Engagement Fund ;)

Monday, 18 January 2016

Terlibat Akhirnya...

Bulan lepas, aku sekali lagi terpilih untuk terlibat dalam penggubalan soalan. Kali ni bukan soalan peperiksaan akhir tapi soalan ujian khas yang wajib diambil oleh pelajar-pelajar semester satu di institut seluruh Malaysia. Ingatkan dah terlepas tak payah buat soalan sebab nama tak naik untuk gubal soalan peperiksaan akhir sem lepas, rupanya tidak.

Walaupun nampak macam menambah kerja, tapi benda-benda macam ni bagus sebenarnya sebab memberi lebih peluang untuk berbincang dan berkongsi idea. Cuak-cuak aku tanya memo dekat bos dan Google tempat; maklumlah, pertama kali nak ke sana dan sendirian pulak tu.

Masalah bila ada kumpulan WhatsApp adalah arahan tidak berdasar sampai lagi cepat dari arahan berdasarkan bukti iaitu memo. Naik menyampah kot bos aku sebab asyik tanya pasal memo ni je. Hahaha... Yelah, waktu kejadian tu adalah pada masa cuti sekolah, mestilah gelabah nak cari hotel yang terdekat kan? Kalau penginapan disediakan lain cerita.

Mesyuarat berlangsung dari 2 hingga 4 Disember tapi aku gerak ke Melaka Isnin petang sebab mula pukul 8.00 2 haribulan tu, kelam kabut karang. Sampai sana terus check in hotel dan solat. Lepas tu keluar balik nak tengok jalan ke tempat kejadian dan juga cari makan.

Esoknya, akulah orang terawal sampai selain urusetia. Hehehe... Jadi, kena buat apa dekat sana? Tujuannya adalah nak gubal soalan tapi rupanya kena buat kerja lain sekali. Jadi kami dibahagikan kepada dua kumpulan; satu kumpulan fokus untuk sediakan soalan dan satu kumpulan lagi sediakan buku panduan dan aktiviti mengajar disebabkan kami akan menggunapakai silibus baru sepenuhnya tahun ni.
Sesi brainstorming untuk soalan yang melibatkan kemahiran membaca, menulis, mendengar dan bercakap

Minum petang yang pelbagai jenis kuihnya...makanan dekat sini semua sedap dan pedas! Saya suka saya suka..

Alhamdulillah, banyak perkongsian bermanfaat dan maklumat berguna yang diperoleh dari mesyuarat ni. Yelah, bila aku sorang je yang mengajar subjek ni, kadang tu ada juga kemusykilan mengenai arahan yang sampai atau cara yang patut digunakan waktu menjalankan penilaian. Nak tanya siapa, habis-habis pun tanya dekat kumpulan WhatsApp jelah. Tapi kadang segan sebab ada orang-orang pangkat besar dalam tu. Heee...

Slot terakhir dimana soalan yang dibuat dibincangkan semula untuk proses semakan dan kesesuaian topik serta tahap pelajar-pelajar...


Bila dekat sini, perbincangan dijalankan secara bersemuka dan terbuka. Ada apa-apa masalah, boleh dibangkitkan dan kalau ada apa-apa keraguan, bolehlah tanya terus. Selain tu, sedikit sebanyak naiklah semangat nak mengajar bila diberikan dorongan. Kesimpulannya, terima kasihlah sebab pilih saya sebagai salah seorang panel pembuat soalan walaupun status aku kontrak sahaja.

Till we again, thanks for having me here...

No comments: