Engagement Fund ;)

Monday, 15 February 2016

Pelupa Bersiri

Cerita hari Ahad yang kelam kabut. Kisahnya, aku tak ingat langsung bermula minggu lepas, aku kaut kelas tuisyen Sabtu dan Ahad. Serius aku tak ingat persetujuan baru yang dibuat Isnin lepas; yang aku ingat perbincangan minggu sebelumnya iaitu kelas hanya pada Sabtu petang. 

Makanya, malam Ahad tu bantai la tengok Korea sampai pukul 3 pagi sebab konon esoknya tak ada kelas, bolehlah lajak tidur siap pakej Allah Bagi Cuti. Telefon dengan tab memang aku tutup dua-dua sebab memang perangai dari dulu macam tu. Hehehe... Sekali, Abang aku telefon suruh pergi tuisyen. Eh? Tak puas tidur, terus cranky pakej menguap sampai keluar air mata dan mata merah. Yelah, tak cukup tidur kan? 

Jadi aku cuma ngajar satu kelas ajelah semalam. Habis kelas dah lapar tahap gaban sebab tak sempat nak minum air pun pagi tu. Teruslah singgah kedai mamak pilihan yang ayam goreng dia sedap dan tak ramai orang lelaki lepak. Makan nasi kari, kari campur sendiri. Pun sedap jugak!

Nasi separuh + kuah campur + ayam goreng + daging goreng 3 ketul + peria tumis = RM 5.80

Lepas tu terasa nak pergi menenangkan diri dari kekalutan dan tidak puas hati sebab bangun tidur terkejut. Ke mana? Terus halakan Taejang ke AEON Bukit Tinggi. Bolehlah lepak dekat Popular cari buku kerja sebab banyak yang berubah untuk tahun ni jadi kena cari buku baru yang gunakan silibus dan format terkini. Alang-alang tu terus baharui kad keahlian selepas setahun mati; terus ambik tiga tahun, senang. 

Lama gila dalam tu pusing satu kedai, belek satu-satu walaupun tak nak beli pun.  Sebenarnya sebab dia pasang CD Yiruma, terus rasa tenang gila dan perlahan-lahan kekusutan fikiran terlerai. Gitu. Pergi kedai buku pun boleh jadi terapi, senang kan jadi seorang Farahin? Kihkihkih... 

Pergi belek aksesori komputer. Tengok-tengok barang untuk kraf. Pusing-pusing rak alat tulis. Pegang CD dan semestinya paling lama dekat bahagian buku sekolah sebab memang nak cari buku kan. Malangnya, untuk tingkatan 5 punya buku tak ada lagi yang silibus baru punya. 

Maka aku beli je satu buku rujukan untuk penulisan sebab dah lama gila tak update buku rujukan lepas tu ambil satu buku latihan untuk UPSR. Itupun punya lama aku kelebek buku dari beberapa penerbit sebab semua pun menarik dan harga pun tak lari jauh. Kalau ikut tamak, kaut je semua. Hahaha... Tapi tak payah tamak sangatlah! Satu cukup.

Habis pilih buku sekolah, pergi dekat bahagian novel sebab nak cari sambungan cerita Laksamana Sunan. Rupanya dah dua novel aku ketinggalan untuk siri Laksamana Sunan. Tapi, cuma ada Sunan Nanggroe Sang Kembara je, Sunan Cinta Nan Sakti tak ada. Habislah semua tempat novel melayu aku kelebek, memang tak ada. Terus pasrah tak dapat beli. Tapi tengok dekat tangan, dah banyak buku aku kaut ni, banyak nau duitnya kan? Terus berkata dalam hati untuk simpan hasrat beli novel tu dekat pesta buku nanti.

Hasil tangkapan yang hampir seratus hengget juga

Dari Popular, pergi ke Lovely Lace nak beli pewangi kegemaran. Kali terakhir beli harga dia 14 hengget 90 sen seketul, semalam dah naik jadi 18 hengget 90 sen. Sekali naik, ambik ko, tak main singgit dua, empat hengget terus! Kemain kau ye. Tapi kaut jugalah dua bekas sebab beli dua percuma satu walaupun itu cuma taktik je tu.
                             
Kopi susu jenama Pokka

Ingat nak ngopi sebelum balik tapi bila dah terhabis duit banyak dekat Popular dengan Lovely Lace, tak payah nak minum-minum sangatlah. Caj perkhidmatan dah berapa? Cukai lagi? Tapau sushi sikit, beli kopi dalam tin je; baru seringgit sembilan puluh sen. Jimat. Tu jelah cerita stress hari Ahad sudah.

No comments: