Engagement Fund ;)

Monday, 29 February 2016

Makanan dan Kenangan

Annyeong! Memandangkan hari yang bertarikh 29 Februari ni muncul empat tahun sekali je, maka kenalah keluarkan satu entri pada tarikh ini. Entri tak serius pun tapi berbahaya sebab kalau tengok gambar boleh jadi lapar. Hahaha...

Bila cerita pasal makan, mesti akan ada cerita di sebalik makanan tersebut dan kadang-kadang ada kenangan yang melekat pada makanan tu. Sebenarnya banyak je makanan yang boleh mengimbau kenangan sebab aku suka makan. Hahaha... Tapi kali ni aku kongsikan yang betul-betul menusuk kalbu je.

Sushi AEON. Biasanya beli sushi kalau merayap sorang-sorang lepas tu mesti beli tako jugak lepas tu beli kopi o kosong dekat kedai yang kendalian AEON. Layannnn...

Aiskrim sedap dekat Mydin Ayer Keroh Melaka. Serius sedap aiskrim ni dan murah juga berbanding kedai aiskrim mahal (padahal aiskrim Nestle je pun). Aiskrim boleh beli dekat kiosk depan escalator turun lepas tu duduk dekat bangku sebelah kiosk tu. Layannn... Pertama kali makan aiskrim ni waktu cari makanan waktu jadi pengiring program budak-budak tahun lepas. 

Rojak Singapura kot eh orang panggil? Yang ni makanan wajib beli waktu kecik-kecik dulu bila pergi pasar malam. Waktu duduk Klang, selalu pergi pasar dekat Port Klang, kawasan rel keretapi ataupun pasar hari Sabtu dekat Taman Seri Andalas.

Terakhir, kuih cantik manis inti kacang dan jem nenas. Paling win sebab ini kuih wajib beli kalau Abah balik pada hujung minggu. Kalau ada kuih ni atas meja makan maksudnya Abah dah baliklah tu. 

No comments: