Engagement Fund ;)

Thursday, 7 January 2016

Ada Apa Dengan Tahun Baru?

Hari ni sudah hari ketujuh di tahun baru, tahun 2016. 
Awal-awal ni belum biasa lagi dengan tarikh baru sampaikan tulis tarikh pun masih letak 2015. 
Jadi, ada apa dengan tahun baru? 
Ada azam? 
Ada jodoh? 
Ada peluang kerja? 
Ada masalah?
Semuanya mungkin ada.

Azam baru tak perlulah banyak, cukup satu.
Kawal dan jinakkan nafsu.
Nafsu nak makan banyak.
Nafsu nak tidur lebih.
Nafsu nak membeli benda tak perlu.
Nafsu malas.
Juga nafsu merapu yang lain.
Apa-apa azam pun kalau yang satu ini tak dikawal, tak guna.

Mudah-mudahan dengan cara mengawal yang satu ini, banyak hasrat tercapai.
Selamat tahun baru.
Salam perkenalan.
Jumpa lagi dengan cerita masa lalu pada masa akan datang.
Annyeong!

No comments: