Engagement Fund ;)

Friday, 12 February 2016

Ipoh: Hotel Hillcity

Sementara rajin sikit, meh sambung cerita dekat Ipoh waktu kenduri Ainsifi tahun lepas. Urusan menempah hotel aku yang buat tapi ada juga tanya Kak Chik kot-kot dia tak setuju. Memandangkan bulan tu berderet-deret peristiwa yang memerlukan aku menginap di hotel, maka aku cari hotel yang tak mahal sangat. Lagipun nak tidur je kan.

Lepas keluar masuk booking.com membandingkan harga dan ulasan serta lokasi, maka aku pilih Hotel Hillcity. Lokasinya memang dekat sangatlah dengan rumah Ain dan mudah nak cari sebab tepi jalan besar.

Biliknya biasa je tapi bolehlah kan dengan harga 90 hengget satu malam. Hotel ni hotel lama jadi susun atur dan perabot dalam tu pun perabot lama. Selesa juga cuma dekat bilik air tak ada shower dan berkarat sikit dekat tub mandi dia. Belasah je asal boleh mandi. Heee... Nah layan gambar.

Ini bahagian tv; tv dah naik tarat jadi flat screen dan dalam almari tu ada peti sejuk mini..yang ini cool! Sebabnya sekarang ni susah nak jumpa hotel yang ada peti sejuk mini ni..dalam bilik tak ada cerek tapi dia ada bagi bekas untuk isi air panas dan jug untuk air sejuk; boleh ambik air dekat water dispenser...

Pandangan bilik dari pintu masuk..luas juga bilik dia; ada ruang yang selesa untuk solat cuma kepam sikit sebab tak ada pemandangan..

Laluan dari pintu masuk..yang ada pintu kayu warna coklat cair tu adalah built-in wardrobe dan sebelah kiri dekat sandal aku tu, bilik air dia..

Bilik air dia okey sebab ada hos dekat sebelah tandas tu dan ada bagi gayung lagi dan agak luas juga; nak basuh baju pun boleh cuma tak ada shower je..sabun, syampu dan shower cap pun ada disediakan..

Keseluruhannya memuaskan la hotel ni cuma terkejut sikit sebab dari tiga malam berkampung dekat hotel moden tetiba datang sini suasana dia antik. Kemain kau, nak yang moden aje! Hehehe...

No comments: