Engagement Fund ;)

Wednesday, 13 January 2016

Women's Day Out

Ini cerita pasal keluar jalan-jalan dengan Geng Makan sempena meraikan salah seorang ahli yang berpindah ke tempat baru. Makanya, semua orang wajib ambik cuti pada 8 Disember tu semata-mata nak menghabiskan masa bersama. Eceh..

Pagi tu aku gerak dari Banting dengan Kak Rin dan Kak Nurul ke tempat berkumpul iaitu rumah Kak Eza. Nak masuk kawasan perumahan Kak Eza ada pengawal dan dia tanya nombor rumah, aku ingatkan Kak Nurul ni memang ingat nombornya sekali rupanya dia bantai je. Muka yakin sungguh yang tak menahan tu! Hahahaha...

Sampai rumah Kak Eza, Kak Dayah dah ada dan seperti yang dijanjikan, sarapan di situ. Alhamdulillah kenyang makan kuey teow goreng haiwan bersepah walaupun diorang kata kuey teow tu ada rasa yang sesuatu termasuklah tukang masaknya. Bagi aku yang tak kisah ni, aku makan je dan aku rasa memang macam gitulah pun rasa kuey teow goreng.
Kuey teow goreng haiwan bersepah, keropok keping, cili potong

Dah cukup ahli, barulah gerak ke tempat berjimba iaitu di Setia City Mall. Tentatifnya adalah boling, wayang, karok. Seronoknya berjimba waktu kerja ni adalah orang tak ramai. Yeay! Boling pun tak ramai orang, wayang pun bersepah kerusi kosong. Bila main boling, macam biasa akulah paling corot sebab mesti aku main tak bersungguh-sungguh; baling ikut suka hati dan tak ikut teknik yang dah dipelajari.
Menang gaya jelah aku...hahahaha


Habis boling, terus masuk wayang sebab tiket dah beli pagi tu sebelum boling. Sebelum masuk, borong popcorn dengan kudapan yang ada dekat kaunter tu. Waktu pergi tu macam banyak cerita menarik dan akhirnya kami pilih In the Heart of the Sea.
Tamak tak tamak, penuh ah tangan aku dengan makanan...

Nampak macam tak seronok je poster dia tapi bila dah habis tengok, sangat banyak pengajaran yang diperoleh antaranya;
1. Walaupun kita ketua tapi kita tak ada pengalaman, seeloknya dengarlah cakap orang yang lebih berpengalaman dalam bidang tu.
2. Anak buah yang baik adalah anak buah yang hormati keputusan ketua.
3. Ketua yang terbaik adalah ketua yang mendahulukan anak-anak buahnya dan membuat keputusan demi kepentingan semua.
4. Jangan simpan dendam sebab dendam tu akhirnya akan memakan diri sendiri.
5. Maafkanlah walaupun kita disakiti.
6. Jujurlah demi kebenaran, bukan mereka-reka cerita demi kepentingan pihak atasan.
7. Walaupun susah, tepatilah janji yang kita dah buat.

Sedih wei cerita ni bila dah dekat nak habis sampai termengalir jugalah air mata ni. Daripada satu kapal besar yang ada ramai anak kapal, akhirnya mereka pulang dengan hanya dua sampan dan beberapa orang sahaja. Waktu diorang hanyut dekat lautan tulah yang paling sedih sebab diorang sampai terpaksa makan kawan diorang sendiri untuk teruskan hidup. Sobsobsob... Tak dapat bayangkan kalau keadaan sebenar jadi dekat aku.

Habis wayang, solat dulu baru makan. Disebabkan majoriti kata nak makan dekat food court, aku ikut jelah walaupun aku jarang sangat-sangat makan dekat food court mana-mana pusat membeli-belah. Diorang cakap ada gerai makanan Korea, terujalah jugak nak cuba tapi ternyata hampeh!
Waktu makan..

Kecewa gila dengan makanan dia sebab tak rasa Korea langsung. Kecewa sampai tak nak ambik gambar makanan. Hahahaha... Korang kalau ke Setia City Mall, tak payahlah letak pengharapan tinggi dekat gerai tu sebab bahan yang dia gunakan bukan bahan dari Korea; nasi dia pakai beras biasa je. Habis licin jugak pun walau tak sedap sebab itulah rezeki aku kan.

Agenda terakhir adalah karok. Tak puas pun karok sebab dapat sejam je. Bila keluar jimba ramai-ramai ni, lagi best sebenarnya kalau dapat ngopi sebelum balik tapi sebab orang lain ada komitmen lain, tak dapeklah. Itulah dia penutup kegembiraan Geng Makan untuk tahun 2015. Selamat maju jaya buat Kak Eza di tempat baru dan terima kasih kepada semua orang yang menaja perbelanjaan pada hari tersebut. Didoakan bertambah rezeki yang diberikan.
Kami berenam sewaktu majlis perpisahan mereka yang berpindah...yang lain tu semua mak orang ye, yours truly je yang anak mak lagi...hehehe

No comments: