Engagement Fund ;)

Thursday, 18 February 2016

Cara Bayar Saman PDRM

Rentetan kisah kena 'tembak' dengan bapak polisi selepas susur keluar SKVE tu, maka aku kenalah menanti duit jatuh dari langit nak bayar saman. Pertama kali kena saman selepas 10 tahun memandu, buruklah rekod peribadi.

Orang cakap, tunggu surat sampai rumah tapi sampai sudah tak nampak suratnya. Disebabkan memang aku nampak depan mata kena 'tembak', tak payah nak tunggu surat sangatlah; boleh semak melalui SMS untuk pengesahan saman. Caranya adalah dengan menaip
POLIS SAMAN No. ICNo. Kenderaan
atau
POLIS SAMAN No. Kenderaan
dan hantarkan ke 15888

Abang Paiz cakap bayar dekat balai boleh tahu berapa banyak yang terlebih lajunya tu tapi sebab aku pergi haritu kelam-kabut, lupa nak tanya. Aku pergi waktu rehat hari Isnin  sudah. Cuak-cuak la masuk dalam kawasan IPD tu sebab tak pernah sampai. Kalau ke IPD Kuala Langat, cuma pergi ke bangunan paling depan tu. Turun dari parking, boleh terus ke sebelah kiri bangunan untuk ke Bahagian Trafik.

Waktu operasi kaunter pada hari bekerja adalah dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang dan hari Sabtu, kaunter dibuka hingga jam 12.00 tengah hari. Kalau tak silap tengoklah ye sebab aku tengok sekali lalu je dekat situ.

Pertama kali semak, saman aku RM150 tapi beberapa hari sebelum nak bayar saman tu, aku semak lagi tiba-tiba dah jadi RM300. Aikkk? Memang duit bonus habis bayar saman jelah ni.

Bila aku tanya dekat kaunter, rupanya panjang ceritanya. Haaa, begini. Dalam tempoh 14 hari selepas kena saman, surat pemberitahuan akan sampai ke rumah dan saman perlu diselesaikan dalam tempoh sebulan dengan amaun yang dikenakan. Selepas dari tempoh tu, kadar saman akan meningkat. Kadar peningkatan tu tak pasti tapi mengikut Encik yang jaga kaunter tu, begitulah ceritanya. Tu yang tak pasal-pasal aku kena bayar sampai RM 300. Ciss sangat!

Selepas bayaran dibuat, satu resit rasmi akan diberikan dan dengan ini, diisytiharkan bahawa rekod saman Taejang dengan PDRM telah pun bersih. Yeay! Lepas ni kenalah lebih berhemah bila memandu; kalau ada lori macam siput sedut pun kat depan, tabah jelah ikut belakang sebab tak nampak apa yang depan lori tu.

Akhir kata, hutang wajib dibayar dan kalau dah buat salah, akuilah kesalahan. Begituuu. Sekian.

No comments: