Engagement Fund ;)

Wednesday, 20 January 2016

Menginap di 906 Premier Hotel Melaka

Kali ni sambung cerita tentang tempat menginap waktu ke Melaka untuk buat soalan tu. Kalau ikutkan lokasi kejadian, hotel paling hampir adalah King's Hotel; tapi hotel dah penuh. Seri Malaysia dengan Puteri memang tak masuk dalam senarai sebab keadaan kedua-dua hotel tu menyeramkan. Nak duduk sorang, memang sekian terima kasihlah.

Jumpalah 906 Premier Hotel ni akhirnya dan selepas baca ulasan dan tengok gambar, nampak macam okey. Terus book melalui booking.com. Aku memang guna booking.com je kalau nak tempah hotel sebab dia punya tagline yang 'book now, pay later' tu. Mudah kan?

Aku book bilik standard double untuk 3 malam. Hotel ni sangat selesa dan biliknya agak luas. Selesa untuk solat dan nak guling-guling dekat lantai kalau nak la. Hotel ni adalah rangkaian hotel 906 yang ada banyak cawangan dekat Melaka nun tapi aku rasa ini hotel yang paling baru.

Biasanya hotel dia dekat bangunan kedai tapi yang ni dia ada bangunan sendiri. Siap ada kolam renang, gimnasium dan tempat letak kereta yang selesa dan banyak. Memandangkan aku pergi tu hari kerja, maka parking dia akan sentiasa ada parking kosong; tak tahulah kalau menginap waktu hujung minggu.

Ambik katil queen supaya tak seram malam-malam tengok katil sebelah kosong

Meja dan tv dari pandangan katil

Kawasan pintu masuk dan tempat gantung baju

Menu kalau malas nak cari makanan

Pandangan hotel dari pintu keluar bangunan yang menempatkan lobi

Siap ada sabun buku dengan syampu kot; aku guna sendiri punya sabun...lepas tu ada berus gigi jugak dan razor dalam paket tu..

Bilik air dia agak luas juga dan dipisahkan ruang tandas dan tempat pancuran

Keseluruhannya, sangat puas hati la dengan hotel ni sebab aku rasa harga dia murah untuk keadaan bilik yang cantik dan kemudahan yang banyak. Cuma satu je tak puas hati. Satu je. Waktu check out tu dia mati-mati tak nak bagi resit sebab dia kata aku book online. What the????! Kalau Agoda aku fahamlah sebab Agoda dah siap-siap potong duit kita tapi ni guna booking.com kot! Macamlah pulak aku baru guna booking.com ni pertama kali kan? Sebelum ni semua hotel yang aku book dengan booking.com bagi resit rasmi bila dah bayar.

Lama juga aku dekat kaunter tu sebab nak mintak resit tapi dia tak nak bagi jugak. Kalau takde nak claim, takdelah aku poyo sangat mintak resit tapi sebab nak kena claim, resit tu wajib. Disebabkan makin lama makin ramai orang dekat kaunter, aku malas nak bertekak. Ko tak nak bagi sudah! Kesudahannya aku ambik gambar je resit deposit tu buat bukti untuk claim.

Boleh je nak mengadu domba waktu buat ulasan dekat booking.com tapi disebabkan berderet-deret ulasan kena buat, aku malas nak tulis. Biarlah dia bahagia dengan resitnya.

No comments: