Engagement Fund ;)

Monday, 28 September 2015

Sambutan Raya di Pejabat

Entri raya lagi sempena raya haji. Hehehe.. Kali ni sambutan di pejabat pulak dan macam biasa, setiap unit kena buka gerai. Konsep sambutan adalah gerai dengan pelbagai jenis juadah disamping menu utama yang disediakan. Tahun lepas bergabung antara unit-unit tapi tahun ni bergabung unit dengan bengkel. Bengkel ni bukan bengkel kereta tapi macam fakulti la cuma dekat sini panggil bengkel.

Unit aku bergabung dengan Multimedia tapi macam tak sekepala sangat sebab masing-masing fikir sendiri nak hidangkan apa. Orang lain awal-awal dah ada menu, kitorang ni dua hari sebelum kejadian pun menu tak tetap lagi. Pasrah... Lepas beberapa kali bertukar, akhirnya nak tetap pendirian nak buat rojak buah sebab gerai lain dah book dulu menu-menu yang best dan senang nak buat. Multimedia pulak buat dadih.

Tugas ni pun dibahagikan kepada beberapa orang je pun. Mujurlah ada yang sanggup nak buat kuah rojak, kalau ikut aku, kita beli jelah kuah rojak mak bee. Hahaha... Kuah rojak kitorang pun ada bunyi bee jugak sebab yang buatnya adalah Kak Bie. Jadilah rojak buah dengan kuah rojak Kak Bie. Hehehehe...

Mencabar juga nak sediakan buah-buahannya. Bos aku cakap kita potong je dekat pejabat pagi tu tapi aku fikir, kuasa pulak nak potong buah banyak-banyak dengan baju cantik. Maka lepas gelabah cari nenas pada malam sebelum hari kejadian, aku terus je potong -potong nenas malam tu jugak. Walaupun tak banyak, bercinta nak buang mata dia tu. Sejam jugalah mengerjakan 3 biji nenas. Sengkuang dengan timun aku potong esok paginya. Itupun kelam kabut gila sampai tak sempat nak lilit selendang. Sudahnya aku sarung je tudung basahan dan angkut selendang dan mekap di pejabat aje. nak kejarkan punch card punya pasal sampai terlupa nak bawa stokin. Pasrah jelah tak pakai stokin pada hari kejadian.

Sampai pejabat, letak buah-buahan atas meja dulu dan pergi lilit selendang dan mekap dalam surau. Dah selesai, baru ke dewan tengok keadaan. Gerai kitorang belah mana pun aku tak tahu sebab memang tak sempat nak buat lawatan tapak waktu diorang siapkan dewan tu. Tolong jugalah potongkan lagi buah-buahan yang tak dipotong lagi tu. Kesimpulannya, sampai hari esoknya tangan aku bergetah buah-buahan dek kerana lama sangat bergelumang dengan sengkuang, timun dan belimbing. Siap potong, baru serah dekat budak-budak untuk dihidangkan kepada pelanggan.

Antara makanan yang sempat dimakan dari gerai-gerai berbeza

Meja paling banyak makan...hahahaha..
Persembahan dari Cadd Mekanikal

Persembahan dari Cadd Senibina

Sketsa raya dari Rangkaian

Tarian dari pelajar-pelajar India


Nasib baik jugalah bergabung dengan bengkel, bolehlah suruh budak-budak yang uruskan untuk menghidang sementara para pengajarnya duduk menikmati makanan dari gerai-gerai lain sambil menghayati persembahan yang disediakan. Hehehe... Kerja pada hari tersebut adalah makan, makan, makan, dan makan. Selesai makan, ada acara bergambar pulak. Bergambarlah sampai muntah sebelum nak mengemas pulak. Alhamdulillah makanan yang dihidangkan semuanya habis dan itulah saja cerita untuk sambutan hari raya. Sekian, entri diakhiri dengan lagi banyak gambar pada hari kejadian.

Gerai Bahagian Pentadbiran

Rangkaian dan Bppa

Mekatronik dan Cadd Mekanikal

Bppl dan Cadd Senibina

Gerai Bkkl dan Multimedia

Kakitangan

Kakitangan bahagian Pentadbiran dan Unit-unit

Cerita Beraya Aidilfitri

Raya Aidiadha baru habis tapi entri ni cerita raya Aidilfitri haritu. Macam biasa bila masih berhari raya sebagai orang bujang, kenalah ikut raya Abah. Waktu Nenek masih sihat dan duduk di rumah sendiri, merasalah juga keluar rumah hari raya pertama tu sebab pergi rumah Nenek. Bila Nenek dah duduk sekali, memang duduk rumah ajelah jadi Tuan Rumah tunggu orang datang ziarah. Sebenarnya dari dulu lagi memang macam ni sebab memang duduk dekat rumah pusaka, jadi memang rumah akan jadi tumpuan sepupu sepapat dan makcik-makcik yang duduk jauh.

Pendek kata, baju raya yang beli bersungguh tu memang tak sarung langsung sepanjang raya. Bila dah naik kerja, barulah merasa pakai baju raya. Hahaha... Memang lepas geram betul sebab sepanjang minggu pakai baju yang bukan baju biasa pakai ke pejabat. Sama ada baju raya baru atau baju raya tahun lepas.

Masuk pejabat hari Selasa, orang tak ramai lagi dan tengah hari tu dapat jemputan ke rumah Kak Is, bekas kerani di pejabat yang dah berpencen. Seronok wei dapat beraya. Kesian, orang lain dah beraya di rumah yang ke-77 aku baru nak beraya rumah pertama? Hahaha... Duduk je kena bergambar dengan ahli rombongan sebelum mula makan.




Kerjanya makan dan makan dan bergambar dan makan lagi. Cantik sangat rumah Kak Is ni dan ada banyak kuih raya. Eh?? Sampai-sampai je terus dijemput ke meja makan untuk makan tengah hari. Macam-macam ada! Nasi putih, sambal udang besar, laksa, nasi impit, rendang dan banyak lagi la. Semangat aku makan. Orang dah masak, kena makan.
Penuh dari hujung ke hujung

Cukup serba serbi bahan laksa

Dah siap makan, diorang nak ajak balik dah sebab waktu rehat dah nak habis. Tapi sebab ini rumah pertama aku beraya, mana boleh kalau tak makan kuih raya kan? Maka berpindah ke meja kuih raya pulak. Sebagai seorang penggemar kuih raya, wajiblah aku makan semua yang ada. Dah rasa semua kuih raya, dah bergambar semua, jomlah kembali ke pangkal jalan. Terima kasih Kak Is atas jemputannya dan juga duit raya. Huiyo, dapat duit raya! Hahaha...
Perhentian terakhir sebelum pulang, meja kuih raya..hehehe..

Dan yang terakhir, satu-satunya duit raya untuk tahun ni...

Sunday, 27 September 2015

Manis; Seqy Beauty BB Cream

Cita-cita untuk habiskan entri dalam draf yang bersusun perlulah dilaksanakan sebelum September berakhir. Jadi ini adalah satu lagi entri tertunggak. Sebelum raya haritu aku pergi pejabat sebab nak hantar kuih raya yang ditempah oleh rakan-rakan sepejabat, tetiba terserempak dengan satu makcik cleaner dan dia tegur; "Manisnya muka awak, pakai krim apa?" Aiseh, bila orang tanya macam tu, aku tak tahu nak jujur ke nak poyo. Hahahaha... Apa beza jujur dan poyo tu? Kalau jujur, aku terangkan la dari A sampai Z pebenda yang aku pakai, kalau poyo jawapan dia macam ni; "Takdelah pakai krim sangat pun, pakai bedak bayi je."Kihkihkih... Nampak benor nipunya.

Bab penjagaan kulit ni aku pernah tulis dulu, boleh cari label Clinique dekat belah kanan. Tak rajin pun tepek krim bagai; waktu cuti laaaagi la malas, cuci muka je cukup. Pakai mekap pun pergi kerja sahaja, itupun istiqomah hari yang ada kelas. Kalau keluar merayap pun kadang malas. Cuma sejak ada BB Cream, aku calitlah jugak BB Cream tu kasi nampak muka 'siap' sikit. Lepas tu sapu je bedak bayi, selesai.

Gambar waktu baru je keluar dari parcel

Produk ni adalah jenama BB Cream pertama yang aku pakai dan memang disyorkan. Satu, sebab dia keluaran tempatan; dua, sebab botol dia cantik; tiga, sebab bau dia bukan bau bahan kimia. Ada sesetengah krim kan bau dia macam bau plastik, ada juga yang bau dia wangi sangat, tapi yang ni tidak, ngam soi je. Saiz dia pun cun-cun je muat dalam make-up porch ku. 

Taraaa! Terus masukkan dalam make-up porch

Harga pun mampu milik dan tahan lama untuk orang tak rajin macam aku. Beli bulan 3 haritu, sampai hari ni masih ada lagi. Hehehe... Kalau tak silap, dia ada tiga pilihan warna tapi aku dah tak ingat. Nak semak galeri gambar, dah selamat kena format haritu, korang pergi tengok dekat blog Seqybeauty ye, dekat sana maklumat semua lengkap. Nombor ejen atau stokis pun ada dekat sana tapi aku beli dari Kak Jeng Viruspadu. Tu je nak cakap, korang dah boleh pergi beli sana.

Saturday, 26 September 2015

Bila Geng Makan Angin Berbuka Bersama...

Ini rancangan berbuka dengan Geng Makan Angin merangkap Geng Tingkap merangkap Geng Bilik Prep. Tahun lepas dengan Geng Banting je maka tahun ni kita luaskan sikit kawasan. Asalnya nak buat di Residence Hotel tapi dia layan tak layan je kitorang ni? Pebenda wei ???! Sudahnya ke Bangi Golf Resort lah kami.

Mulanya memang dicadangkan BGR tapi bila baca review yang orang terlalu ramai, aku macam berat hati nak ke sana. Dah kalau tak nak orang ramai, buka dekat rumah jelah. Tapiiii, BGR tidak mengecewakan! Tentatif hari kejadian adalah banyak. Mula-mula ambik tempahan tart nenas terpaling sedap dulu. Lepas tu kengkonon nak shopping raya jadi kengkonon ke Bangi Sentral ke apa nama dia yang banyak butik online tu. Cari punya cari, rupanya dekat tempat selalu bertendang je pun. Pusing kemain jauh, sebelah Kompleks PKNS pun dekat Seksyen 9 tu.

Punyalah ramai manusia sampai nak masuk tu pun lama. Nak lagi sadis, dah banyak butik dah tutup sebab nak bersiap untuk buka puasa. Macam tak logik sebab patutnya hari minggu dia kena panjangkan sikitlah waktu operasi sebab ramai orang dari jauh datang tetiba sampai butik dah tutup, rugi.

Mujurlah ada butik yang masih beroperasi maka terjah butik-butik tu jelah. Bila orang ramai, macam tak ada mood sangat nak beria membelek dimana ia sebenarnya baik jugalah sebab kalau ada mood membelek, mau ada yang terbeli kang. Hehehe... Dapatlah beli dua helai selendang untuk baju raya. Selendang dari RinaSalleh untuk jubah dari Belloscarves dan selendang dari Jadora untuk baju kurung dari FleurByMrsHim. Selesai membeli, terus ke BGR untuk solat asar dan tunggu waktu berbuka.

Muka puas hati sebab dapat cari selendang yang masuk dengan warna baju raya...hehehe..

Nasib baik sampai awal sebab waktu nak masuk tu kena beratur panjang. Sebelum masuk kena daftar nama dan dia akan bagi pelan tempat duduk. Ambik ko, pelan terus sebab punyalah luas kawasan dia dan punyalah banyak bahagian tempat duduk dan gerai-gerai makanan. Puas hati!
Meja kami

"Ok Din, yang ni meja kita, dekat sini meja dessert, yang tu tempat nasi.." Agaknyalah kata si Aten sambil menerangkan pelan kedudukan gerai sebab dah tak ingat dah apa dorang borak...hahaha...

Macam-macam makanan ada sampai tak sempat dan tak larat nak makan semua. Ada masakan melayu, western, eastern, fusion dan lain-lain. Meh nak senaraikan makanan yang aku ingat. Kambing bakar, sate, roti john, butter prawn, creamy pasta, pasta bolognaise, lasagna, nasi ayam, nasi dan lauk-pauk, mee berkuah, mee goreng, kuih muih tradisional, churros, dan segala mak nenek pencuci mulut. Air pun berjenis-jenis dengan ABC nya, dengan aiskrim nya dan banyak lagilah.

Sesi mengaut makanan sebelum berbuka

Agendanya adalah berbuka dan beramah mesra. Meja kitorang dekat dewan asing yang jauh sikit dari tempat makanan tapi dekat dengan tempat air. Sangat strategik sebab depan pintu dan membelakangi water cooler. Senang nak keluar masuk dan memang cool! Hehehehe...Nah layan gambar jelah ye.

Pusingan pertama

Pinggan Tuan Tanah; creamy pasta, spaghetti bolognaise, blackpepper beef..semua ambik secoet-secoet je

Pencuci mulut pinggan pertama...semua pun sedap dan bite-sized cutting jadi takkan muak..bijak, bijak...

Pinggan kongsi; potato wedges, fried beehoon, stir fried veggies...all delicious!

Buttered prawn versi kejung sebab udang dia bukan udang yang besar-besar tu...kehabisan stok mungkin sebab sebelum tu udang besar dan selepas tu pun udang besar, kuasa pulak aku nak beratur semula..

Pinggan kongsi lagi; lasagna, daging-tak-ingat-masak-apa

Pinggan kongsi terakhir; churros dan yang lain tu memang banyak kali aku ambik sebab asal aku letak je orang lain cuit dan terus habiskan sebab sedap! hahaha...takpe, redha je pergi ambik yang baru, lagipun dah bayar kan?

Itulah dia antara makanan yang sempat diabadikan. Gambar gerai-gerai dia aku tak ambik sebab Arba takde bateri tak silap jadi ambik gambar ni semua pakai Yong; kuasa pulak aku nak angkut Yong, nak pegang pinggan lagi kan? Kesimpulannya, dengan bayaran sebanyak 55 hengget (rasanyalah sebab dah lupa), puas hati dengan pilihan makanan dan servis yang terbaik! Dari kitorang masuk ke dalam kawasan BGR, dah ada orang yang akan tunjuk arah nak parking di mana dan susunan parking sangat teratur sebab ramai yang jaga parking. Surau pun selesa. Cumanya, janganlah terlalu tamak sampai membazir. Biasanya kita memang akan ambil makanan awal kalau sampai awal dan dengan perut lapar, semua pun nak, macam yang tengah menaip ni la. Hahaha...

Cubaan memberi duit raya dekat Amsyar..semua pakat pakai sampul duit raya sama design sebab baru dapat dari 'pembekal'...hehehe..terima kasih daun keladi Ten ;)

Collage picture by Chik

Bukan mudah aku nak dukung bayi ni jadi kena letak dekat sini...hahaha..suka tengok budak tapi takut nak dukung...heee

Jumpa lagi tahun depan korang...

Konon ambik untuk ahli meja sekalinya ahli meja tangki kecik. Radin memang tak boleh ikut makan buffet lepas ni sebab dia makan sepinggan je. Chik ok, lulus sebab walaupun dia pangku Amsyar, tangan lagi sebelah tetap bergerak menyudu makanan. Aten pun ok sebab dia telan je apa yang aku kaut. Mada lagi terbaik sebab selain makan, dia juga prihatin dengan lebihan makanan atas meja sampai tolong bungkuskan masuk dalam beg tangan. Hahahaha... Dah terlebih ambik lepas tu tak mampu nak makan, sayang kalau biarkan je. Baik bungkus dan makan dekat rumah kan? Bila tengok meja lain yang banyak sangat makanan tak terusik langsung, rasa macam nak pergi dekat situ dan ambik bungkus sekali. Sayangnya... Kalau ke buffet, jangan tamak tau korang, ambik sikit-sikit supaya tak membazir. Sekian...

Perkahwinan Geng Kembara Korea Musim Bunga 2014

Sebelum cerita perkahwinan salah seorang Geng Kembara Korea Musim Bunga 2014 ni jadi sejarah 2016, mari taip entrinya. 3 Mei yang lalu merupakan hari bersejarah Za yang telah pun selamat diijab kabulkan dengan jejaka pilihan hatinya. Macam skrip Nona pulak dah. Hehehe...

Dia nikah hari Sabtu tapi kenapa entah aku tak dapat pergi, lupa sudah. Kononnya nak rewang la tapi nan hado! Mahap Za, cuma dapat datang majlisnya aje. Kitorang sampai pun dah lewat sebab memang selalu begitu, tunggu majlis makan beradab dan majlis bergambar bersama keluarga selesai, barulah ada masa nak borak-borak dengan pengantin dan bergambar sakan.

Masa sampai memang dah lengang betul rupanya Za sanding awal. Sempatlah jumpa Na yang dah nak balik dan saing dengan Zatul dan Ain Nuar yang baru sampai. Semua ni Geng Bilik Prep. Masuk je bawah khemah, pengantin yang sambut sebab majlis dah selesai kiranya jadi diorang tengah lepak borak-borak dengan tetamu. Aku salam je Za dia terus cakap; "Zoh, ko tengok la kalau ada lagi lempernya. Ingat datang sinoman semalam, tak datang pulak." Malu ai tau, nampak benor datang majlis sebab nak lemper. Kahkahkah... Nah layan gambar makanan.

Ni bukan ilusi kamera yang nampak banyak dalam gambar ye, memang aku taruk banyak sebab laporr dan makanan adalah gaya orang Jawa...sedap wei!

Lemper yang gemuk-gemuk! Puas hati dapat makan tapi anyep sikit...tapi belasah je asalkan lemper..

Lepas makan, borak-borak kejap dengan Geng Bilik Prep sebelum bergambar dengan pengantin. Tahniah buat Za dan suami. Ucapan panjang berjela dah tulis dalam kad kan? Dekat sini Sazoh ucap tahniah je la ye. Hehehe.. Gambar dengan pengantin banyak juga tapi aku pilih yang semenggah je la ye.
Pengantin

Kami...

Dari rumah Za, terus la lajak ke KLIA 2. Rindu nak lepak dekat sana dan ada yang teringin nak makan Auntie Anne's. Dekat dah pun. Sampai sana je solat dulu baru cari tempat nak ngopi. Orang kalau dah haus tu minum air kosong, ini dibantainya minum kopi, bertambah haus jadinya. Habis minum kopi dekat satu kedai dekat dengan Balai Pelepasan, sambung dekat Auntie Anne's pulak. Itulah saja ceritanya. Entri diakhiri dengan gambar minuman dan budak comel.

Hentian pertama

Budak comel ni bodyguard si Aten...petahnya lahai budak ni, geram tapi aku tak reti nak layan...hahahaha

Lemonade yang dalam gambar warna hijau tapi bila sampai takde warna

Friday, 25 September 2015

Sembang Jumaat

Berjaya datang kerja hari ni dan terkejut sebab ramai juga yang kerja rupanya. Kalau ikutkan kiraan, 3 orang je yang nak kerja tapi akhirnya lebih dari 3 orang yang muncul. Ada la bunyi manusia sikit dekat pejabat.

Disebabkan Geng Makan semua cuti, tengah hari tadi aku balik je makan dekat rumah. Bukan tak reti makan sendiri tapi mengingatkan sedapnya rendang ayam gaul dengan nasi panas, terus keluar pejabat tepat 12.15 tadi. Hahaha... Sampai rumah gigil-gigil masak nasi sebab memang tak ada nasi. Pagi tadi makan cheese sandwich je dengan kopi Radix, memang tengah hari kena cari nasi la jawabnya.

Sementara tunggu nasi masak, pergi main game dulu. Hahaha.. Game lama je pun tapi sebab dah lama tak main dan bila main balik semula, terus tak boleh berhenti. Akhirnya jimatlah duit untuk makan tengah hari ni. Bila jumpa kawan ofis yang tolong hantar Yong untuk dibaiki tadi aku tanya apa masalahnya. Jawapan dia tu terus aku dengar 120 hengget tambah 60 hengget tambah berhengget-hengget lagi. Haih, pasrah. Charging port tukar, software masalah, bateri pun tukar cuma tengah cari stok bateri Note 8. Maklumlah dah tak ada jual pun Note 8 tu dekat pasaran maka alat ganti dia pun susah la nak cari. Harap-haraplah semuanya baik-baik belaka. Entri diakhiri dengan kek coklat lembap berkeju sempenan raya haji.

Kerana Semangkuk Bibimbap

Ini kesinambungan entri sushi dan donat. Usai makan sushi, kami ke masjid dulu nak solat zohor. Ingat-ingat lupa pulak kenapa solat zohor dekat Masjid Besi. Dari Balakong ke Putrajaya ke IOI Mall. Jauh kan pusing?

Sampai IOI jenuh gak cari parking sebelum dapat satu lepas pusing 18 beberapa kali. Masuk IOI je terus cari Dubu-dubu yang rupanya dah tukar nama jadi Dubuyo. Mungkin sebab dah lepas waktu makan, maka banyaklah meja kosong dan boleh pilih tempat idaman hati.
teman jenayah

tuan tanah

Dapat menu, terus tamak semua nak sebab tetiba hilang ingatan bahawa saiz hidangan semangkuk bibimbap adalah BESAR. Dah pilih punya pilih, teruslah menjakun dengan kamera. Bila sampai makanan, aku tengok Aten, Aten tengok aku. Hahaha... Tamak lagi. ambik ko! Sebelum makan, ambik gambar dulu.

beef bibimbap with the banchan

pajeon

toppoki

Komen juri, bibimbap dia sedap! Bibimbap ni diukur kesedapannya berdasarkan gochujang nya. Tapi sayur-sayur dalam bibimbap biasa je sebab dia ada letak sekali sayur yang dihidang untuk banchan. Banchan dia ada 3 jenis dan kimchi adalah yang wajib dan kimchi dia sedap hoi sampai aku mintak tambah. Bila ditambah, banyak pulak dia bagi sampai tak boleh nak habis dek kerana rasa pedas pijar yang dah melekat dalam mulut dan tak mampu nak makan lagi kimchi tu. Tapi kimchi dia memang sedap.

Selepas digaul

Kimchi daebak!
licin!

mug air kosong yang bertulisan daebak dan sedapnya!

Toppoki dia biasa je, pajeon dia pun biasa. Setakat ni tetap toppoki dan pajeon Sweetree yang tersedap! Kalau mengidam bibimbap, boleh ke Dubuyo tapi kalau mengidam pajeon sila ke Sweetree. Entri ini disudahi dengan resit makanan pada hari tersebut. Sekian.