Engagement Fund ;)

Thursday, 4 February 2016

12

Isnin baru ni, ada program derma darah dekat pejabat. Dapat tahu hari Khamis lepas. Terus Google apa yang boleh dibuat sebelum derma darah. Dari segi pemakananlah sebab biasanya cara pemakanan mempengaruhi hb. Syarat biasa macam kena tidur melebihi 6 jam tu, dah biasa dengar.

Kalau Google, akan keluarlah apa yang disarankan untuk bakal penderma. Meh aku kongsikan sikit.

  • Makan makanan rendah lemak macam bijirin, roti gandum penuh, sayur-sayuran, buah-buahan dan daging yang tidak berlemak.
  • Makan makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi. Untuk zat besi, boleh dibahagikan kepada dua:
    • Heem - sumber zat besi dari haiwan dan paling cepat diserap oleh badan kita. Contoh makanan dari sumber heem ni adalah daging lembu, hati ayam, ayam, ikan sardin, tuna, salmon, kerang, tiram, dan kepah.
    • Nonheme - sumber yang diperoleh dari tumbuhan. Contoh makanan dari sumber ini adalah kekacang, bayam, kurma, delima dan kismis.
  • Elakkan minum minuman berkafein beberapa hari sebelum menderma kerana kafein boleh meningkatkan kadar degupan jantung sekaligus meningkatkan tekanan darah.
  • Amalkan gaya hidup sihat dengan bersenam.
  • Beberapa jam sebelum menderma, jangan lakukan aktiviti berat dan lasak.
  • Minum banyak air kosong terutamanya sebelum menderma.

Kadar hemoglobin normal untuk lelaki dan perempuan adalah berbeza.

  • 14 ke 18 mg/dl untuk lelaki dewasa
  • 12 ke 16 mg/dl untuk wanita dewasa


Apa kaitan 12 dengan entri? 12 tu bacaan hb aku Isnin lepas. Kadar layak untuk derma darah adalah 12.5 untuk perempuan. Makanya, please try again next time. Kalau dah biasa derma darah, kita sendiri akan tahu hb kita tu rendah atau normal sebaik saja darah keluar selepas jari kena cucuk sebab boleh nampak darah tu cair atau pekat.

Sebelum ni memang niat nak derma darah setiap 3 bulan sekali. Dulu-dulu alhamdulillah walaupun tak dapat 3 bulan sekali, dalam setahun tu mesti pergi lebih dari sekali. Dua tiga tahun kebelakangan ni yang ada masalah hb. Tahun lepas pun dapat sekali je. Jadi, apa masalahnya? Gaya hidup mungkin. Badan pun makin berat lepas tu dah jarang senam. Insaflah wei!

Itulah sedikit info dari Pakcik Google dan terima kasih sebab sudi baca bebelan. Hehehe... Bagi yang muslim, solat pun kena jaga sebab bila kita nak menderma ni, biarlah kita bagi yang terbaik. Kalau tak derma darah pun, solat tetap kena jaga. Peringatan untuk diri sendiri juga ni yang kadang-kadang .........

Kecewa jugalah bila tak dapat derma darah kali ni. Kecewa sampai stress sampai terus lapar. Hahahaha.... Tak insaf jugak tu! Pergi kiosk, beli nuget tempura dengan roti bilis Gardenia. Makan sambil bersulam Kopi Tarik Wonda yang baru tu. Hilang stress dan kempunan kopi selepas 3 hari tak minum kopi. Hehehehe...
Kopi Tarik Wonda pemberian partner in crime...tapi bun bilis tu tak makan pun sebab dah kenyang pulak makan nuget dua ketul...

No comments: