Engagement Fund ;)

Wednesday, 28 October 2015

Percutian Pendek di Sungkai - Hari Pertama

Ini kisah pada 5 dan 6 September lepas. Rancangan untuk mengeratkan ukhuwah Geng Makan tapi ada sorang tak dapat pergi dan ada dua keluarga lain yang ikut. Tempatnya taklah jauh sangat, kurang lebih 3 jam perjalanan dari Banting. Disebabkan aku ajak Kak Chik sebagai teman, maka aku gerak ke Shah Alam dulu manakala yang lain-lain memulakan perjalanan bersama. Asalnya nak saing sekali tapi sebab aku singgah cucuk duit dulu maka aku suruh je diorang teruskan perjalanan. Diorang risau sebab anak dara nak memandu sendiri padahal sebelum ni lagi jauh dah aku sampai dengan Kak Chik. Hehehe...

Lokasinya adalah di Felda Residence Hot Springs Sg. Klah. Mula-mula aku keliru Sg. Klah dengan Sungkai ni tempat sama ke tempat lain? Rupanya Sungkai tu macam nama pekan kot, Sg. Klah tu nama tempat dia. Walaupun lewat sikit bertolak dari Shah Alam, sampai di kawasan Sg. Klah tu lebih kurang sama dengan diorang. Diorang cakap aku bawak laju. Laju ke? 100 km/j je pun sebaik saja memasuki PLUS.

Sampai-sampai je singgah makan dekat satu-satunya kedai makan yang ada sebelum masuk ke kawasan resort iaitu Nasi Bamboo. Konsep dekat sini, lauk kaunter lain, nasi kaunter lain, air kaunter lain. Kalau korang sampai sini, baik pergi beli lauk dulu baru cari tempat dan kemudian beli nasi dan air. Lauk dia ada macam-macam dari yang mahal sampai yang murah, sediakan duit aje. Ikan, udang, sotong, ayam, lembu, kambing semua ada.

Ikan talapia goreng berlada, 12 hengget tak silap...besar juga tapi terlupa pulak Kak Chik tak makan pedas maka aku sorang yang hadap..lauk Kak Chik tak ambik gambar pulaknya; ada begedil dengan ayam goreng..

Inilah dia set nasi...walaupun nasi dia macam sikit, tapi kenyang sebab padat..

Harganya aku rasa bolehlah, takde mahal sangat takde murah sangat. Untuk nasi pulak, ada dua jenis; kukus atau bakar tapi dua-duanya dimasak dalam buluh. Itulah yang membuatkan dia unik dan ia didatangkan dengan kuah dan timun serta sambal belacan. Satu set 2 ringgit 5 kupang. Nasinya dibalut dengan daun tak pasti daun apa tapi nasi dia wangi sebab ada diletakkan secebis daun pandan. Habis makan, terus gerak ke Felda Residence.

Sepanjang jalan nak masuk tu memang akan nampak kelapa sawit je sebelum jumpa kawasan penempatan. Dah nama felda, mestilah ada kelapa sawit. Lepas check in di kaunter, barulah kami menuju ke kawasan villa. Kaunter pendaftaran dengan kawasan villa ni agak jauh dan perlu berkereta. Kawasan villa pulak berdekatan dengan tempat rekreasi. Disebabkan hanya 6 buah kereta saja yang dibenarkan masuk maka aku parking Taejang dekat luar dan tumpang kereta orang lain untuk masuk. Dahlah barang aku selori sebab angkut barang-barang makan sekali, pasrah ajelah.

Sampai dalam, satu hal pulak mencari villa kitorang sebab yang lain-lain dah masuk dulu jadi terpisah. Dia punya penunjuk arah tu 'besar' sangat sampai tak nampak. Nama villa kitorang adalah Green House, villa terbesar dengan 6 bilik yang boleh menempatkan satu bas. Cerita pasal villa ni entri lain karang. Sampai je terus bawa keluar barang dan masuk dapur siapkan bahan untuk makan malam karang sebelum keluar berendam.

Kalau ke tempat ala-ala taman tema ni, aku tak berapa nak bersungguh. Jadi petang tu aku dengan Kak Chik bawak diri pergi rendam-rendam kaki dekat kolam air panas yang ada sementara yang lain-lain pergi berendam dalam kolam mandi. Kolam mandi dia ada dua jenis; air panas dengan air sejuk. Kolam air panas biasa-biasa je tapi kolam air sejuk dia gempak jugak sebab ada gelongsor semua. Jarak kedua-dua kolam agak jauh juga. Kalau dari villa, akan jumpa kolam air sejuk dulu lepas tu kena jalan ke depan lagi jumpa kolam air panas untuk terapi dan barulah jumpa kolam air panas.

Berendam dalam kolam air panas yang paling tinggi suhunya..

Kolam terapi ni ada banyak juga dan berlainan suhu. Ada yang dari suhu rendah sampailah suhu tinggi dan dia ada letak maklumat suhu dekat setiap kolam. Cumanya kalau datang sini, toksahlah buat macam kolam tu kolam korang ye sebab kolam dia ada satu je untuk suhu yang berbeza. Dapat jugalah rendam-rendam kaki walaupun terpaksa tunggu lama untuk beri laluan kepada mereka yang buat kolam tu macam kolam sendiri. Selain kolam, ada juga laluan refleksiologi dengan aliran air panas. Mula-mula jalan, terjengket tahan sakit dan tahan panas tapi lama-lama dah boleh tahan.

Selain aktiviti berendam, makan juga adalah salah satu aktiviti yang seronok untuk dilakukan. Hahaha... Pihak pengurusan memang tak benarkan langsung makanan luar dibawa masuk tapi jangan risau, ada bersepah kafe dan kiosk menjual makanan. Jalan sikit je nampak kiosk jual aiskrim Walls. Jalan sikit nampak kiosk jual aiskrim Walls dengan Maggi jadi sediakan duit je sebab harga makanan dalam ni mahal sikit. Aiskrim Fruttare 3 hengget, Top Ten 2 hengget; mahal 50 sen dari yang dekat kedai biasa.

Lepas jalan-jalan dekat batu refleksiologi tu, aku dengan Kak Chik beli aiskrim dan makan sambil letak kaki dekat air panas. Eloklah tu, makan sejuk tapi kaki panas. Tengah syok makan, hujan la pulak maka berteduhlah bawah pondok. Nampak orang makan Maggi, sedapnya lahai. Lagi sedap kalau letak telur yang direbus dalam air panas. Hahaha... Aku siap cakap kat Kak Chik; "Sedari, esok kita kena makan juga Maggi dengan telur." Sebabnya dok tengok orang rebus telur dekat kawasan merebus telur la ni. Kihkihkih... Dekat sini ada satu kawasan yang dikhaskan untuk masak telur dan telur mentah hanya yang dibeli dari kiosk sahaja; pakej telur, kicap dan lada sulah.

Tempat masak telur

Kak Chik tengah tengok pengunjung lain yang gigih masak telur...

Pondok jual set telur yang tak terletak tak jauh dari tempat masak telur tadi

Habis berendam, balik villa dan mandi manda kemudian terus masuk dapur. Gigih kakak-kakak ni sebab siap masak bihun masak nasi goreng semua. Kitorang siap bawa ayam perap, sosej, jagung, kentang segala untuk BBQ kononnya. Beli barang, perap ayam semua tu kitorang buat waktu rehat hari Jumaat. Gigih kan? Lagi gigih yang membersihkan ayam tu. Aku ditugaskan pergi beli barang je jadi takdelah kecut tangan. Hehehe...
Sebelum bakar, campurkan madu dan perahan limau nipis dekat ayam yang dah diperap semalaman ni..

Suasana meriah di dapur...semua bekerjasama masak apa yang patut sebab lapar..hahaha

Tak muat dekat sinki, Kak An selesaikan kentang untuk dibakar dekat meja makan..

Yang perempuan masak apa yang patut manakala yang lelaki bakar ayam dekat luar rumah. Sebenarnya untuk BBQ ada tapak khas tapi disebabkan ramai budak kecik dan tapak tu agak jauh, leceh pulak nak mengangkut. Maka orang-orang lelaki yang kreatif tu buat tapak membakar sendiri dekat luar. Hahaha... Siap bawak jaring segala. Memang gigih! Aktiviti malam tu adalah masak, makan, masak, makan, makan, borak, makan, borak, makan. Sekian, cerita hari pertama. Gambar tak berapa nak menarik sebab tak banyak ambik gambar rupanya. Mana yang adalah ye.

Ohhoi!

Masih berjaga sebab nak habiskan pembacaan kisah hidup Maryam dan Irvan. Ulasan novel terbaharu ni akan ditulis kemudian sebab kali ni nak bagi tahu Tuan Tanah dapat mesej cinta dari Abang Pedas.

Nak gelak ke nak sedih, pun tak tahulah sebab memang dah salah sendiri. Kejadian hari Jumaat lepas dimana sebaik saja memotong sebuah lori yang bergerak dengan sangat perlahan selepas BHP Jenjarom, terpacak seorang Abang Pedas depan mata dengan kamera. Nampak dia, jeling ke meter Taejang, 90++. Teruslah redha bahawa saman itu pasti.

Sekarang dah faham bila orang cakap kena 'tembak' dengan kamera polis depan mata. Macam tulah perasaannya. Terima kasihlah kepada AinN sebab kongsi cara nak semak saman dekat FB petang tadi. Habis je kelas, tengok FB, terpampang status Ain pasal saman. Kelam kabut SMS dan tahniah, anda memang kena saman. Hahaha... Pertama kali ni wei lepas dapat lesen sepuluh tahun yang lalu.

Korang kalau nak semak saman juga, sila taip,
POLIS<jarak>SAMAN<jarak>NO IC/PLAT KERETA<jarak>EMAIL dan hantar ke 15888

Ohhoi! Bila nak bayar ni? Tunggu balik dari bercuti la karang. InshaAllah sehingga saat sebelum bercuti, masa akan dipenuhi dengan menanda kertas-kertas tugasan budak-budak ni yang dah membusut atas meja tu ditambah dengan busut baru iaitu fail subjek yang perlu disemak sebelum masuk periksa. Tak sempat ye nak fikir tabung mana nak kena korek untuk bayar saman. Akhir kata, selamat menyemak samanlah ye korang. He he he...

Saturday, 24 October 2015

Beraya Sini Sana Sinun

Ini adalah entri terakhir untuk raya Aidilfitri 1436. Akhirnya, dah tukar tahun baru cerita tahun lepas habis. Kali ni cerita terkumpul beraya dengan keluarga mahupun sesi raya secara rawak. Cerita yang ada gambar jelah ye sebab yang tak ada gambar tu dah lupa. Heeee...

Dimulakan dengan sesi beraya ke rumah Kak Eli. Pada hari yang sama adalah hari pernikahan salah seorang sepupu di Tg. Malim maka balik tu singgahlah sebab alang-alang dah keluar rumah. Kebetulan pulak Kak Eli ada buat makan-makan dan bacaan yasin dengan adik beradik beliau maka walaupun kami sampai lewat, masih ada rezeki untuk kami. Semuanya sedap belaka. Hehehehe...




Seterusnya sesi menjamu kuih raya di pejabat. Tahun ni semua kuih tunjuk je dan aku isikan sikit-sikit untuk setiap jenis dalam bekas Tupperware ni dan angkut ke pejabat. Lepas habis baca yasin diorang pun singgah beraya dekat meja. Hehehe... Konsep dia siapa cepat dia dapat.



Bawah ni waktu rewang untuk rumah terbuka kuarters. Rasanya tiap tahun memang ada buat tapi tahun sebelum-sebelum ni macam tak pernah rewang je. Hahaha... Tahun ni aku rewang dan datang masa majlis. Gambar waktu majlis tak ada sebab ramai sangat orang sampai tak ada kerusi dan cuaca tak begitu mengizinkan.

Gambar terakhir ni adalah sesi beraya ke rumah salah seorang anak murid Abah di Kuala Selangor. Kenalan Abang Zahar dan rumahnya pun tak jauh dari rumah Abang Zahar. Tujuannya nak ke rumah Wak Sairin tapi sebab dah satu jalan, singgahlah rumah Abang Zahar sekali dengan Cik Aishah ni.

Sekian, cerita raya tahun ni. Cerita pasal jemputan walimah waktu bulan Syawal ni kemudianlah ye. Heee...

Thursday, 22 October 2015

Yong dan Arba

Dah dapat balik Yong lepas hampir sebulan. Bulan lepas bayar internet sia-sia je sebab tak guna pun. Takde rezeki, redha jelah. Waktu dapat Yong tu, kawan ofis tu cakap; "Lepas ni tolonglah jaga elok-elok jangan bagi rosak. Kalau masaalah software takpe lagi, tapi kalau hardware, kos tinggi nanti." Eh eh, ni siapa tuan telefon ni? Keliru aku dibuatnya. Hahaha...

Kalau boleh, memang tak nak rosak pun tapi dah dia nak rosak, nak kata apa? Sediakan ajelah duit untuk baiki. Baru ni tukar bateri baru dan charging port. Maka terbanglah ringgit Malaysia 170 untuk dua benda tu. Semoga lepas ni tak adalah lagi yang rosak sebab Note 8 ni dah tak ada dekat pasaran dan barang gantian pun dah susah nak cari. Kalau ada pun mahal seperti yang diperkatakan tu.

Teknologi canggih ni lepas dua tahun memang dia bermasalah sebab teknologi dia tak ngam dengan teknologi sedia ada. Macam Arba, waktu dia keluar dulu dah habis canggih dah tu tapi sekarang ni memang paling corot. Asalkan boleh buat telefon, hantar SMS, letak WhatsApp, syukur.

Selesai pasal Yong, nak godek si Arba pulak. Baru ni beli casing untuk dia sebab tengok kat bahagian tepi tu dah terkopek-kopek dah. Sebelum dia hancur, baik aku bagi perlindungan dulu. Barang-barang Arba ni lagi dah tak ada dekat kedai maka jalan terakhir adalah cari di internet. Mujur ada lagi yang jual itupun cari dekat Lelong dan pilihan terhad sebab dah banyak yang habis.

Sekarang ni tengah buat kajian nak beli bateri baru pulak sebab cepat benar bateri dia habis. Tengah tengok dekat Lazada sambil bandingkan dia punya spesifikasi dengan Arba depan mata. Beli dari internet ni kena buat kerja lebih sikit tapi puas hati sebab tak ada anasir jahat yang mendesak untuk beli juga sebelum keputusan muktamad dibuat. Yelah, kalau pergi kedai mesti yang jual tu cakap macam-macam bertalu-talu supaya kita beli juga barang dia. Lepas tu tak tahu kedai mana yang ada jual, satu hal nak cari masa untuk cari kedai pulak. Kesimpulannya membeli barang online adalah lebih disukai berbanding ke kedai.

Friday, 16 October 2015

Kisah Kopi

Kebelakangan ni rasa dah tak boleh nak terima sangat kopi biasa buatan Malaysia sebab kebanyakan serbuk kopi jenama tempatan yang ada dekat pasaran tu dihasilkan dengan campuran gula dan marjerin. Tiba-tiba lidah ni sensitif pulak sebab boleh rasa marjerin waktu minum kopi dan itu adalah tak sedap! Tak tahu dah nak beli kopi cap apa sebab semua pun rasa marjerin.

Makanya lepas kerja hari Selasa, gigih pergi Giant sebab dekat pasaraya besar macam ni jelah pun kalau nak jumpa benda yang pelik sikit. Sebenarnya dah perhati lama jenama kopi ni tapi sebab kedekut maka tak terbeli-beli sampailah sekarang. Hahaha...


Untuk percubaan kali pertama, aku ambik yang label Morning sebab biasanya memang minum waktu sarapan pun. Ada label lain macam Mocha, Espresso, All Day dan beberapa lagi. Bezanya adalah berdasarkan jadual dekat bawah ni.


Waktu angkat bungkusan kopi ni dari rak, bau dia harum sangat! Macam bau kopi bila masuk dalam HugaHaus. Eh? Hehehe... Sebab tak sabar nak rasa, maka lepas je makan malam tu, terus bancuh secawan dan macam biasa, tanpa gula. Bau dia lepas tuang air panas terus menusuk ke hidung, wangiii. Bila minum, pergh, pejam-pejam mata sebab memang rasa kopi je, tak ada rasa marjerin.

Jadi kepada peminat kopi, bolehlah cuba kopi jenama ni. Lepas ni nak cuba beli online pulak dekat 11street. Ikutkan nak beli dekat situ je tapi sebab dekat rumah ni dah tak ada stok langsung, jenuh pulak nak tunggu pakcik Poslaju hantarkan kopi tu kan? Maka aku beli je kopi ni dengan harga RM 16.99 kalau tak silap.

Thursday, 15 October 2015

Popia Ketam Berkeju

Gigih taip nama dalam bahasa Melayu walaupun bila dekat alam fana, panggil cheesy crabstick roll. Hehehe... Buat popia ni sebelum kena chicken pox haritu dan buat sekali banyak lepas tu simpan dekat tempat sejuk beku. Senang sangat nak buatnya pun dan kosnya pun tak adalah mahal. Disebabkan aku gigih dan baik hati, hari ni nak kongsi langkah demi langkah nak buat popia ni. Layan gambar je sampai habis entri ye. Zasss...

Bahan-bahan; jejari ketam, kulit popia, keju, dan campuran lada hitam kisar + oregano...keju tu potong enam ye, jangan tamak letak sekeping untuk satu popia sebab lepas goreng karang dia tukar nama jadi popia bersalut keju goreng...ini cerita betul, bukan rekaan..

Mula-mula letak satu hirisan keju dan tabur sikit campuran oregano

Letakkan sebatang jejari ketam

Lepas tu letak lagi satu hirisan keju diikuti dengan taburan oregano

Lipatkan dan gulung sikit sampai jadi macam dekat atas ni

Kemudian lipatkan bahagian kiri dan kanan seperti di atas

Gulungkan dan tinggalkan sikit untuk digam...nak gam ni tak payah bancuh tepung jagung bagai, basahkan dengan air dan gulung ketat-ketat sampai dia melekat..

Taraaa! Hasil selepas digoreng...

Nota tambahan;
- Waktu gulung jangan terlalu ketat sebab nanti waktu goreng keju dia meleleh keluar sebab tak ada ruang dia nak duduk dalam balutan.
- Gunakan keju cap Kraft sebab dia tak terlalu masin.

Wednesday, 14 October 2015

Dah Sihat, Sila Kembali Bekerja

Kembali bersiaran selepas entri terakhir mengenai chicken pox. Alhamdulillah dah sembuh cuma tinggal nak hilangkan bekas-bekasnya jelah. Keseluruhannya, dapat cuti sakit selama 8 hari dengan 2 kali lawatan ke hospital. Sengaja pergi hospital sebab tak pernah guna rawatan percuma hospital kerajaan. Abang aku lagi poyo cakap apasal tak pergi masuk wad je guna insurans? Hahaha... Ada juga terfikir tapi chicken pox je kot? Tak payah poyo sangat. Tapi memang tak payah antibiotik ye kalau kena chicken pox? Tetiba terfikir pulak kenapa doktor tak bagi antibiotik sebab kalau demam selalu dapat antibiotik.

Hari Ahad sebelum masuk kerja tu mesej dulu Hani tanya dah boleh masuk kerja atau kena sambung kuarantin sebab kebanyakan pox dekat badan, tangan dan kaki baru je nak kering. Kalau dia kata tak boleh, aku pergi klinik Kuben je sambung MC tapi dia kata dah boleh dah maka terpaksa setkan minda untuk kembali bekerja selepas cuti lama. Hahaha...

Orang cakap, chicken pox ni keluar serentak tapi macam aku dia keluar secara runcit. Mula-mula keluar dekat muka dan kepala. Waktu keluar dekat kepala tu aku tak syak lagi chicken pox tapi pelik jugalah sebab apsal banyak sangat 'jerawat' dekat kepala ni? Yang dekat muka pulak, aku tak perasan dah terpecahkan satu gelembung. Ingatkan jerawat la jugak sebab kadang jerawat naik pun gatal juga dan berair. Esoknya tu yang baru terfikir pasal chicken pox. Lepas keluar dekat muka dan kepala, sikit-sikit dia muncul dekat leher, badan dan diikuti dengan lengan dan tapak tangan. Lepas tu barulah yang dekat bahagian kaki muncul.

Hari Isnin minggu ni gigihlah datang kerja dan dari turun kereta sampai thumbprint sampai masuk pejabat, semua yang berselisih tanya; "Dah okey?" atau "Dah baik ke?" Lepas tu ramai juga cakap; "Tak ada kesan chicken pox pun?" Hahaha... Sebabnya bekas-bekas yang dekat muka dah banyak yang tanggal maka memang tak nampak sangat kesannya tapi kalau aku tunjuk yang dekat lengan dengan badan, baru diorang terkejut kot.

Orang cakap waktu pox nak kering ni senang berjangkit tapi doktor cakap itu semua mengarut! Chicken pox adalah mudah berjangkit sewaktu pox tu masih berair. Makna kata, masa ada gelembung air tu kalau nak rasa chicken pox, mintak izin dengan tuan badan untuk pecahkan satu untuk dapat virusnya. Kalau orang tu bagi la, kalau aku, aku tak bagi. Hahaha... Sakit woi!

Sekarang ni cuma tunggu nak hilangkan bekas-bekas tu jelah dan aku sapu lagi calamine lotion botol yang ketiga. Mujurlah pegawai farmasi tu baik hati bagi dua botol bila aku cakap tak cukup sebab doktor cuma tulis sebotol je, rupanya memang tak cukup pun. Tapi bekas-bekas yang dah betul-betul kering tu aku sapu Herbal Blend Shaklee untuk gugurkan dia. Waktu ni pun dia punya gatal tu boleh tahan juga cuma orang cakap jangan garu nanti berparut tapi masalahnya kadang tu tak tahan sampai tergaru jugak. Waktu celik bolehlah tahan daripada menggaru, waktu tidur mana nak sedar kalau tergaru? Pasrah jelah..

Akhir kata, kalau kena chicken pox, banyakkan makan atau minum benda yang banyak kandungan vitamin C. Rasionalnya? Tak pasti tapi bila aku buat, memang cepat kecutlah gelembung-gelembung tu. Tak jumpa buah maka aku belasah minum jus jambu merah jenama Go Fresh dengan air kotak Ve Good kot yang ada purple carrot. Sekarang ni nak telan Ephyra siang malam sampai bersih satu badan. Itupun kalau rajin nak bancuh, kalau tak minum sekali sehari jelah jugak macam biasa. Hehehe... Sekian, cerita chicken pox saya.

Jerebu Tapi Gigih Beraya

Okey, yang ini cerita peram juga tapi kejadian pada hari Sabtu waktu raya haji; kira cerita baru jugalah. Hehehe... Kengkonon beraya rumah makcik dekat Shah Alam bersekali menziarah Nenek yang masih lagi perlu buat rawatan susulan selepas pembedahan mata. Dekat Banting cuaca cantik dan nyaman tapi bila sampai Jalan Kebun dah mula tak nampak sampailah ke Shah Alam. Memang tebal betul jerebu pada hari tersebut.
Pemandangan dari depan rumah makcikku, kelam aje Masjid Negeri tu dek kerana jerebu..

Gambar beraya takde tapi gambar makanan ada. Hahaha... Segan nak ambik gambar poyo-poyo, makanan takpe. Lepas solat dekat Surau Al-Ittihadiyah yang dah cantik tu, terus ke Mahnaz sebab alang-alang dah sampai Shah Alam. Selesai membeli belah, barulah singgah ngeteh kononnya. Moh la ke Sate Kajang Hj. Samuri cawangan Bukit Tinggi.
Selfie sekeping dekat tempat telekung yang telah dipisahkan dari ruang solat di Surau Al-Ittihadiyah

Pertama kali datang sini dan tempat dia serius besar! Pekerjanya semua ramah dan murah senyuman dan servis cepat. Itupun penting juga selain makanan yang sedap. Dekat sini tempat dia kira selesa sebab kalau beli bungkus, kita boleh duduk dekat kerusi khas untuk yang beli bungkus dengan selesa tanpa rasa segan sebab yang duduk situ pun semua nak bungkus. Nah layan gambar jelah ye.

Waktu buat pesanan dekat kaunter, dia akan terus bagi kuah dengan nasi impit dan air..nasi impit tu pakej asing ye, tak termasuk dalam pakej sate..boleh pilih nak yang besar atau kecil..kalau nak bawang kena cakap sebab kalau tak dia bagi timun je..

3 jenis sate berbeza; ayam, daging, ikan..semua sedap!

Pemandangan di kaunter

Habis makan, lajak sikit ke depan beli Tutti Frutti sebab dah lama gila tak makan frozen yogurt ni. Lagipun alang-alang kedainya dah dekat, sekali jalan jelah. Sedapnya lahai sampai tak puas makan sebab kongsi tiga orang. Kena pergi lagi ni ambik sorang satu bekas, barulah puas makan.

Sedapnya lahai...

Wednesday, 7 October 2015

Rentetan Kisah Chicken Pox

Semalam ke hospital semula sebab losyen calamine dah habis dan MC juga dah habis. Doktor bagi sampai Jumaat je maka kena la minta MC sebab tak okey lagi. Kali ni dapat lima hari maka marilah layan Running Man dan Drama Korea Bersiri walaupun stok ulang tayang. Hahaha...

Hari ni dah masuk hari ke lapan kena chicken pox dan cuma tinggal chicken pox je, demam dah tak ada, tekak pun tak sakit dah, palpitation pun nampaknya tak ada. Bab palpitation tu panjang lagi kisahnya sebab kena datang balik buat lagi pemeriksaan dalam masa 3 minggu.

Sebenarnya aku rasa mula kena chicken pox ni dari hari Selasa lepas tapi sebab tak pernah kena jadi tahu. Macam syak kena CP pun bila nak solat zuhur hari Rabu tu dan buang tebiat pulak belek badan depan cermin sebelum ambik wudhuk. Hehehe.. Perasan pulak ada bintik-bintik berair dan terus tergerak dalam hati macam kena chicken pox ni. Biasanya tak sempat belek badan pun sebab kejar waktu tapi hari tu sebab tak keluar makan, maka sempatlah nak buang masa macam tu.

Disebabkan aku jarang sangat demam, memang tak perasan tanda-tanda nak demam cuma pagi tu badan rasa tak sedap dan perut rasa tak sedap, macam ada benda bergerak dalam perut dan buatkan aku rasa nervous. Itu yang orang putih cakap 'there's butterfly in my stomach' bila nervous sebab perasaan dia memang macam tu. Tambah pulak dengan palpitation tu, lagilah rasa tak selesa. Itu yang akhirnya buat keputusan ke hospital juga selepas tangguh dua minggu.

Pertama kali dapatkan rawatan dekat hospital kerajaan, punyalah cuak sebab tak berapa nak tahu prosedur. Pada yang tak tahu, Jabatan Pesakit Luar tutup pukul 4.30 petang; itu kira waktu terakhir la untuk daftar. Lepas ambik nombor, duduklah tunggu giliran. Piagam Hospital Banting adalah untuk para pelanggannya menerima rawatan dalam masa dua jam dan tak lebih dari tu. Dua kali aku pergi, kurang lebih dua jam jugaklah baru selesai semua.

Mula-mula macam pelik dengan sistem nombor dia tapi lepas tu baru faham. Sebelum jumpa doktor, jururawat akan panggil dulu ambik suhu dan periksa tekanan darah semua. Dah selesai, kita kena hantar rekod masuk dalam bilik doktor dan nanti doktor panggil. Waktu pergi tu agak ramai juga orang tapi tak adalah lama sangat pun.

Masuk bilik doktor, haruslah nervous sebab dah memang nervous pun. Lupa pulak soalan doktor yang mula-mula tapi agaknya dia tanya kenapa kot. Sebab tujuan nak periksa yang palpitation tu, aku terus bagi tahu yang tu. Sebelum doktor melanjutkan pemeriksaan, dia tanya kat aku; "Awak demam ni, awak tak tahu awak demam?" Nak jawab apa lagi melainkan tidak? Hahaha... Memang tak perasan pun aku demam cuma lepas dari tu memang baru boleh rasa aku demam sebab badan berbahang. Alang-alang tu aku tanyalah sekali pasal bintik-bintik berair tu, terus doktor suruh selak lengan baju semua dan dia cakap; "Ini chicken pox ni. Takpe, awak bawa slip ni ke bilik 9 dulu untuk ECG nanti datang sini balik" 

Keluar dari bilik doktor dan pergi ke bilik buat ECG. Mujurlah Sister yang uruskan ECG tu peramah, maka kurang sikit cuak. Masuk dalam bilik tu terus ke katil paling hujung dan langsir pun ditutup. Kena kepit dekat pergelangan tangan dan kaki dan kemudian mengelilingi bahagian jantung. Prosesnya tak lama pun dan bila dah dapat keputusan, hantar ke doktor dan tunggu sampai nombor dipanggil. Jenuh menunggu jelah.

Bila nombor naik, masuk balik bilik doktor dan doktor pun tengok keputusan ECG tadi. Ada sedikit ketidaknormalan pada denyutan jantungku maka itu yang kena datang balik semalam. Selesai semuanya, bawa slip ubat ke bahagian farmasi untuk ambil ubat. Hari tu dapat ubat demam, ubat tahan gatal dengan losyen calamine.

Dari hari Rabu sampailah hari Sabtu kot demam datang dan pergi. Itulah yang paling seksa tu sebab pakej demam, sakit kepala, chicken pox dan sakit tekak. Chicken pox pulak baru nak keluar, dia punya bisa tu, yang pernah kena jelah tahu. Waktu ni memang tak lalu nak makan, cuma lalu makan bubur dengan roti cicah milo je. Bila kunyah makanan pun rasa macam ada benda je dalam mulut dan aku syak ada jugak chicken pox ni dalam mulut.

Beberapa hari pertama, tak banyak yang keluar sampai aku tak rasa risau pun kalau setakat ni je yang keluar. Tapi lepas tu, berlumba-lumba keluar sampai penuh satu badan; muka, kepala, leher, tangan, tapak tangan, badan, kaki, tapak kaki, sampai dalam telinga pun ada. Hoih, dahsyat hoih sampai takut tengok apasal banyak sangat bintik yang keluar ni.

Hari ni dah tak ada bintik baru yang keluar kot cuma tunggu bintik-bintik yang ada ni mengering. Masalah tak boleh tidur malam masih ada sebab asal malam je, bintik-bintik yang dekat kepala tu berdenyut-denyut dan satu badan gatal dan ada juga bintik-bintik yang rasa bisa. Makanya malam jadi burung hantu siang baru ganti tidur.

Selain ubat hospital, ikut jugalah petua-petua tradisi macam mandi dengan air daun semambu, letak daun semambu bawah cadar dan tak makan kicap. Kena hujan pun tak boleh tapi aku macam dah terkena sikit haritu tapi harapnya tak ada yang teruklah berlaku. Kalau baca dekat blog-blog lain, macam-macam lagi petua ada siap tak boleh menumis/menggoreng dalam rumah yang ada pesakit chicken pox ni. Motif dia tak berapa jelas tapi sebab aku kalau tak masak tak makan, maka bukan setakat ada tumisan dalam rumah, orang yang ada chicken pox tu sendiri yang menumis. Pasrah jelah... Kalau nak tahu petua tu boleh Google ye sebab dah ramai yang kongsi.

Saturday, 3 October 2015

Kena Chicken Pox Pulak...

Hari ni dah masuk hari keempat merana dengan gatal-gatal dan rasa bisa. Pada yang belum pernah kena, doalah supaya tak pernah kena sebab sakitnya tu tak boleh diungkap. Siap menangis tak berlagulah. Sobsobsob.... Asalnya ke hospital nak buat ECG je tapi bila dah periksa semua-semua tu, kemain banyak penyakit. Tonsil bengkak, demam dan paling teruk chicken pox.

Cerita lanjut kemudianlah sebab tak kuasa pulak nak menaip panjang-panjang. Entri sebeban yang sebelum ni tu semua entri berjadual, tu yang meriah aje kan blog Tuan Tanah. Doakan saya cepat sembuh.

Thursday, 1 October 2015

Beli Yang Mahal Juga Akhirnya

Disebabkan bedak kompak yang dibeli di Korea tahun lepas dah habis, terpaksa juga beli bedak baru jenama lain tapi buatan Korea cuma dibeli di Malaysia. Disebabkan dah lama sangat tak beli bedak kompak jenama terkenal, maka tak tahu nak pilih yang mana satu sampai beberapa kali pergi Watson tapi tak beli jugak sampai bila nak beli, warna yang dikehendaki dah habis. Padan muka! Akhirnya beli bedak ni kemain jauh dekat IOI Mall sana.

Mula-mula nak beli yang biasa-biasa asal namanya bedak, sekali ada pulak jurujual SimplySiti dekat situ. Bila ada yang tukang promosi, teruslah terpengaruh apa yang diperkatakan tu. Terus ambik yang mahal, kurang lebih harga Skin Food dekat Lazada. Baik aku beli kat Lazada je kan? Tapi harga Lazada tak termasuk kos pos. Eh, tapi baru ni beli charger tak ada kos pos pulak? Nak kena cuba beli bedak pula, ke apa ni? Ok, melalut.
Eksklusif bekas dia

Disebabkan nama dia adalah 2 Way Cake, maka cara nak pakai pun ada dua. Cara yang betul nak pakai adalah seperti di sini. Bila tak letak air, dia macam bercapuk. Bercapuk adalah bertompok-tompok atau tidak sekata dan perkataan ni aku belajar waktu tingkatan 1. Tapi kalau bangun lewat dan tak sempat bersiap dekat rumah, dah tak ada dah nak tepek mekap. Calit BB Cream je. Cuma kalau ada kelas jelah rajin sikit pakai mekap sebab karang budak-budak ni tengok pehal muka cikgu aku ni macam tak siap je? Nak tengok muka tak siap, tunggu hari Jumaat, nak pakai gincu pun dah malas.

Versi terbuka

Jadi, okey ke bedak SS ni? Disebabkan dah terbiasa dengan Skin Food dan baru je pakai La Collection D'Or ni, aku suka lagi Skin Food sebab dia lagi ringan. Tapi lama-lama layan jugak la Simplysiti ni sebab bila tepek dekat muka, terus muka nampak flawless. Nampak je la, hakikatnya hanya dia yang tahu. Hahaha... Waktu ragu-ragu nak pilih warna yang mana satu, promoter tu pun tanya; "Akak biasa mekap tak? Ada pakai blusher?" Aku pun jawablah; "Kalau pergi kerja, memang mekap." Lantas dia mengesyorkan untuk pilih warna terang yang namanya light beige sebab bila letak benda lain dekat muka, akan nampak menyerlah. Begitulah katanya. Entri diakhiri dengan selfie muka tak siap dan muka dah siap. Sekian...