan ramadhan. Kalau ada persoalan dan kemusykilan tentan ramadhan, aku suka rujuk satu buku yang ringkas tapi padat dan mudah difahami ayatnya. Walaupun dah hidup lama dan terdedah dengan segala macam maklumat, zaman fitnah ni kena berhati-hati; rujuk maklumat yang diperoleh dari internet dan sahkan kebenarannya barulah diamalkan dan disebarkan sebab tak semestinya apa yang ramai orang buat itu betul. Inilah buku yang dimaksudkan;


Selain itu, berazam juga nak baiki amalan wajib; solat 5 waktu di awal waktu. Pernah dengar satu ceramah dimana kalau nak buat baik, tak perlulah tunggu insaf betul tapi berusaha untuk insaf dan yang penting mulakan dengan langkah pertama. Nak beramal ni kadang-kadang susah nak ikhlas tapi paksa diri untuk ikhlas, bukan tunggu ikhlas baru buat. Macam tulah kurang lebihnya.

Dari segi tarawih pula, mungkin buat di rumah saja sebab serasa tak larat nak berkejar. Mana nak kemas rumah, mana nak ke masjid pulak jadi buatlah mana yang mampu. Walaupun bujang lagi, tapi tak sama dengan bujang yang memang hidup bujang. Tinggal dengan keluarga kenalah uruskan mana yang patut lagi-lagi bila dah tak ada mak ni; kalau ada mak, lain sikit caranya, tak perlu fikir semua dan hanya menolong saja. Ni akulah kena fikir nak masak apa, akulah kena kemas dapur, akulah nak kena masak sahur, akulah kena bangun sahur awal dan kejut abang-abang yang 'senang' sangat nak bangun pagi tu, akulah semuanya. Tak kena gaya, ada yang mogok tak balik rumah ni karang. Hahaha... Untung la orang yang bangun sahur tinggal basuh tangan je nak makan tu.

Gambar tahun lepas

Semoga diberi peluang untuk meneruskan tradisi berbuka bersama-sama geng Hamidians kawasan Banting dan juga ahli rumah sewaktu di U macam tahun tahun yang lepas juga. Akhir kata, untuk berubah ke arah kebaikan tak boleh tunggu jadi baik tapi kena paksa diri untuk menjadi baik dan biarlah berbuat kebaikan sedikit-sedikit tapi berterusan. Semoga ramadhan kali ini berjaya menyucikan diri kita yang kotor dengan noda. Kurang cakap, kurang dosa. Selamat menyambut ramadhan buat semua dan semoga kita sama-sama diberi kekuatan dan peluang untuk merasai dan memanfaatkan ramadhan. Sekian.

Monday, 15 June 2015

Isnin Terakhir Sebelum Ramadhan

Bila nak menaip ni kan, kadang-kadang susah nak fikir tajuk. Disebabkan hari ni malas keluar makan, dapatlah menaip sikit dekat sini. Note 8 aku tak berapa nak sihat pulak maka sunyilah sekejap dari Fb, Insta dan game yang ada story di belakangnya. Tulah, galak sangat main game sampai semput dibuatnya Note 8 aku tu. Cuak ko bila nak cas petang Jumaat tu tak boleh. Terus tanya kawan satu opis ni dekat mana nak repair.

Lepas maghrib hari Jumaat kelam kabut pergi tempat kawan dia dekat Telok Panglima Garang. Ingatkan charging port dia rosak sebab dulu pernah jadi macam ni tapi bila sampai sana, dia test guna kabel dia, eh menyala pulak? Lama jugak la dia bagi tips gitu gini tanpa dikenakan bayaran. Mujur pergi jumpa dia kalau pergi kedai aku beli? Sahih kena bayaran berganda-ganda padahal masalahnya mungkin pada charger.

Pagi ni masuk pejabat terus buka Lazada dan beli charger baru sebab tanya dekat kedai haritu sampai 100++ hengget untuk charger original. Harap-harap charger yang dibeli di Lazada ni tak ada masalah walaupun dia jual murah berkali ganda dari yang kat kedai dan harapnya memang charger yang rosak, bukan motherboard atau bateri sebab kalau dua benda ni yang rosak, selamat tinggal baju kurung lace raya. Heeee....

Semalam gagahkan diri buat kimchi sebab dah beli baechu dari hari Rabu lagi. Ingatkan nak buat hari Sabtu tapi penat kemas rumah mengemop bagai + meraikan tetamu, hari Ahad baru buat. Ingatkan nak buat kimchi, tapi tak sempat maka dapat buat geotjeori je. Tapi aku panggil kimchi jugak. Hahaha...

Lain kali kena kurangkan sikit kuantiti tepung pulut kalau guna 1kg +/- baechu sebab jadi terlebih pes pulak; macam nak kena tambah kobis lagi kot untuk seimbangkan rasa. Kali ni aku tambahkan cencaluk sebab tengok resepi dari Korean Bapsang, dia guna saeujeot ataupun salted and fermented shrimp; lebih kurang la tu kan? Tak tahu apa rasa dia sebab rasa gitu-gitu je malam tadi. Lepas tambah kobis ni nanti baru nak rasa betul-betul. Kalau korang nak resepi, boleh cari label Resepi: Korea dekat belah kanan ye. Nah layan gambar malap kimchi.

Tengok, nampak macam terlebih cili kan?

Saturday, 13 June 2015

Daging Goreng Tomyam

Kesian korang masuk blog kena baca bebelan pulak kan, nah Tuan Tanah kongsi satu resepi campak-campak jadi sedap. Bila masak lauk, jarang sangat aku sukat bahan melainkan lauk yang memang ikut resepi. Yang kali ni punya memang campak ikut sukati je tau. Kalau korang nak cuba, sila agak-agak sendiri jugak tau.


Bahan-bahan
200gm(+/-) daging - hiris nipis
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 batang serai (mayang halus)
1 1/2 camca pes tomyam Adabi
1 sudu sos tiram
2 helai daun limau purut (hiris halus atau koyakkan)

Untuk dihiris;
5 biji cili padi
1/2 biji bawang besar

Cara memasak
1. Tumis bawang besar hingga layu. Masukkan bawang putih dan tumis lagi sampai naik bau.
2. Masukkan separuh daripada hirisan serai dan kacau.
3. Masukkan pes tomyam dan sos tiram. Gaul sampai sebati dan letak sedikit air supaya tak hangus.
4. Masukkan hirisan daging dan gaul sampai bahan tumisan sebati dengan daging.
5. Tutup kuali dan masak sampai daging lembut. Tak payah letak air dulu sebab daging tu nanti keluar air.
6. Bila air daging dah kering, tapi daging belum lembut tambah air dan masaklah sampai lembut.
7. Lepas daging lembut, masukkan hirisan lobak merah, baki serai, daun limau purut, dan bahan hirisan. Kacau dan masak sampai lobak lembut.
8. Tutup api dan hidangkan.

Tukang komen tahap kritik takde kat rumah, maka tukang masak cakap lauk ni sedap! Sendiri masak, sendiri puji. Hahahaha.... Kalau korang tak kedekut, belilah daging batang pinang yang harga sekilo dia 33 hengget; tak payah masak lama-lama sebab dia cepat lembut. Aku kedekut jadi beli daging biasa je yang berharga 28 hengget sekilo tapi abang jual daging bagi lebih 50gm kot jadi terus semangat nak masak balik dari pasar tu. Sekian...

Friday, 12 June 2015

Semua Nak!

Minggu peperiksaan kali ni tak boleh blah sibuk dan tak terurusnya. Salah sendiri jugaklah sebab benda nak buat saat akhir sebab salah tengok. Jadi, siapa yang salah?

Kertas periksa tak siap tanda lagi.
Pokcik Arba punya memori asyik penuh je sampai terpaksa uninstall mana-mana benda yang macam tak berapa nak penting.
Pebendalah Google ni asyik nak update apps je?
Teknologi Arba kot yang dah outdated sampai tak boleh nak terima teknologi baru.
Kesimpulannya?
Telefon baru? Duit nak korek mana pulak? 
Galaxy S6 Edge memang sedap dipegang. *tiba-tiba*
Laptop dah patah sebelah pulak.
Kalau bukak, kena separuh sampai kena meniarap kalau nak menaip.
Nak kena hantar baiki pulak, kalau boleh baikilah. 
Harap-harap boleh sebab itu salah satu harta pemberian arwah mak.
Haih, semua benda nak, tapi tak boleh nak dapat, membebel dalam blog jelah.
Nak makan tako Jusco dengan sushi Jusco, dapat dah.
Kebetulan Kak R ada masalah dengan telefon dia dan terpaksa ke tempat beli, layankan aje.
Dapatlah beli tako dengan sushi dan dapat pulak seketul Subway Kak R belanja.
Terima kasih Kak R, moga murah rezeki dan dapat belanja orang lain pulak.
Banyak fikir, otak tepu, badan pun penat.
Okeylah, layanlah gambar Subway dalam plastik ni.
Babai...


Sunday, 7 June 2015

Makan-makan di Sweetree

Selepas seminggu Jun menjelma, barulah sempat dan ada mood sikit nak menaip dekat sini. Assalamualaikum semua. Bulan baru, azam baru, cerita lama. Eh? Macam biasa, cerita tertunggak bersusun-susun dalam draf. Kali ni nak cerita pasal lepak tak ingat dunia dekat Sweetree, sebuah restoran makanan Korea pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan halal dari Jakim. Restoran ni dekat kawasan Ampang tapi tak tahu jalan sebab ada pemandu arah waktu pergi haritu. Untung la Mada, rumah dekat dengan Sweetree, bila-bila terasa nak makan toppoki dengan pajeon super sedap, tak sampai 10 minit dah siap order.

Sebaik saja nampak Sweetree dari lampu isyarat simpang masuk ke dalam, terus gembira tak terkata sebab lamanya teringin nak makan makanan Korea ni. Nak gentel sendiri toppoki, malas. Maka terpaksa jugak pergi cari. Kedai ni ada dua tingkat dan kami memilih untuk duduk di tingkat atas sebab lebih santai dan privacy kekdahnya. Agak-agak nak lagi privacy, boleh juga pilih untuk duduk dalam ruang tertutup macam bilik tapi kena duduk bersila. Ada tiga bilik tak silap. Hiasan dalaman memang cantik dan menenangkan; lampu pun malap je jadi sangat sesuai untuk sesi borak dan menikmati makanan. Sebelum tengok gambar makanan, nah tengok dulu hiasan di luar kedai

Halal Jakim


Ni pulak salah satu bilik makan yang ada; sesuai kalau nak makan daging panggang

Sampai je pelayan bagi kami buku menu dan kami pun cakap nak telaah dulu sebelum pesan. Maklumlah, orang lapar dan tamak, semua benda nak dipesannya. Hahaha... Lama gila telaah buku menu sebelum buat keputusan nak memesan. Janjinya ada 5 orang tapi kami bertiga sampai dulu maka kami pun buat pesanan dulu. Bila yang katanya dua orang lagi tapi cuma seorang yang muncul tu sampai, buat pesanan untuk yang baru sampai dan yang dah lama sampai untuk kali kedua. Dah kata tadi kan, lapar dan teringin punya pasal, semuanya dipesan. Nasib baik habis maka tiada pembaziran berlaku.

Memang menikmati makanan sungguh sampai tak hirau keadaan sekeliling. Pulak tu jumpa dengan Radin yang dah sedekad tak jumpa, maka macam-macam cerita keluar. Nah layan gambar.

Salah satu ruangan hiasan yang ada dan pengunjung boleh cuba pakai hanbok yang tergantung tu

Pembuka selera

Banchan pada hari tersebut; kimchi dia pada aku boleh tahan sedap tapi aku suka lagi kimchi dekat Dubu-dubu

Pencuci mulut paling popular, pat bingsu

Hat ni tak ingat nama tapi macam fried seafood gitulah, Aten yang pesan

Spicy toppoki terpaling sedap tak tipu punya! Tak terlalu kenyal dan cukup perasanya

Dolsot beef bibimbap(gamabr atas) ni Tuan Tanah punya..yang ni pun sedap dan sos untuk digaul bersama nasi tu terpaling win! Menepati piawaian pedas tekak Tuan Tanah, daebak! Sayur dekat nasi pun segar dan pelbagai cuma daging dia terlalu sikit bagi aku, tak setimpal dengan kuantiti nasi dan sayur...

Tapi, licin jugaklah kan sebab dah order dan mahal, wajib habiskan

BBQ kimbap kot; tak ingat sape punya...sama ada Mada atau Radin sebab dua orang tu order kimbap

Kimchi kimbap...kimbap dia pun layan jugak cuma saiz dia tak sebesar yang kat Korea nun...jenuh ko nak habiskan kimbap kat Korea..

Taraaaa! Pajeon yang super sedap dan sangat tak kedekut isi; selain daun bawang, ada hirisan sotong jugak jadi berbaloi la dengan harga...sampai je kena tunggu blogger ambik gambar sebab nak letak dalam blog cuit-cuit dulu sebab panas berdesir lagi lempeng ni; tak boleh terus masuk mulut...

Okey, dah sejuk sikit terus serangggg!

Belah sana, Aten dan Mada

 Belah sini, Radin dan Tuan Tanah

Sebelum pergi bayar, buatlah lawatan tapak kejap dekat aras dua sambil bergambar

Ada dalam 3 jam jugaklah melepak dalam ni. Ye la, bukan senang nak datang sini, alang-alang dah sampai sini, baik duduk lama-lama. Selain ruang makan awam, ada juga ruang khas untuk majlis-majlis tertentu. Nak buat reunion ke, birthday party ke, pun boleh. Selain restoran, Sweetree juga ada menyediakan kelas bahasa dan kelas memasak makanan Korea. Korang boleh tengok dekat laman web rasmi diorang ye untuk maklumat lanjut. Secara keseluruhannya, puas hati makan dekat sini. Paling win adalah toppoki dan pajeon. Banyak lagi menu lain yang tak mampu untuk dimakan pada hari tersebut tapi daripada apa yang kami makan, dua itulah yang terbaik yang pernah aku jumpa di Malaysia ni. Ada masa dan rezeki, inshaAllah nak datang lagi untuk makan toppoki dan cuba menu lain pulak. Akhir kata, korang pergilah cuba makan dekat sini okey? Tak menyesal dan puas hati.
Babai! Tuan Tanah nak balik dah.....Hehehe