Engagement Fund ;)

Wednesday, 30 December 2015

Makcik Naga

Dah lama sebenarnya nak gebang pasal naga ni tapi tulah, malas je nak menaip. Waktu mula-mula beli Yong dulu, boleh tak aku rasa bosan sampai akhirnya aku install game? Hahaha... Dari satu game, terjebak install game yang lain sebab nak dapatkan diamond atau gold; kalau tak, kena beli sendiri dan disebabkan aku kedekut, maka install semua game yang dia recommend. Salah satunya adalah Dragon Story.
Ni island aku Level 96 haritu, sekarang dah Level 110 dan Gold tu tinggal 300++ je sebab dah banyak guna waktu tournament yang berperingkat tu dan ada sekali tu tertekan dan terbeli makanan..hangus 100 Gold aku..sobs

Game ni setakat ni yang agak mencabar dan tak berapa nak bosan sebab ada banyak benda boleh nak teroka. Paling best bila ada geng sama-sama main sebab boleh update progress kalau nak kena capai sesuatu. Cool! Kang asal jumpa je, "Battle dah sampai level berapa?" atau "Macam mana nak dapat naga bla bla bla ek?" Hahaha... Cool kan?

Biasa main game ni santai je sebab cuma nak luaskan kawasan jajahan, atau nak dapatkan naga baru je. Makin lama main, makin banyak la benda baru. Kadang tu ada lucky draw untuk dapatkan naga yang pelik-pelik atau kena join tournament untuk dapatkan naga pelik-pelik jugak. Naga pelik ni adalah naga yang takkan dapat melalui breeding. Faham tak ni? Tak faham pun buat-buat faham.

Lepas tu boleh juga melombong untuk dapatkan naga atau tanah dekat Gua tu. Ada dua jenis lombong; satu untuk dapatkan bahan untuk cipta naga dan satu lagi untuk dapatkan cebisan tanah untuk luaskan kawasan jajahan. Nak melombong kena letupkan runtuhan batu dalam gua tu dan nak dapatkan bomb atau dynamite adalah melalui breeding dan evolution.

Ni rupa gua

Dalam proses mengebom

Selepas bersusah payah, berjaya dapatkan naga ni..yeay!

Baru-baru ni ada satu lagi tournament baru tapi tournament ni agak menyesakkan otak la jugak sebab dia ada banyak peringkat dan tempoh masa yang singkat untuk habiskan semua peringkat tu. Kalau masuk tournament yang ni, sanggup ko bangun tengah malam sebab setting masa nak capai target tu. Heeee... Setakat ni dah dua tournament tapi tak berjaya lagi menang.

Ni dia Battle Tournament yang paling baru untuk dapatkan Black Ice Dragon...aku lupa dah aku guna naga mana tapi aku rujuk dekat forum sebab tak banyak masa dah nak cuba-jaya...nampak tak tinggal 37 minit je sebelum tournament berakhir?

Kalau tournament biasa, dia bagi tempoh samada 3 hari atau 6 hari. Biasanya aku layan yang 6 hari tu je sebab tak stress sangat nak capai target. Kena habiskan 30 perlawanan dan selepas satu perlawanan, kena tunggu sejam sebelum boleh berlawan lagi. 6 hari tu cantik la masanya sebab takkanlah aku nak kena tercongok depan tab setiap kali sejam kan?

Tournament baru ni stress sikit sebab aku santai sangat sampai terkejar-kejar nak habiskan 30 perlawanan. Sebab dah lewat, terpaksa la guna gold untuk cepatkan masa perlawanan dan masuk forum Dragon Story sebab nak tahu naga mana yang sesuai digunakan untuk menang perlawanan setiap peringkat. Kalau banyak masa, rajin jugalah guna teknik cuba-jaya tapi bahaya juga sebab kalau kalah, setiap naga ambik masa 2 jam untuk dipulihkan.

Nampak tak naga-naga aku yang tertewas tu? Ambik masa 3 hari juga nak pulihkan semuanya dekat Healing Spring..

Ei, kalau nak cerita, memang banyak je lagi. Korang install dan mainlah sendiri ye. Kalau nak jemput jadi jiran lagi dialu-alukan sebab kalau nak luaskan kawasan jajahan kena minta bantuan jiran. Jangan segan-segan tinggal komen ye. Babai....

Tuesday, 29 December 2015

Cameron Highland: Mencari Lavender dan Kebun Ros

Sambungan cerita hari kedua di Cameron. Pagi tu kami sarapan di bilik saja dengan sandwich tuna, sup cendawan dan strawberi segar. Mentang-mentang kat Cameron, tiba-tiba waktu sarapan ada buah, strawberi lagi. Hehehehe..
Sarapan jimat tapi sedap

Wefie sat dekat taman mini di rumah tumpangan..

Usai sarapan, kami menghalakan kereta ke Avant Chocolate sebab ada yang berkirim strawberi celup coklat dari situ. Tujuan asal nak beli coklat je tapi bila sampai sana, strawberi coklat tak ada pulak. Difahamkan bahawa strawberi celup coklat ni tidak dihasilkan dengan banyak untuk hari biasa tapi ketika hujung minggu, memang sentiasa ada stok. Maka kami pun berlegar-legar di ruangan jualan sebelum masuk ke bahagian dalam. Rupanya dekat sini ada juga bunga-bungaan dan lavender. Landskap dalam ni pun cantik, memang cunlah kalau nak bergambar. Nama tempat ni sebenarnya Green View Garden. Boleh dapatkan info dari laman web rasmi dia ye.

Gerbera

Salah satu spesis lavender yang ada dekat Green View Garden ni

Waktu masuk ke dalam tu, ada satu bas rombongan tak tahu dari mana tapi ramailah dalam tu. Jadi kitorang pun carilah tempat yang takde orang untuk bergambar dulu sebelum masing-masing tuju ke replika kincir angin. Rezeki kami agaknya nak bergambar melompat bagai dalam tu sebab tak lama lepas tu rombongan tadi pun beransur pulang; maka, tempat ini kami yang punya. Hehehe...

Berlatarbelakangkan lavender dan Mada dan Aten..eh? 

Tak ada pengunjung lain langsung maka menjakunlah dekat sini...hehehhe

Dah penat bergambar, mohlah rehatkan badan, isikan perut dan sejukkan tekak. Dekat sini pun ada kafe yang menjual pelbagai manisan dan aiskrim buatan sendiri yang sedap! Rambang mata nak pilih manisan yang mana satu. Hehehe.. Disebabkan nak simpan perut makan scones, maka kami kongsi-kongsi aje makan aiskrim lavender yang sungguh sedap dan juga strawberry strudel. Walaupun kongsi, lama jugalah nak habiskan sebab sambil makan sambil borak, sambil ambik gambar.

Menggoda okey manisan yang ada dekat sini! Harganya bagi aku okeylah dengan saiznya dan juga rupanya..

Dua aiskrim lavender yang sangat sedap dan juga sepotong strawberry strudel...aiskrim tu ada rasa lavender dan minty dan kental maka jadilah ia sedap!

Watak utama...

Keadaan kafe yang lengang sampaikan pakcik baju merah tu perhati je aku yang sibuk ambik gambar sana sini...hahahaha...kafe ni agak luas dan hiasannya cantik tapi aku yakin kalau waktu cuti umum atau hujung minggu kafe ni penuh sampai melimpah..

Waktu nak balik, keluar aje ke tempat parking, nampak motorsikal bersusun-susun parking belakang kereta. Dah kenapa pulaklah pergi parking sampai menghalang kenderaan lain? Masaalahnya tempat tu bukan tempat parking motorsikal pun. Marah dah ni. Lama juga kami berlegar dekat situ sebelum ke kaunter dan minta tolong dia panggilkan penunggang-penunggang motorsikal yang tak ada kesedaran sivik tu. Habis rosak mood dan lari sikit dari jadual asal. Hiishhh!

Macam ni punya parking, cer kabor celah mana nak lalu?

Dah selesai isu kena block, kami gerak semula ke Brinchang. Mula-mula nak pergi Cactus Points tapi sebab diorang kata tak ada benda sangat, maka terus je jalan sampailah berhenti di Rose Valley. Berbaloi sangat bayar RM 2 untuk masuk sebab ada banyak bunga ros yang cantik dan ada juga bunga-bunga lain macam lili, bunga raya, dan bunga yang pelik-pelik. Pokok kaktus pun ado.
Antara bunga selain ros; belah kiri tu seri pagi kot nama dia, ke salah? Belah kanan tu bunga raya yang unik sebab kelopak dia beralun dan sebesar muka..tak pernah jumpa lagi jenis bunga raya yang ni selama ni..

Photo 4 of us taken by a passer-by...thanks Mister!

Bunga kegemaran, hydrangea! Macam yang aku cakap sebelum ni, bunga ni boleh ditemui dimana-mana di sana...

Kudup bunga ros

Kami lagi...kali ni setkan masa dekat kamera antik aku...saranghey gitu!

4 jenis bunga ros yang berbeza spesis daripada berpuluh gambar yang aku rakamkan...kalau rajin baca fakta tentang ros, sebenarnya ros ni dibahagikan kepada 3 keluarga dan bawah 3 keluarga ni ada baaaaanyak lagi dia punya suku sakat...kebetulan sebelum pergi Cameron ni ada baca satu artikel pendek pasal Garden Rose, maka tahulah sikit pasal fakta ni..yang warna merah jambu tu salah satu jenis Garden Rose dan ada satu jenis yang bau dia serius wangi sampai tak puas hidu...lupa dah yang mana satu..

Lama jugalah dalam ni sebelum beransur ke tempat seterusnya. Gambar pun bapak banyak sebenarnya tapi aku pilih yang sopan dan sesuai jelah ye nak tepek dekat blog. Cerita di lokasi seterusnya bersambung di entri lain sebab inshaAllah entri tu panjang. Hehehe... Entri tentang Cameron ni tak pastilah sampai berapa episod sebab aku kan suka bercerita, maka panjanglah nak ceritanya. Bertabahlah.

Monday, 28 December 2015

Kinah Kahwin

Ini satu lagi jemputan dari kawan sekolah dulu pada bulan Syawal yang lalu. Kawan yang ni agak rapat sebab satu asrama. Bila duduk asrama ni, selalunya akan dapat nama panggilan yang sudah tentulah ada sejarah disebaliknya. Macam yang ni, kitorang panggil Kinah je; nama sebenarnya Aini Nadiah tapi nama  glamour Kinah.

Majlis Kinah adalah pada 8 Ogos 2015 dan pada hari yang sama, ada juga jemputan rumah terbuka dari beberapa kawan yang lain. Tapi sebab memang dah janji nak pergi yang ni, maka jemputan lain tu awal-awal dah maklumkan supaya jangan berharap.

Macam biasa, sampai dekat majlis bila pengantin dah siap bersanding. Sampai-sampai je kami masuk dalam terus bergambar dulu. Disebabkan jemputan agak ramai, maka beratur jugalah nak bergambar.


Lepas bergambar barulah pergi makan dan sempatlah jumpa Geng Bilik Prep yang lain. Kinah ni aku pernah satu dorm dengan dia dan satu kumpulan waktu dalam bilik prep. Lama juga kami di sana borak-borak dengan kawan-kawan lain yang sampai lewat sikit. Dah selesai bergambar dan berborak, barulah kami minta diri. Akhirnya tak pergi pun jemputan rumah terbuka yang lain tu sebab jaraknya agak jauh dan alang-alang dah sampai kawasan Serdang, terus melencong pergi tempat lain. Hehehehehehe....

Jemputan dari Romi

Ini jemputan walimah waktu raya haritu, bertarikh 27 Julai 2015; sama tarikh dengan majlis walimah anak mantan bos tuisyen. Pagi tu aku kondangan rumah mantan bos dulu barulah gerak ke Kg. Endah beraya rumah Aten dan terus ke majlis Romi ni.

Gedebuk gedebak, kami sampai lewat jugalah. Tapi bagi aku cantik dah waktu tu sebab pengantin dah siap makan, dah siap sesi bergambar. Jadi, tetamu marhaen ni bolehlah jumpa pengantin dan sembang lama-lama sikit.
Soalan biasa bila dah lama tak jumpa adalah, dekat mana sekarang? Dekat mana tu boleh nak tanya tempat tinggal atau tempat kerja...hehehe

Aku dengan Romi ni taklah rapat sangat pun waktu sekolah dulu tapi bila dah duduk asrama sama-sama, kira rapatlah berbanding kawan-kawan yang duduk luar. Sebolehnya bila dapat jemputan dan tak ada aral, memang aku akan pergi. Alhamdulillah dapat juga sampai di majlis Romi ni.
Gambar pertama guna Yong selepas dibaiki buat kali pertama

Tahniah Romi dan suami, semoga rumahtangga yang dibina sentiasa dalam kedamaian dan berada dalam rahmat Allah selalu. Sabar kena banyak, ikhlas kena gali banyak-banyak jugak. Hehehe... Terima kasih sebab sudi jemput kitorang. Nasib baik kenal lagi dengan kitorang ni sebab lepas habis sekolah terus tak jumpa dah.

Dari kenduri Romi, pergi solat lepas tu ingat nak ngopi, sekali tu boleh pulak terpergi stimbot padahal kenyang lagi lepas tu masing-masing tengah sengkek. Hahaha... Lawak gak waktu buat keputusan nak pergi stimbot sebab masing-masing korek beg tangan dulu tengok ada duit terselit tak. Kihkihkih...

Gambar selepas kekenyangan oleh adik Aten yang mengikut sama pada hari tersebut

DIAGNOSIS

Buku ni aku beli selepas terbaca ulasan menarik dari ramai orang. Tak rancang nak beli pun tapi bila dah pusing MPH tu sampai lima kali dan belek buku di rak sampai tiga kali, aku angkut jugalah ke kaunter. Lagipun harganya tidak begitu mahal untuk sebuah buku yang padat isinya.


Kalau selama ni hanya tengok drama-drama Korea yang berkisar tentang doktor dan dunia perubatan, kali ni aku baca pula. Kisah-kisah yang tertulis dalam DIAGNOSIS adalah pengalaman sebenar para penulisnya yang sudah tentulah doktor.

Secara keseluruhannya, kisah-kisah dalam buku ini sangat sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja kerana bahasa yang digunakan pun tidaklah terlalu tinggi. Istilah-istilah yang biasa digunakan oleh para doktor memang banyak tetapi jangan risau, penerangan diberikan untuk setiap istilah yang digunakan.

Kisah-kisah yang dipaparkan juga sangat dekat dengan kita dan sesetengahnya pula mungkin pernah kita lalui. Bila aku membaca kisah-kisah yang ditulis, aku seperti boleh membayangkan keadaan yang diceritakan dek kerana gaya penulisan yang teliti. 

Anda yang masih tercari-cari bahan bacaan santai tapi padat dengan isi, bolehlah mula dengan Diagnosis. Sekian, satu ulasan tentang buku selepas sekian lama label Bedah Buku terbiar sepi. 

Cameron Highland: Menjenguk Kea Farm

Sambung balik cerita cuti-cuti Malaysia 2015 Geng Bilik Prep. Selepas perjalanan yang berliku dan soalan kanak-kanak Ribena yang berbunyi "Are we there yet?" daripada penghuni kereta, tibalah kami ke Cameron Highland. Memandangkan kami datang melalui Simpang Pulai, maka kami sebenarnya mendaki ke puncak tertinggi Cameron Highland.

Walaupun banyak ranjau dalam merancang perjalanan ni, tapi akhirnya perancangan kami ini cantik dan lancar. Alhamdulillah. Sampai sana, terus cari tempat kami nak menginap selama dua malam. Asalnya nak tidur satu malam di tempat murah dan satu malam di tempat mahal tapi dek kerana ada ahli yang mengalami masalah bajet di saat akhir, maka tempahan awal terus aku batalkan.



Renyah wei nak cari tempat penginapan sebab nak kena tengok harga dan kemudahan yang ada di tempat tu. Bila tempahan awal dah dibatalkan, tempahan baru aku tak ambik port sangat sebab waktu tengah sibuk dengan JEPT yang menambahkan kerja tu ditambah dengan perasaan frustrated. Hehehe... Tapi semuanya dah okey baliklah lepas kecewa tu; pasrah ajelah.

Tempat penginapan ni pun okeylah, selesa dan luas cuma lantai dia lantai mozek makanya sejuk! Mujurlah Aten bagi kami stokin sepasang seorang, dapatlah menahan kesejukan waktu memijak lantai. Check-in dulu, letak barang, tunaikan hajat, dan keluar semula cari kudap-kudap.

Waktu sampai tadi nampak ada dua tempat macam pasar di tepi jalan yang menjual baaaanyak makanan dan hasil bumi Cameron. Menujulah kami ke sana dengan niat nak berhenti di tempat yang ditemui dulu tapi tempat tu susah nak parking. Maka kami terus ke depan dan alhamdulillah, sampai sana nampak ada kereta nak keluar dari parking; teruslah nyalakan signal kiri tanda nak masuk parking.


Rupanya tempat tu namanya Kea Farm, salah satu tempat tarikan pelancong untuk membeli cenderahati, makanan masak dan juga hasil bumi Cameron. Jakun gaklah jalan dalam tu, pelancong sangat! Hahaha... Ada banyak strawberi dengan harga yang agak murah dan juga jambangan bunga segar. Mungkin sebab dah petang, maka harganya pun macam agak murah juga.




Disebabkan Kea Farm ini adalah kawasan tumpuan pelancong, maka memang ramai orang dan agak sesak. Harga barang tak pastilah murah ke mahal sebab kitorang memang tak rancang nak membeli barang pun lagi pada hari pertama. Waktu nak balik, jadi tumpuan ramai kejap sebab kena hon dengan lori sayur sebab aku nak keluar dari parking tapi dia nak jalan terus. Kalau nak ikut, tolak ansurlah kan sebab waktu aku undur tu memang tak ada kenderaan langsung atas jalan, tetiba je lori tu muncul. Haishhh! Merosakkan mood betul.

Dekat sini kami hanya beli makanan je sebab baru sampai kan, tak fikir lagi nak beli cenderahati apa untuk dibawa pulang. Ko tunggu entri perjalanan balik karang, sampai tak muat kereta! Hahaha...

Habis membeli, balik hotel dan 'masak' makan malam. Masak sangat! Mee segera je pun sebab dah rancang bahawa ini percutian jimat maka kami bawa bekalan makanan siap-siap untuk makan malam dan sarapan. Baik punya perancangan walaupuuunnnn.... Malam tu tak ke mana-mana, cuma golek-golek atas katil lepas tu kecoh buat itinerary baru. Hahaha... Dah sampai sana baru nak rancang pergi mana; pun boleh.
Siap tengok peta lagi...

Siap itinerary, Mada pun bukak laptop dan pasang rancangan realiti Korea baru. Asal bercuti dengan Mada je, mesti ada je perkara sangkut paut Korea yang kitorang tahu; tahun lepas dia kenalkan MIO dan kali ni layan I Can See Your Voice sampai tengah malam. Kisah seterusnya, sambung kemudian. Babai....
Layannnn...

Sunday, 27 December 2015

Percutian Geng Bujang ke Cameron Highland

Tahun lepas Geng Bilik Prep bercuti ke Langkawi, tahun ni bercuti ke Cameron Highland atas 'paksaan' seorang manusia yang tak pernah sampai ke sana. Terima kasih kawan-kawan sebab sudi tunaikan permintaan Sazoh. Selepas 27 tahun hidup dan mencari duit sendiri, barulah diberi peluang untuk jejak kaki di tanah tinggi paling terkenal di Malaysia.

Rancangan ni memang dah buat lama dah; siap letak tarikh dan lokasi pada nama kumpulan WhatsApp geng-geng bujang supaya masing-masing ingat. Hehehe... Kali ni ahli rombongan tak sama sebab Chik dengan Hani tak ikut tapi berganti orang baru iaitu Radin. Perjalanan kali ni kelam kabut sikit sebab ada sikit salah faham tapi lepas tu jadi terlalu santai pulak sampai keluar kenyataan; "Bilalah nak sampai ni? Tak sampai-sampai." Hahaha...

Pagi tu aku pulun siapkan lagi sikit kerja yang perlu diemail ke HQ sebab kalau tak kena email waktu cuti sebab tarikh akhir dia adalah waktu bercuti tu. Maka pagi tu dalam pukul 9++ baru gerak dari Banting menuju ke Serdang ambik Mada sebelum ke BTHO ambik Radin pulak.
Barang tiga orang, bonet dah penuh...

Salah faham terjadi bila Radin tak maklum dia sampai Selangor malamnya jugak. Kitorang ingat dia habis kerja pergi tidur dulu baru gerak paginya, rupanya habis kerja pukul 11 malam tu dia dah gerak balik Selangor. WhatsApp dia masuk pukul 2.30++ tapi siapa pulak nak layan kan? Semua dah tidur kecuali Mada. Mada pulak pepagi buta buat wake-up call, memang tak layan la jugak. Hahaha... Mujur tak letak Arba dalam filght mode macam selalu, kalau tak lagi haru.

Sebelum ambik Radin, isi minyak siap-siap, isi kad Touch n Go, dan ambik Radin barulah cari jalan nak ke PLUS. Ini pun makan masa sebab salah masuk jalan. Dah salah tu takpe, cari je Ipoh dekat papan tanda kan? Bila ikut papan tanda tu, tetiba hilang pulak Ipoh, gelabah ko! Terus bukak Waze dan cari jalan. Kengkonon masih dekat kawasan jajahan, tak payah la pakai Waze, sekalinya sesat. Hahaha...

Sampai ke Restoran Jejantas Sg. Buloh dalam pukul 12.30 untuk makan sebab masing-masing jadi baran sebab perut dah lapar. Lepas zuhur baru sambung perjalanan tanpa henti sampailah ke Hentian Sebelah Tapah kot sebab nak tukar pemandu. Pemandu untuk kali ni tidak lain tidak bukan, Tuan Tanah dan Aten walaupun pada awalnya ada yang kata nak memandu di lebuhraya sampailah sebelum naik ke Cameron. 
Separuh masa perjalanan, Tuan Tanah yang memandu..wefie tak tengok kamera sebab kena fokus pada jalanraya

Waktu pergi kami ikut jalan Simpang Pulai sebab berdasarkan saranan kawan-kawan terdekat, jalan tu kurang bahaya dan kurang tajam selekohnya tapi berkulat dalam kereta sebab jauh perjalanan luas pemandangan. Gitu.. Waktu nak naik tu cuaca okey tapi dah separuh jalan, hujan turun dengan agak lebat tapi lepas tu hujan renyai-renyai je sampailah ke Brinchang.
Keadaan yang berkabus sepanjang jalan

Jalan Simpang Pulai ni lebih luas dan kurang selekoh berbanding jalan Tapah tapi ada juga kawasan yang jalannya berlopak teruk dan tak rata. Ada satu tempat tu hanya satu lorong dibuka sebab kerja-kerja membina penghadang tanah runtuh sedang dijalankan. Sila percaya bahawa anda kena berhenti bila papan tanda tu tertulis STOP walaupun yang jaga laluan tu buat-buat tak tahu je bila ada kereta.

Dah nampak tulisan ni maknanya dah sampai!

Dah check-in, keluar semula cari makanan

Kami tiba di tempat penginapan kurang lebih jam 5.30 petang dan terus check-in sebab dah lewat. Lepas letak barang, keluar balik melawat tapak dan melihat keadaan sekeliling. Singgahlah kami ke Kea Farm melihat keadaan dan membeli makanan terkenal di Cameron Highland iaitu keledek kukus, sayur celup tepung dan strawberi celup coklat. Pelancong sangat! 

Tuesday, 22 December 2015

Gloria Jean's Coffee, Sepotong Baldu Merah

Sambungan cerita dari entri sebelum ini, kejadian pada hari yang sama tapi berlainan lokasi. Selesai urusan di Bangi Sentral, terus gerak ke Bangi Gateway sebab nak cari apa ek? Lupa pulak. Hahaha... Ke memang nak ngopi? Entah, dah tak ingat. Heee...

Jalan punya jalan dalam tu, nampak ada Gloria Jean's Coffee. Tak ingat pulak siapa yang cakap dekat aku yang rangkaian kopi ni kendalian orang Melayu tapi jenamanya adalah dari Australia. Kalau nak masuk tempat-tempat yang pertama kali nak masuk, kena bawak partner in crime sebab kalau tak tahu, dua-dua tahu lepas tu kalau termalu, dua-dua rasa. Hahaha...

Tertarik nak masuk sebab kek-kek yang dipamerkan nampak begitu menarik dan sedap. Masuk dalam, buat pesanan di kaunter dan cari meja. Bila pesanan dah siap, dia akan panggil dan kita kena ambik dekat kaunter makanan siap.
 
Kaunter ambik makanan

Kebetulan sangat pada hari yang sama adalah ulangtahun kelahiran Aten, maka teruslah belanja kek sepotong. Bagi peluang dekat yang diraikan pilih kek sendiri dan dia pilih red velvet. Mula-mula ingat nak buat kejutan macam hantar bunga ke atau kek dekat pejabat tapi sebab jatuh hari cuti, aku belanja jelah kek depan mata.
Tuan Tanah punya...sedap!

Yang diraikan punya, pun sedap! Berkali ganda sedap dari SR..

Flatlay katanya..waktu tengah makan, jeling orang sebelah punya air, kemain menarik dia punya cawan tu..terus rasa menyesal sebab aku order Americano je..hehehe

Semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah selalu, sahabat dunia akhirat inshaAllah..

Keseluruhannya, kopi sedap, kek serius sedap, suasana pun santai dan tenang. Harga, bolehlah. Harga normal untuk jenama kopi antarabangsa. Sekali-sekala boleh, kalau selalu sendiri mau ingat. Sekian.