Engagement Fund ;)

Thursday, 28 January 2016

Kenduri Ainsifi

Balik dari Melaka, esoknya gerak ke Ipoh pulak. Perancangan awal nak pergi hari Jumaat sebab boleh datang waktu nikah tapi apakan daya, kena pergi kerja luar pulak; cuma boleh datang waktu majlisnya aje.

Gigih sangat memandu jauh dengan Taejang tiga hari berturut. Tapi lepas tu seminggu kaki kebas sebab Taejang kan manual, walaupun waktu memandu tu dua-dua kaki gerak tapi kaki kanan kerja lebih sikit sebab kena tekan minyak bagi seimbang bila dah lepaskan clutch. Faham ke? Tak faham pergi cuba bawa kereta manual. Hahaha...

Okey, sambung cerita. Dari rumah ke Shah Alam dulu ambik Kak Chik dan isi perut siap-siap sebab hari cuti ni mesti R&R sesak punya. Gerak dari Shah Alam pun dah siang juga, lupa dah pukul berapa. Hehehe... Terus memandu tanpa henti dan dengan kelajuan yang maksimum dan konsisten.

Sampai je, tulis kad dulu...ni tugas Kak Chik sebab tulisan dia lagi cantik...

Alhamdulillah tak sesat kali ni cuma terlajak-terlajak sikit. Heee... Sampai sana dekat pukul dua tapi masih meriah lagi majlisnya. Mula-mula jumpa mak Ain dulu dan serah hadiah, kemudian kami dipersilakan untuk makan. Moh la makan sebab pengantin pun tengah makan. Banyak menunya dan semuanya sedap! Siap ada keropok lekor, cucur udang, dan kuey teow goreng lagi.

Terima kasih Kak Chik sebab temankan...

Sirih junjung dari pihak lelaki; ringkas tapi cantik dan comel di mata aku.. 

Lepas makan masuk dalam rumah untuk bergambar. Masih ramai lagi saudara-mara dan kaum keluarga yang menunggu giliran untuk bergambar jadi agak lama juga duduk menunggu. Tengah tunggu tu, jumpa lagi sorang geng rapat waktu buat tahun asas dulu. Omo, lama gila tak jumpa si Mimi ni; terus jejak kasih dekat situ.


Kalau jemputan kenduri kawan-kawan sekelas dekat U, aku jarang pergi sebab tak ada geng nak pergi kecuali yang betul-betul rapat. Macam Ain dengan Hasifi ni memang rapat juga sebab kitorang sekelas waktu tahun asas dan kadang-kadang satu kumpulan untuk tugasan. Bila naik degree, masih sekelas dan sekumpulan untuk buat segala mak nenek tugasan dan pembentangan sama-sama. Ain nilah salah seorang kawan yang banyak bantu dalam hal-hal pelajaran waktu degree selain Mynn. Sebak pulak mengenang zaman muda-mudi dulu.

Buat Ain dan Hasifi, tahniah diucapkan dan selamat menempuh hidup baru. Semoga rumahtangga yang dibina sentiasa berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

No comments: