Engagement Fund ;)

Friday, 26 February 2016

Masak

Bila Nenek tak ada kat rumah, kadang-kadang masak kadang-kadang tak masak tapi banyak tak masak la sebab Abah biasanya makan yang ringkas-ringkas aje. Tak pun, aku tapau makanan siap-siap untuk Abah.
Ni Nenek nak balik dah, kenalah biasakan masak semula. Tapi tak hari-hari juga kot dapat masak sebab kalau tuisyen memang tak dan. Ini lauk semalam, ikan goreng tomyam dengan kubis cina tumis.

Ikan goreng tomyam ni mula-mula lumurkan dengan garam dan kunyit sikit lepas tu lumurkan pes Tomyam Adabi. Biar kejap dan masak dengan minyak yang minimum dan api perlahan.

Bosan asyik makan ikan goreng biasa je, aku buatlah cara ni. Kalau masak lain memang tak termakan sebab orang lain tak berapa layan lauk ikan berkuah macam kari atau asam pedas.

Cara hidang pun tak payah nak pakai mangkuk bunga-bunga bagai; letak terus dekat pinggan dan mangkuk yang boleh digunakan untuk tujuan pemanasan semula. Selesai.

No comments: