Engagement Fund ;)

Sunday, 10 January 2016

Yang Tinggal Hanya Drama Makjang, Can You Hear My Heart

Macam kebiasaan, orang cuti akhir tahun, aku cuti awal tahun. Maka, teringinlah pulak nak layan Korea selepas sekian lama tak buang tebiat mengadap drama Korea. Nak ulang tengok cerita yang ada, macam tak syok pulak; maka aku korek-korek arkib simpanan dan nampak ada beberapa drama yang belum ditonton walaupun dah berkurun dalam arkib tu. Sebabnya? Tentulah cerita melodrama yang hanya mengundang air mata, tu yang malas nak tengok. Tapi sebab dah tak ada, layan jelah.

Drama ni agak panjang juga iaitu 30 episod dan jalan cerita dia makjang. Walaupun makjang, layankan jugak sebab jalan cerita menarik sampailah episod 25 kot; lepas episod 25 cerita dia agak lembap sampai rasa nak tengok episod akhir terus. Kena ingat, cerita ni bermula dari zaman diorang kanak-kanak membawa ke dewasa. Kalau layan secara marathon, memang boleh muntah.
Ni waktu hero dan heroin kanak-kanak; suka tengok diorang ni berlakon sebab tak kaku dan bersahaja. Muka pun ala-ala pelakon dewasa.
Sumber dari sini

Rating cerita ni agak tinggi juga kalau tengok dekat Wikipedia. Hero hensem dan heroin cun macam biasa. Watak sampingan pun hensem boleh tahan dan watak jahat memang jahat tak boleh blah. Drama Korea biasanya ada cerita tentang keluarga, perebutan harta, balas dendam, cinta, cinta tak berbalas dan yada yada. Drama ni ada semua tu.

Taraaaa, hero dan heroin dewasa. Sesuai sangat Hwang Jung Eum ni bawa watak Bong Woo Ri disamping Kim Jae Won yang membawa watak Cha Dong Joo.
Sumber dari sini

Paling suka dalam cerita ni adalah alunan piano yang dimainkan oleh hero dan lagu tersebutlah kenangan buat heroin dari kecil sampailah diorang besar. Lagu tu adalah karya asal Richard Clayderman yang bertajuk Les Derniers Jour D'anastacia Kemsky.

Sesuatu yang lain dalam drama ni adalah OSTnya yang tak banyak, ada tiga buah lagu je dan dah tentulah lagunya sedap didengar untuk orang yang melayan OST ni. Kepada yang belum tengok, bolehlah pergi tengok dan jangan lupa sediakan tisu sebab sahih akan menangis. Untuk mengetahui jalan ceritanya, silalah Google ye sebab kalau aku yang taip, bukan jadi ulasan tapi penceritaan semula.

No comments: