Engagement Fund ;)

Friday, 27 November 2015

Siapa Yang Konvo Sebenarnya?

Tahun ni terpilih lagi untuk jadi salah seorang AJK untuk konvo dan ini kisah minggu lepas. Macam biasa, kami diberi jawatan yang sama iaitu Jawatankuasa Keselamatan dan Kebersihan. Maka kami dibahagikan kepada dua kumpulan; satu kumpulan menjaga lalulintas dan satu lagi kumpulan meronda di bahagian dalam. Biasanya aku kena yang bahagian dalam tapi pernah juga rasa jaga lalulintas. Memang mencabar jugalah sebab kena berdiri tengah panas dan kalau kena jaga bahagian VIP, meratib la ko hafal nombor kereta VIP tu sampailah kereta tu lalu. Hahaha... Tapi ada satu benda yang kira berbaloilah berpanas dan berpenat berdiri iaitu makan! Sebab makanan dia sedap dan macam dekat hotel.

Menu pada hari bertugas, minum pagi, minum petang dan makan tengah hari

Kali ni aku dapat bertugas hari terakhir maka melompat kegiranganlah sebab boleh beli jambangan bunga dengan harga yang lebih murah. Tapi yang tak seronoknya adalah tak dapat jumpa bekas pelajar sebab diorang semua konvo pada hari pertama. Tak ada rezeki nak jumpa diorang. Bertugas di bahagian dalam tidaklah begitu dahsyat sebab tak ada benda sangat pun, sekadar meronda sekali sekala dan selebihnya jadilah penunggu gua bilik rawatan.
Perarakan masuk graduan ke dewan yang melalui bilik rawatan sementara..jubah biru terang pelajar sijil dan jubah biru gelap pelajar diploma...untung la konvo dekat PICC, orang yang tak dapat masuk dewan boleh menunggu dengan selesa...

Hari sebelumnya ada kes tersepit kaki dekat escalator. Hari aku bertugas tak ada kes berat kecuali satu kes cedera ringan. Panik jugalah bila tiba-tiba seorang lelaki masuk ke dalam bilik rawatan sambil mendukung anak kecil dengan muka cemas dan tiba-tiba duduk di depan aku dan berkata; "Ada ubat untuk luka tak?" Walaupun luka kecil tapi sebab tiba-tiba, semua orang pun panik sampai masing-masing tergamam.

Sebenarnya ada je anggota JPAM tapi waktu tu diorang tak ada pulak dalam bilik tu, teruslah masing-masing bergegas ke kotak kecemasan lepas tu bertanya soalan sengal. Hahaha... Macam kan, tak pernah rawat luka sebelum ni. Lepas semua orang dah bertenang, barulah rawatan dimulakan. Kira semua orang ada sahamlah; sorang letak ubat kuning, sorang tolong hulur kapas, sorang tolong gunting pelekat, dan sorang lagi ambik gambar. Eh? Hehehe... Ambik gambar sebab kena buat laporan. Kak D cakap besar juga lukanya sebab dia yang letak ubat dekat luka tu tapi budaknya tenang aje dan tak nangis langsung. Bagus...bagus... Kak P yang tunjuk nak kena buat apa, letak ubat berapa banyak, sebabnya ada pengalaman mengendalikan anak sendiri yang terluka.

Selain tugas rasmi, kami juga membuat tugas tak rasmi iaitu membeli bunga. Dah petang sikit tu biasanya harga bunga turun banyak tapi kalau nak lelong, kenalah tunggu sampai graduan semua dah balik; waktu tu memang akan ada sejambak bunga dengan harga sepuluh hengget. Diorang la cakap, aku tak pernah pun dapat harga tu sebab kena balik dengan bas jadi tak adalah lewat sangat baliknya.
Bunga ni sungguh cantik dan kemas gubahannya tapi harganya melebihi bajet aku... 3 kuntum ros merah jambu, 3 kuntum ros putih dan ada kuntuman lili..sebab ada lili, dia jadi 50 hengget..mampu tengok jelah sebab macam sayang duit pulak nak beli...hehehehe

Dapatlah beli dua jambak bunga ros dengan harga yang masih dalam bajet. Disebabkan hari lahir teman jenayah baru je lepas dan tak beli apape pun untuk dia, maka aku pun belilah satu untuk dia. Itulah sahaja cerita bertugas untuk konvo tahun ini.
Jambangan mahal sikit dan jambangan murah sikit..yang kiri tu sebab nak bagi orang maka aku mintak riben..

Muka puashati dapat beli bunga...hehehe

Entri ini diakhiri dengan gambar-gambar kenangan tuan tanah pada hari konvo tahun-tahun sebelumnya sebab macam tak pernah je cerita pasal ni dalam blog.
Tahun 2013, kena jaga lalulintas maka pakailah seluar..

Tahun yang sama, bersama AJK lain dan juga anggota JPAM yang terlibat

Tahun 2012 bersama jambangan bunga ros terpaling cantik setakat ni sebab dia adalah wedding bouquet yang penuh bunga...

Dapat beli jambangan ni dengan harga yang lebih murah sebab penjual tu nak habiskan jualan cepat...lagipun aku dok lalu lalang 8 kali depan kedai dia dan setiap kali lalu je mesti berhenti tengok sebab bunga ni cantik sangat...hehehe...terus dapat harga yang murah..

Friday, 20 November 2015

Menikmati Cuti

Ini namanya cuti terkejut pada bulan lepas sebab tiba-tiba banyak benda mendatang. Fikir punya fikir punya fikir, cuti jelah hari tu sebab asalnya nak pergi servis Taejang pun tapi dah alang-alang tu, redha jelah cuti walaupun dah banyak cuti sebab MC. Entri ni adalah kesinambungan entri dim sum di bawah

Pagi tu pergi servis Taejang dulu. Sampai Perodua pukul 9 lebih sikit tapi orang dah ramai. Disebabkan aku ada buat temujanji, maka menonong je masuk dan jumpa dengan seorang kenalan yang bekerja di situ. Uruskan apa-apa yang patut, pergi periksa kereta kejap dan serah kunci untuk diservis.

Gigih angkut The One dengan niat sambil menunggu boleh baca. Duduk dekat sofa, tengok Naga, kutip duit, jenguk kafe dan bakeri, tengok FB kejap, barulah bawa keluar novel dari beg. Baru baca dua muka surat, tiba-tiba nama dah kena panggil. Eh, apa pasal cepat sangat ni? Tak sempat berangan. Hahaha... Rupanya kalau dah buat temujanji memang cepat je dia buat.

Habis servis, terus gerak ke Shah Alam dan disebabkan masih awal, aku singgah dulu di Aeon Bukit Tinggi. Nak sarapan kekdahnya walaupun waktu tu dah patut makan tengah hari. Kalau keluar sorang-sorang macam ni dan niat bersantai-santai, aku suka beli tako, sushi dan kopi tanpa gula. Dah beli semua tu duduklah makan dekat meja yang diletakkan depan La Boheme.

Kopi o kosong beserta sushi..takonya dah selamat dalam perut..hehehe

Perut dah kenyang, barulah gerak ke Shah Alam pulak. Nasib baik waktu sampai tu orang-orang pejabat masih belum ramai yang keluar maka banyaklah parking kosong. Weeehuu! Turun kereta, masuk ke SACC Mall dulu sementara tunggu Aten sampai.
Hasil tangkapan pada hari tersebut

Dek kerana tak ada tujuan, maka aku pun masuklah MPH. Ini satu lagi terapi ketenangan iaitu membelek buku dan beli buku. Puaslah aku pusing MPH tu tiga kali sambil belek buku sebelum memilih sebuah buku, senaskhah majalah, dan sekeping penanda buku. Ngam soi keluar, Aten pun sampai. Maka mohlah tebus kupon dim sum.

Dim Sum, dim sum dim sum dim sum....

Nak baca tajuk kena berima ye. Nak tahu rima, kena tengok Running Man episod 72. Hahaha... Pengaruh Korea sangat ni! Kisahnya, ada promosi bufet dim sum dekat Groupon, maka gatal tangan dan geli perut nak makan makanan Cina ni. Mula-mula roger Aten dia tak layan lepas dah lama sikit tu dia roger aku ajak beli kupon sebab aku nak merajuk sebab tak jadi bercuti dekat hotel mahal. Sentap sampai terus batalkan tempahan. Hahaha...

Kelam kabut beli, kelam kabut tempah giliran, kelam kabut susun masa. Kelam kabut semuanya sampai kena saman! Hahaha... Eh, saman bila nak bayar? Kriiikk.. kriiikk..kriikk.. Mungkin kerana kupon dibeli pada waktu akhir promosi maka slot untuk hari minggu telah penuh; hanya slot pada hari bekerja sahaja yang masih kosong.

Selepas berbincang, pergilah kami ke sana pada hari Jumaat. Dah agak lewat juga sampainya sebab tunggu Aten habis kerja. Kira tak lepak lama kat sana sebab diorang tutup pukul 3.00 petang. Layan gambar dim sum dulu.
Tart-tak-ingat-nama tapi sedap!

Pusingan pertama


Pau gebu yang katanya sedap tu



Siew mai

Dalam dia isi udang dan sedap semestinya!

Versi goreng

Bubur nasi dan suku-sakatnya

Versi gorengan lagi

Sudah kosong

Makanan sedap dan harga sangat berbaloi. Makan sampai kembung, sampai nak muntah. Hahaha... Cuma ada sekali tu dia salah baca kertas order jadi apa yang kami order tak sampai lepas tu sampai benda lain. Tak dapatlah rasa pau dia yang katanya sedap tu. Cis! Lepas ni kalau ada lagi promosi macam ni bolehlah pertimbangkan untuk beli lagi.
Ini patutnya pusingan ketiga tapi sebab dia dah tertukar kertas order dengan meja lain, maka apa yang dipesan tak sampai tapi diberi yang lain...belasah jelah...

Eh, tapikan semalam tengok email dari Groupon, masih ada lagi promosi ni sampai 31 Disember. Macam bagus juga kalau beli lagi kan? Hehehe...

Thursday, 19 November 2015

Dari Dapur Cik Farae

Hait! Kembali bersiaran dengan cerita bergambar. Kalau ikut IG saya, dah tayang kebanyakan gambar ni sebab poyo kan, siap masak terus ambik Arba dan hantar gambar ke Yong dan muatnaik ke IG. Apsal tak guna Yong je terus? Macam yang diperkatakan, sejak lepas Yong dibaiki tempoh hari, terus kualiti gambar dari kamera Yong tak cantik lagi-lagi kalau ambik gambar malam-malam. Nah, layan gambar jela ye dulu. Tuan Tanah tengah mood grumpy sebab tak cukup tidur.

Masak lemak putih pucuk ubi

Bebola daging bakar dengan kentang bakar dicurah sos lada hitam

Daging goreng tomyam kering

Bubur jagung dengan sagu

Sunday, 15 November 2015

Bercinta!

Kejadian tahun 2013 berulang lagi. Nak menangis rasa bila buka laci baju tiba-tiba jatuh sekelepuk rumah anai-anai. Waktu minggu sibuk nilah dia datang balik. Huhuhuhu... Dulu pun macam tu juga, penat-penat baru balik dari kejohanan sukan institut lepas tu kena sambung bertugas untuk konvo pulak, meriah rumah dia dekat laci yang sama, dalam tempoh waktu yang lebih kurang sama; bulan November juga.

Anai-anai ni bila dah sekali dia datang, dia akan datang lagi selepas beberapa ketika. Tempat yang sama jugalah dia buat rumah tu. Nangisss... Tempoh dia bina rumah pun sangat sekejap sampaikan tak perasan dia dah ada.

Nak tak nak, kena selamatkan almari yang masih belum terusik. Makanya, lepas balik dari kondangan tadi terus punggah semua barang bawa keluar bilik. Janganlah ada yang datang rumah minggu ni sebab hujung minggu depanlah jawabnya baru boleh nak mengemas secara besar-besaran. Dekat ruang tengok Tv dengan meja dekat ruang tamu memang penuh barang aku je tu.

Ingatkan dia makan katil je sampai katil aku pun tinggal tiga kaki je ni, rupanya laci baju pun. Makanya nanti memang kena mengemas habis-habisan termasuk buang segala harta karun dari zaman sekolah yang sebenarnya tak guna pun. Oh anai-anai, silalah jangan berjangkit ke kabinet buku dan almari baju, nanti saya murung sepanjang minggu sebab lagi bercinta nak mengemas almari buku tu. Huhuhuhu...

Wednesday, 11 November 2015

Percutian Pendek di Sungkai - Green House

Percutian di Felda Residence Hot Springs Sg. Klah tempoh hari melibatkan 6 keluarga dan sepasang bujang. Jadi pihak urusetia telah memilih satu villa 6 bilik untuk menempatkan setiap keluarga. Ingatkan dua tingkat villa ni jadi dah rancang yang perempuan belah atas yang lelaki belah bawah. Bila sampai, setingkat aje rupanya jadi satu keluarga dapat satu bilik kecuali aku la kena kongsi dengan Kak Dahya. Kalau pergi bercuti lagi rasanya lebih praktikal kalau sorang satu bilik sebab walapun aku takde pasangan, tetaplah kena ada bilik sendiri atas sebab-sebab keselamatan aurat.

Ni penanda arah ke Villa kami yang sungguh 'besar' tulisannya

Villa ni adalah yang terbesar dan hanya ada satu sahaja tak silap. Villa-villa lain ada yang satu bilik, ada yang dua bilik dan ada yang tiga bilik. Kalau pergi bercuti dengan kawan-kawan atau keluarga sendiri, boleh je nak bawak satu bas pun dan bawak toto atau bayar je harga tambahan RM 60 seorang untuk tiket masuk taman tema, tilam tambahan dan sarapan. Masih lagi berbaloi. Kalau kanak-kanak, bayaran tambahannya adalah RM 50. Tapi budak-budak tu tak payah bayar pun takpe kot cuma kena sediakan makan jelah untuk diorang. Bila dah bayar, setiap orang akan dapat satu gelang untuk tiket masuk taman tema tapi tak ada orang check pun.
Pintu depan

Masuk je terus nampak seterika ni dan yang kabinet tu tempat letak kasut

Ini laluan nak ke 4 buah bilik di sebelah kiri dari pintu masuk

Kemasan dalam villa adalah cantik dan berseni dan mewah; dah boleh buat contoh untuk villa sendirilah kiranya. Hahaha... Sampai sana siap-siap sketch dan balik tinggal cari orang untuk lukis pelan aje. Kalau ada duitnyalah untuk buat villa, kalau takde, lakaran tu simpan dulu sampai duit cukup.
Bilik tidur utama di sebelah kanan dari pintu masuk diikuti dengan bilik kedua di sebelahnya

Sinki di bilik tidur utama

Bilik air juga di bilik tidur utama

Ada satu bilik besar dan bilik lain saiz biasa je tapi masih lagi luas. Dalam bilik semuanya katil queen dan ada dua biji kerusi untuk berehat. Semua bilik ada beranda dan silalah periksa pintu lungsur di beranda masing-masing sebab ada yang tak boleh dikunci. Bilik air ada 7 buah; 6 buah dalam bilik tidur dan satu lagi dekat sebelah dapur. Berbaloi sangat untuk RM 1350 satu malam dengan satu rumah menggunakan air-cond sepenuhnya.
Pandangan dari pintu masuk untuk menunjukkan betapa luasnya ruang tamu villa ni

Ruang tamu pulak sangatlah luas dan sesuailah kalau ada anak-anak kecik sebab diorang ada kawasan nak main. Itu yang sampai tengah malam masih cergas lagi budak-budak tu, mak-maknya semua dah layu kepenatan. Seronok jumpa kawan dan seronok tempat main luas kekdahnya. Ada satu set sofa dekat ruang tamu dia dan satu meja makan enam kerusi. TV ada Astro jangan risau jadi kalau budak-budak kecik tu meragam, kasi je tengok kartun. Hehehe...
Ruang televisyen yang berhadapan dengan set sofa

Dapur dia pulak, memang superb! Ada dapur siap penyedut asap canggih ko! Seronok nak memasak sebab jakun menggodek penyedut asap canggih tu. Hahaha... Disebabkan susahnya nak cari info tentang Green House Felda Residence Hot Springs Sg. Klah ni, meh sini aku bagi tahu apa yang perlu di bawa dan apa yang tak perlu. Dekat dapur dia ada satu frying pan saiz sederhana, satu periuk nasi kecil, pinggan dan cawan serta sudu untuk 12 orang dan satu peti sejuk dua pintu. Kalau nak masak, memang sesuai sangat cuma kena bawa sendiri sudip dengan pisau.

Kitorang haritu siap bawa periuk nasi besar, kuali besar, papan pemotong, bekas air Tupperware segala. Gigih sangat ni. Hahaha... Kalau malas nak masak, boleh telefon je pesan makanan, menu ada disediakan dan aku rasa okeylah kot harga makanan tu. Kalau nak keluar cari makan, tak pastilah ada ke tidak kedai makan malam-malam tu sebab dekat luar tu memang kawasan kampung je. Kedai runcit ada jugak dekat luar tu.
Apa nama ni ek? Bar kot kan? Yang ni bertentangan dengan tv..sambil makan boleh sambil nonton kekdahnya..

Ini rupa dapur yang siap kabinet tu...peti sejuk dia besar gabak ok, boleh muat 10 ekor ayam..sebelah plastik sampah tu ada satu tandas dan satu sinki dekat bahagian luar depan tandas

Kawasan luar villa pulak terlindung dengan pokok-pokok merimbun; sangat privacy. Paling penting, tak ada nyamuk walaupun belakang sana tu kelapa sawit. Jadinya kalau nak bercuti santai-santai atau buat reunion, bolehlah pertimbangkan untuk ke sini. Sebarang pertanyaan boleh tinggalkan di kotak komen. Sekian.

Percutian Pendek di Sungkai - Hari Kedua

Selepas sekian lama, barulah ada hati nak sudahkan cerita di Sungkai tempoh hari. Wajib sudahkan sebelum sambung cerita ke Cameron Highland pulak nanti.

Esok paginya, bangun awal tak awal sangatlah. Terus masuk dapur lagi masak sarapan. Walaupun harga bilik termasuk sarapan pagi tapi sebab ada budak-budak dan lebihan makanan semalam banyak lagi, maka kita habiskan mana yang boleh dihabiskan. Ayam perap banyak lagi tapi kitorang goreng je sebab yang bakar semalam pun ada lebih lagi lepas tu goreng sosej. Nasi goreng pulak panaskan aje balik. Makanan ni cukup untuk sarapan dan bekalan untuk ke kolam. Memang jimatlah!
Sebahagian daripada rupa tempat makan


Rupa depan tempat pendaftaran

Sudahnya yang pergi makan sarapan cuma aku, Kak Chik dengan Kak Elin je sebab orang lain semua dah kenyang dan nak sambung berendam. Kalau pergi bercuti di hotel, waktu yang paling ditunggu-tunggu adalah waktu sarapan. Yeayy! Kitorang pergi sarapan tu dah lewat jadi makanan dah banyak habis. Pilihan makanan dia pulak biasa-biasa je, bolehlah. Nak makan ni kena naik kereta sebab dekat tempat daftar masuk. Tempat dia memang cantik dan redup dan dikelilingi kelapa sawit tentunya.

Suasana di sekitar kafe dan kawasan penginapan jenis bilik yang nyaman dan hijau

Dekat kolam air panas

Ini kawasan kolam terapi yang diceritakan dalam entri sebelum ni

Dekat kawasan kolam air sejuk

Wefie dengan partner in crime, Kak Chik

Habis makan, kitorang balik dan sambung berendam. Kali ni memang celup satu badan dekat dua-dua kolam sejuk dan panas. Tapi tak lama pun berendamnya sebab check out pukul 12.00. Dalam pukul 11.00 lebih tu dah kena naik dan bersiap-siap nak balik. Bungkus-bungkus barang, basuh-basuh periuk kuali semua, terus berkumpul untuk gambar kenangan. Itulah saja percutian dua hari satu malam Geng Makan yang meriah dan gigih sampai angkut periuk kuali segala. Hahaha...




Monday, 2 November 2015

Kelas Terakhir; Selamat Maju Jaya

Semalam adalah kelas terakhir untuk budak-budak tuisyen SPM. Bila Kak Ijan cakap nak buat kelas akhir, ingatkan budak-budak biasa jelah sekali bila sampai depan pintu, terkejut tengok selipar punyalah banyak. Saat melangkah masuk, terkejut kali kedua sebab kelas besar yang biasa aku guna penuh padat sampai depan papan putih.

Rupanya kelas akhir ni untuk semua pelajar SPM yang tuisyen di situ walaupun ramai yang tak ambil subjek BI. Bila disuruh ajar pelajar-pelajar SPM, sebenarnya ketar dan takut juga sebab aku ni tidaklah cemerlang mana tapi aku cuba berikan yang terbaik dan belajar sama-sama dengan mereka. Paling penting, kalau tak yakin dengan sesuatu perkara macam ejaan sekalipun, jangan malu nak semak buku atau kamus walaupun aku cikgu.

Teringat salah seorang pensyarah aku dulu yang tak malu dan segan nak semak kamus elektronik waktu mengajar walaupun beliau merupakan pemegang Sarjana, ke dah sampai tahap Doktor Falsafah; lupa pulak. Jadi semalam cuma kongsi serba sedikit tips sambil rujuk kepada contoh soalan. Harapnya, walaupun tak banyak yang aku kongsi, sekurang-kurang mereka dapat sesuatu daripada apa yang telah dikongsikan.

Malam tadi, banyak mesej masuk dalam kumpulan WhatsApp yang aku buat untuk diorang. Sedih pulak bila baca mesej-mesej diorang. Yang pasti, mereka akan dirindui sebab sepanjang mengajar tuisyen, rasanya kumpulan inilah yang paling aktif bertanya dan paling aku tak garang dengan diorang. Tu yang semua jadi manja mengada-ngada tu. Hehehe... Acik ni garang tau sampai sebelum ni ada yang berhenti tuisyen sebab takut. Maka, sesi tuisyen akan bersambung kembali tahun depan, inshaAllah.

Buat anak-anak didik Sari Ilmu, semoga awak semua boleh menjawab peperiksaan dengan mudah dan tenang. Kami doakan semuanya berjaya dengan cemerlang.