Engagement Fund ;)

Thursday, 18 February 2016

A Man Called God

Tahu tentang cerita ini bila Encik Penjual memasukkan satu episod ke dalam DVD yang aku beli sebagai promosi. Waktu tengok episod pertama tu, aku rasa hero dia hensem. Tapi bila dah mengadap, tak adalah hensem mana pun. Tapi kalau kita mengiakan kata dia hensem, maka jadilah dia hensem. Kahkahkah... Boleh gitu? Salah satu penarik untuk menonton drama atau filem, tentulah hero yang hensem dan heroin yang cantik, bukan?

Image result for a man called god

Hero dalam cerita ini adalah hero lama dan jarang-jarang dilihat di kaca TV di Malaysia iaitu Song Il Gook. Heroin pulak selalu juga muncul dalam drama yang pernah ditayangkan dan merupakan heroin dalam cerita Sassy Girl Chun Hyang; Han Chae Young. Cerita ni tentang dendam si hero pada pembunuh-pembunuh mak ayah dia. Dalam pada dia nak balas dendam tu, dia terjumpa dengan heroin yang merupakan wartawan yang nak bongkar rahsia penyelewengan salah seorang pembunuh ayah si hero.

Cara hero ni balas dendam agak berhemah jugak sebab dia tak terus bunuh orang-orang tu. Mula-mula dia suruh diorang buat pengakuan tentang pembunuhan yang dilakukan. Bila diorang tak nak mengaku, baru dia bunuh orang-orang tu. Tapi biasalah, orang jahat kan susah nak mati. Nak dijadikan cerita, yang jahat-jahat tu bukan calang-calang orang. Ada ahli perniagaan, leftenan tentera dan menteri. Mereka ni ada anak dan anak-anak pun sama jahat macam bapak.
Image result for a man called god
Bila nak jumpa dengan geng-geng jahat tu, dia akan pakai topeng ni dan guna alat untuk ubah suara untuk sembunyikan identiti sebenar

Apa yang menarik dalam cerita ni adalah aksi-aksi berlawan yang menarik dan bergaya. Maka dengan ini aku memutuskan bahawa berlawan dengan mengenakan kot adalah bergaya. Hehehe... Kemahiran berlawan hero pulak bukan calang-calang. Segala mak nenek seni pertahanan dia tahu dan segala neka tipu daya dan peralatan canggih dia ada. Benda alah nilah yang buat cerita ni menarik. Dalam pada dia nak balas dendam, dia terjumpa balik adik kandung dia yang terpisah waktu kejadian pembunuhan berlaku.

Mula-mula adik dia tak nak percaya dan tak boleh terima hakikat hero ni adalah abang dia. Sebabnya, adik dia ni polis, tapi abang dia adalah penjenayah antarabangsa. Mau nak ngaku? Tapi akhirnya bila dia tahu kebenaran, barulah dia boleh terima hakikat. Yang hampehnya, adik dia mati pulak akhirnya dan abang dia pun nampak macam dah mati bila anak leftenan letupkan kereta yang dia naik.

Tapi agak tak logik jugak bila pada pengakhirannya dia tunjukkan Encik Hero ni masih hidup. Keseluruhannya, pengakhiran cerita ni memang hampeh! Walaupun hampeh, aksi berlawan dalam cerita ni memang A+ dan layannn...

*Bila tengah mengantuk, masuk blogger dan kelebek draf; maka jumpalah entri bertarikh 8 Julai 2011. Nah kasi tampal dalam blog selepas lima tahun terperap dalam ni. Hehehe... 

No comments: