Engagement Fund ;)

Friday, 15 January 2016

Drama Korea Yang Sedang Ditonton

Tajuk skema pulak entri ni. Lepas layan Can You Hear My Heart, teruslah bantai layan My Beautiful Bride pulak. Cerita ni ambik dari Mada waktu bagi gambar-gambar dekat Cameron haritu. Mada kata best tapi mula-mula aku tengok hero dia macam sendu je, simpan jelah dalam laptop. Hahaha... Ye, pelakon-pelakon adalah salah satu faktor penonton nak menonton.

Hero yang semedang kena belasah dan belah kiri tu adalah Detektif yang uruskan kes lama berkaitan heroin dan juga mengendalikan siasatan kehilangan heroin sebab dua kes tu berkait..

Disebabkan 'demam' Korea tak kebah lagi, layan jelah cerita ni. Bila dah mula kerja, macam biasa malam hari bekerja tak buka laptop pun kecuali malam tadi la sebab dah lapang sikit. Sambung tengok dua episod terus sebab macam best pulak jalan cerita dia lama-lama.

Cerita dia mula-mula macam lembap sikit tapi lama-lama seronok sebab misteri dan mendebarkan. Banyak aksi la cerita ni dan hero yang dipilih memang sesuai sangatlah nak pegang watak Kim Do Hyung tu dan lama-lama tengok, macho pulak. Hehehe...

Cerita dia pasal kes kehilangan teman wanita si hero pada hari dia setuju nak kahwin dengan hero. Bermula dari situlah satu persatu rahsia dan misteri terungkai. Setakat yang aku tengok, ada banyak adegan imbas kembali dan ternyata imbasan tu menjawab persoalan yang berlegar di fikiran.

Isu lain dalam cerita ni adalah bagaimana ceti haram menjalankan operasi. Rupanya diorang ni ikan bilis je; atas diorang ada ikan jerung dan atas ikan jerung ada ikan paus pulak. Ngeri okeh!

Barisan pelakon utama...

Kesimpulannya, best cerita ni dan tak sabar nak tahu apa kesudahan dia. Sekarang ni aku syak ada polis corrupt dalam kumpulan siasatan kes kehilangan Yoon Joo Young(makwe hero) sebab ikan jerung ni tahu apa yang hero buat. Malam ni sambung pulak episod seterusnya.

No comments: