Engagement Fund ;)

Monday, 22 February 2016

Tunggang Langgang

Semenjak dua menjak ni hidup tunggang langgang disebakan banyak benda. Satu, jadual tuisyen dah berubah banyak. Daripada hanya mengajar pada hari Isnin petang dan Selasa malam, terus mengajar berderet dari Sabtu sampai Selasa.

Sebelum ni memang pernah suarakan nak cari lagi kelas tuisyen untuk menambah pendapatan tapi tak jangka pulak sekelepuk datangnya. Alhamdulillah, rezeki juga. Cuma tengah dalam mood penyesuaian. Penat tu, penat jugalah sebab aku kalau mengajar memang tak boleh duduk sebab dah diterapkan sejak kat U lagi bahawa ketika mengajar, tiada istilah duduk.

Makanya, hari Isnin kelas dari pukul 6.30 petang sampai 10.00 malam. Selasa pukul 8.00 malam sampai 10.00 malam. Sabtu pukul 2.00 petang sampai 4.00 petang dan Ahad, pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Kalau tengok, tak adalah padat sangat pun tapi masih juga terasa penatnya.

Dua, rentetan serangan anai-anai yang 3 bulan lepas tu, masih belum selesai lagi sebab rupanya memang penuh satu bilik. Habis semua karpet, tikar getah kena buang sebab penuh dah terowong dia bawah tu. Streess! Ada satu almari berlaci tu memang aku nak buang je sebab memang dah penuh dia punya terowong dalam tu; rak buku aku pun dia dah masuk jugak tapi dekat bahagian tepi je sikit.
Sebahagian daripada ruang bilik yang dah diletakkan dengan tikar getah baru; no more carpet! Sebelum bentang ni aku sembur lantai dan dinding tu dengan ubat anai-anai dengan doa supaya mereka pergi buat terowong dekat pokok-pokok yang ada di kebun..

Sebab aku ni tak reti sangat nak mengemas, maka memang makan tahunlah. Hahaha... Bilik tu memang kenangan sangat sebab aku pindah masuk beberapa bulan sebelum mak meninggal. Kebanyakan perabot dalam tu mak suruh beli sendiri jadi memang nostalgialah bilik tu. Mula-mula pelik bila mak kata beli sendiri tapi sebab duit PTPTN pun dapat banyak, maka aku pun belilah dengan ditemani mak sendiri. Pilih katil, tilam, dan rak buku. Rupanya tu petanda mak nak pergi dan kena berdikari untuk masa akan datang.

Isi kandungan rak buku yang buat aku menyesal sikitlah dengan hobi membeli buku untuk dibaca..tapi menyesal kejap jelah sebab masih lagi pergi beli buku..hahaha...novel melayu, novel omputih, Reader's Digest, buku bacaan umum, buku agama, buku teks dekat U, semua hempuk dalam rak ni...

Makanya, dalam minggu ni kena paksa juga siapkan mengemas sebab Nenek akan balik dalam masa terdekat. Pasal apa, penuhlah satu rumah dengan barang dari bilik aku. Nangislah nak simpan balik. Lepas ni kena beli perabot dari plastik jelah nampaknya.

No comments: