Engagement Fund ;)

Friday, 22 January 2016

Makan di Mana di Melaka?

Sambung cerita bahagian akhir sewaktu di Melaka kerana urusan kerja tempoh hari. Jangan muntah ye. Walaupun makanan disediakan sepanjang program berjalan dan sebenarnya cukup untuk tampung kenyang sampai malam, tetaplah juga nak jalan-jalan cari makan dekat Melaka tu. Sebabnya diketahui umum bahawa ada banyak tempat makan sedap dekat laluan aku pergi balik hotel.

Bila dekat Melaka, aku paling suka pergi Mydin Ayer Keroh dengan JJ Ayer Keroh sebab ada makanan sedap dekat situ. Hehehe... Hari pertama sampai aku terjah Mydin dulu sebab tak tahu nak kemana. Lagipun lepas je jumpa lokasi program, terus hujan selebatnya sampai tak nampak jalan. Pergi Mydin, tapau nasi kari dekat kedai mamak situ.

Hari kedua, terjah JJ sebab nak makan sushi. Kalau dekat rumah, jauh sangat nak sampai ke AEON Bukit Tinggi tu; dekat sana memang satu jalan. Wuuuhhhuuuu! Dahlah sushi dia ada banyak jenis, susunannya pun menarik. Lagilah tamak! Hahaha...


Dah tapau sushi, cari lagi kedai makan yang ada jual asam pedas Melaka. Kengkonon dah sampai Melaka, kenalah makan makanan popular Melaka. Pusing punya pusing, sesat jalan. Hahahaharu... Pastu terus pusing balik hotel; malas nak jalan jauh-jauh dah.

Sampai dekat kawasan hotel, belok ke kiri dan terus pandu sampai hujung jalan. Nampak ada satu kafe ala-ala hipster. Bila tengok menu, eh, ada asam pedas! Teruslah order. Menu dia boleh tahan banyak dan menarik.

Waktu order, aku cakap la nak asam pedas daging tetel dengan set nasi. Pastu budak tu buat muka terkejut sambil cakap, "Haa?" Eh, mestilah nak makan dengan nasi kan. Tapi dia tulis je apa yang aku nak. Bila sampai, rupanya asam pedas tu memang dah ada nasi sekali. Cis, patut la budak tu terkejut. Hahaha... Menu dia agak mengelirukan; aku ingat yang masak asam pedas tu tak ada nasi sebab dia tak tulis situ.

Komen? Asam pedas dia rasa macam kari sikit. Ke rasa asam pedas Melaka memang macam tu? Satu lagi minyak dia banyak sangat sampai aku sudukan keluar. Tapi okey jelah aku rasa; telan je. Set nasi tu ada ikan kering yang nipis macam keropok tu tapi aku tak makan pun sebab liat. Sayang jugak tapi tak boleh nak gigit. Gayanya, dia goreng sebelum minyak tu panas sebab tu ikan kering tu tak kembang dan rangup. Dari segi harga, pada aku berbaloi sebab dia punya asam pedas tu banyak jugak.

Rupa dalam kedai

Pandangan dari luar

Hari ketiga, aku terjah satu lagi kedai makan yang popular dan sudah pun diceritakan oleh ramai blogger. Beria aku Google, rupanya sekangkang kera je dari tempat program. Ceh! Jadi habis je kerja hari Khamis tu, teruslah terjah kedai tu. Namanya adalah Qasreena Cafe tapi dekat depan kedai tak ada papan tanda. Cuma memang dia je satu kedai makan dekat deretan bangunan kedai tu jadi tak susah cari. Lokasinya adalah berdekatan KV dan ILP Bukit Katil.

Bila baca ulasan orang lain, majoriti menyarankan untuk makan Mee Racun dan Nasi Goreng Colosseum kot nama dia. Disebabkan aku agak kenyang, maka aku makan Mee Racun je; nak rasa, betul ke pedas sampai tahap bengkak bibir?


Sampai je Mee Racun tu, menarik nampaknya. Kuah dia macam mee sup tapi pekat dan kehitaman. Ada telur sebiji dan fishcake serta isi ayam sebagai perencah. Sebagai seorang yang kuat pedas, aku nak cakap yang mee racun ni tak pedas langsung. Tak mencapai tahap pedas yang aku bayangkan sebab aku pernah makan yang tahap pedas sampai kulit kepala berpeluh. Itu memang pedas. Tapi okeylah, ada juga rasa pedas tu cuma tak seperti yang dijangkakan. Untuk minuman pulak, aku cuba Mango Madness. Yang ini memang terbaik; perasa mangga tu memang pekat.

Mango Madness



Antara menu yang ada

Rupa dalam kedai

Hari terakhir, aku singgah JJ lagi tapau sushi. Sementara ada depan mata kan, kenalah beli. Sambil memandu pulang sambil makan sushi kekdahnya. Hehehe... Tu jelah cerita makan-makan sepanjang berada di sana untuk empat hari. Orang cakap Coconut Shake Batu Berendam dekat je dengan hotel aku tu tapi tak terdorong nak cari. Lepas ni ada satu lagi cerita jalan-jalan dekat Melaka. Tungguuuu....

Sushi pusingan terakhir sebelum kembali ke Selangor

No comments: