Engagement Fund ;)

Thursday, 21 January 2016

Setia Hujung Nyawa

Tajuk tak ada kaitan dengan mana-mana novel. Tapi nak bagi tahu yang sebenarnya pen Pilot Supergrip ni ada dakwat isian semula. Sebatang pen ni haritu aku tengok RM 3.90 tanpa GST. Dakwat isian semula pulak RM 2.00 tanpa GST. Jimat RM 1.90 kan? Satu lagi boleh jimatkan sumber. Sayangi bumi, guna semula apa yang boleh diguna semula.

Macam pen bawah ni, tak silap aku dari zaman SPM dulu aku pakai; nostalgia betul pen ni. Kalau orang nak pinjam pen, memang tak bagi pakai pen yang ni sebab selalunya pen pinjam tu terus jadi harta dia. Sayang oi! Waktu dekat U, aku ada beli lagi sebatang yang sama sebab sedap menulis pakai pen ni tapi dah hilang sebab orang pinjam tak pulang. Sobsobsob...


Aku memang suka cari barang yang boleh dijimatkan. Pen marker pun macam tu, beli je pennya lepas tu cuma beli dakwat je. Mula-mula mengajar dulu aku pakai yang beli satu set zaman dekat U. Tak lama lepas tu Artline naik taraf dan pen tu dah tak sesuai dengan dakwat isian semula yang baru; maka terpaksalah beli pen baru. Makna kata, selagi boleh pakai, pakailah. Jangan tenatkan lagi bumi yang dah sedia tenat dengan sampah sarap yang tidak boleh luput sendiri. Kalau berus gigi tu ada dijual yang boleh ditukar bahagian berusnya, memang aku beli.

No comments: