Engagement Fund ;)

Monday, 11 January 2016

Cameron Highland: Ladang Teh BOH Sg. Palas

Dari Rose Valley, kami bergerak menuju ke Ladang Teh BOH Sg. Palas. Jalan nak masuk ke dalam ladang dari jalan utama agak teruk juga, berlopak sana sini dan ada juga yang berlubang dalam. Mula-mula macam teragak-agak nak lalu sebab papan penunjuk arah tak berapa jelas. Tapi, tawakal dan terus aje masuk.

Sesiapa yang tak kental dan tabah, boleh gunakan pengangkutan yang disediakan pihak ladang tapi macam tak selamat jugak aku tengok sebab cara pemanduan si pemandu yang @#%$/! Daripada pemerhatian sepanjang berada di sana, pemandu-pemandu kenderaan besar seperti bas, lori, jip dan juga Hilux adalah sangat tidak beradab dan tidak berhemah. Tahulah awak tu besar dan boleh redah jalan berlubang tanpa masalah, tapi tak perlulah sampai hilang adab dan membahayakan pemandu lain. Gggrrrr...

Waktu ni, Aten yang memandu. Seriau hoi memandu dekat sini sebab jalan sempit, bengkang bengkok dan berbukit. Kalau berselisih dengan kenderaan dari arah bertentangan, salah satu kena berhenti bagi laluan dan biasanya yang mengalah adalah yang baru nak datang sebab jalan pergi rapat ke dinding bukit manakala jalan balik adalah cenuram bukit; kalau tergelincir sikit terus menjunam ke bawah bukit nauzubillah.

Disebalik perjalanan yang berliku, kami disajikan dengan pemandangan indah ladang teh yang serius cantik dan menenangkan. Sempatlah menikmati walaupun macam-macam bunyi yang keluar dari mulut masing-masing dek kerana seriau dengan pemandu bas dan lori yang tak nak bertolak ansur langsung. Kalau anda ditakdirkan melalui jalan ni, ringan-ringankanlah tangan dan manis-maniskanlah muka kepada pemandu yang mengalah memberi jalan tanda terima kasih. Seronok bila ada yang menghargai usaha di jalan yang sempit.

Selepas beberapa ketika, kami pun tiba di Pusat Teh BOH Sungei Palas. Biasanya orang akan pergi salah satu je ladang teh tapi kami pergi dua-dua. Ni semua Ombak Rindu punya pasal. Hahaha... Tak ingat siapa yang cakap; "Aku nak pergi yang tempat Ombak Rindu shooting tu. Cantik wei!" Maka gigihlah kami ke sini. Hahaha...
Gambar photoshop katanya sebab nanti nak edit letak Radin kat sebelah Mada tu...kihkihkih..ngam soi je nak letak sorang kat situ...


Ini rupa laluan nak ke pusat teh nun di atas dari tempat kami berhenti rehat..

Sambil melepaskan lelah sambil bergambar...




Kami parking di bawah dan mendaki naik ke atas. Waktu pergi kami ikut jalan berbukit iaitu laluan diantara pepohon teh. Boleh tahan semput jugaklah mendaki sampai terpaksa berhenti kejap separuh jalan. Hehehe... Sampai dekat atas, macam biasa bergambar dulu sebelum ke kafe dia yang menyajikan pelbagai jenis makanan. Tapi, aku rasa harganya agak mahal dan pekerja di kaunter kurang ramah. Tak senyum langsung dan muka masam. Whatevs la ye. Hahaha... Yang penting dapat makan scones dengan minum teh.
Scones dia gabak ye sebenarnya jadi kalau kongsi pun takde hal sebab lama-lama makan jadi muak...


Solo..

Selepas..siapa punya scones tak habis tuuu?

Kami lagi..

Kafe dia luas dan ada banyak meja tapi meja yang dekat beranda luar adalah terhad dan dah tentulah sentiasa penuh sebab duduk dekat luar lebih nyaman dan saujana pemandangannya. Kami makan dulu di dalam dan kemudian baru keluar ke beranda untuk bergambar.
Ladang teh dari beranda kafe

Kami lagi..

Selesai bergambar, barulah ke kedai yang menjual pelbagai produk berasaskan teh. Rambang mata menengoknya tapi sebab aku bukan pencinta teh, takdelah borong pun cuma beli satu je buat syarat. Hehehe... Lepas dari tu barulah ke bahagian belakang iaitu kilang pembuatan dan pembungkusan teh. Tapi waktu tu bahagian pembuatan dah tutup sebab dah siap untuk pengeluaran hari tersebut. Waktu masuk tu cuma nampak orang cuci mesin jelah dekat bahagian pembuatan tapi pekerja dan mesin di bahagian pengeringan dan pembungkusan masih berjalan.
Semua produk Boh ada dalam ni, rambang mata hoi! Nasiblah bukan pencinta teh sangat...

Dekat laluan nak ke kilang dengan ucapan, "Boh, ada ummph!"

Waktu berjalan turun ke kereta, kami pilih untuk lalu jalan bertar sebab tak sanggup dah nak lalu laluan berbukit tu. Dekat jalan ni kami sambung bergambar. Pelbagai aksi dirakamkan termasuklah aksi melompat sampai jadi. Untunglah ada orang nak melayan gambar melompat-melompat bagai ni. Hehehe...

Sampai kereta je masing-masing dah penat dan mula cranky. Bukan budak kecik aje yang cranky, orang dewasa pun cranky jugak. Keluar je ke jalan utama, semua lega tapi masih moody sebab dah lewat tapi tak dapat nasi lagi. Perut Jawa kan masing-masing, nak kena makan nasi jugak waktu tengahari. Senang kata, semua dah lapar dan penat berjalan sampai dah buat keputusan nak balik tidur je. Hahahaha... Tapi sebelum memuktamadkan keputusan, kena isi perut dulu kata si Aten. Kisah seterusnya bersambung di entri baru.

No comments: