Engagement Fund ;)

Friday, 12 February 2016

Ipoh: Pusing-pusing Sekitar Ipoh dan Mood Republik

Kebetulan waktu ke Ipoh, Mood Republik membuat siri jelajah Ipoh. Aku pun saja pancing-pancing Kak Chik untuk terjebak ke situ. Hehehehehe... Tengok dalam FB, bila Mood Republik ni buka kedai, gila sesak dan berasak orang dalam tu. Apa yang best sangat?

Aku alergik sikit tempat sesak-sesak ni. Malas nak berebut dan berhimpit-himpit. Memandangkan kali ni bermusafir, gagah dan gigih juga kami cari lokasinya. Kali ni dia buat dekat Amanjaya Convention Centre, jauh sikitlah dari hotel kami. Ada sesat-sesat sikitlah tapi akhirnya selamat sampai.

Sebelum masuk kena daftar dulu; isi borang sikit dan tangan akan dicop macam nak masuk fun fair..lepas tu pergi beli jubah Kak Chik dulu..hehehe


Kitorang sampai sana betul-betul lepas azan maghrib makanya memang lengang sungguh! Wuhhuu! Puas jugalah pusing dalam dalam tu tengok-tengok mana yang cantik dan sesuai. Harga bolehlah kata murah daripada kedai online. Kak Chik beli jubah, aku beli tunic. Sebenarnya nak beli warna lain tapi warna lain dan design lain tu potongannya tak selesa. Akhirnya dapat juga sehelai.

Orang tengah beratur panjang nak masuk makanya dekat kawasan ni lengang; bergambarlah dengan sakan kami di sini..

Aku perhati, habis waktu maghrib, orang mula berpusu-pusu datang. Dalam pukul 8.30 tu dah berasak-asak. Kuasa pulak aku nak menyelit-nyelit tengok baju dan tudung segala. Dah dapat satu, jom balik. Lepas tu tapau piza je makan dekat bilik.
Dalam sebulan mesti kena sekali makan pizza; waktu ni cuba pizza empat segi Pizza Hut yang baru tu...aku lupa pulak Kak Chik tak makan keju, makanya akulah kena makan 85% daripada piza ni...lain kali kalau nak suruh Kak Chik makan piza tak boleh beli yang peperoni sebab rasa keju dia kuat; kena beli yang ada sos untuk topping dia...

Esoknya konon-konon nak check-out awal sebab nak jalan-jalan dekat Ipoh cari tempat menarik tapi lewat juga keluarnya. Hehehe... Aku la yang lewat, Kak Chik awal-awal dah siap. Rancangnya nak cari mural yang popular tu tapi mural tu bersepah dan memang kena turun jalan kaki kalau nak tengok. Dengan tengah panas, memang takde moodlah kan; cuma jumpa satu aje yang gambar kapal terbang kertas.

Lepas tu konon-konon nak makan nasi kari, tapi pusing punya pusing tak jumpa jugak. Lagilah pemalas aku nak fikir. Sudahnya, patah balik menuju jalan pulang dan berhenti makan dekat kedai nasi ayam yang bagi aku best!

Kedai dia tepi jalan utama je dan terletak selepas balai polis dekat kawasan Rapat Setia. Kedai lama tapi suasananya seronok; pemiliknya ramah dan murah dengan senyuman. Bila pelanggan masuk, automatik dia bagi salam dan persilakan duduk. Sejuk hati. Menunya pelbagai juga dan menu istimewa adalah nasi ayam tapi ada juga nasi itik dan makanan ringan selain nasi.

Senarai menu yang menarik sebab ada gambar...harga pun berpatutan..

Keadaan dalam kedai

Nasi itik panggang, sedap!

Lepas makan, terus menuju ke Kellie's Castle sebab alang-alang dah sampai sana. Tak jauh sangat dari susur keluar lebuhraya tu. Lokasinya dekat tepi jalan je tapi kalau dah terlajak, jauh juga nak cari tempat pusing. Nak masuk kena bayar dan disebabkan waktu sampai tu matahari kemain terik memancar dan dah penat ukur jalan, makanya kami bergambar dekat bawah saja; depan tulisan Kellie's Castle yang popular tu. Buat syarat Kak Chik kata sebab nanti bila orang tanya 'Dah pernah pergi Kellie's Castle?', bolehlah jawab sudah dengan bangga. Hahaha...
Sedikit sejarah Kellie's Castle

Gambar cantik sebab cuaca panas lit lit..

Teringin nak masuk dan tengok sendiri binaannya tapi aku pun malas nak menapak. Cukuplah dah pernah sampai; inshaAllah lain masa nanti. Sebenarnya elok untuk tahu sejarah sebab kita akan lebih banyak berfikir dan lebih banyak mencari maklumat dan membaca sekaligus menambahkan pengetahuan. Untuk cerita lanjut, boleh Google ye.

Selesai melawat, terus menuju pulang dan mereput dekat lebuhraya sebab jalan sesak sampailah keluar dari lebuhraya. Pasrahhh... Sekian, tamat sudah cerita jalan-jalan di Ipoh.

No comments: