Engagement Fund ;)

Thursday, 17 March 2016

Bella Zakaria Dah Kahwin

Kembali kepada cerita purba. Ini majlis pada 26 Disember tahun lalu dimana salah seorang kawan yang agak rapat waktu tingkatan satu telah pun selamat menjadi isteri orang.

Tak ingat macam mana boleh rapat cuma lepas Bella pindah, dah tak pernah jumpa langsung sampailah pada hari dia kahwin. Walaupun dah tak sekolah sama, tapi kitorang masih lagi rajin berutus surat dan bertukar-tukar kad ucapan sampailah bila dah ada Friendster dan FB, barulah berhubung melalui dua medium tu je.

Asalnya tak ada pun yang ada masa lapang pada hari kejadian dan aku pun dah nekad nak pergi kenduri ni sorang-sorang, sekalinya, Dyaz cakap dia nak temankan. Alhamdulillah, adalah teman bergosip dalam kereta. Hehehe... Mula-mula aku ambil Dyaz dulu kat rumah dia tapi dia punyalah risau aku sesat. Teknologi kan ada? Jangan risau ok? Setakat terlajak sikit atau terlepas simpang tu, memang biasa.

Dari Kajang ke rumah Baz dulu dekat Gombak nak muyi. Dapatlah jumpa Eisya yang bambam tu kejap kemudian baru gerak ke Hulu Langat. Disebabkan tempat majlis adalah dekat sangat dengan sekolah Dyaz, maka tak risaulah sesat jalan sebab ada yang tukang tunjuk jalan. Hehehe...

Satu benda yang lawak adalah, Dyaz asyik la ulang; "Zoh, doakan aku tak jumpa anak-anak murid aku atau orang yang kenal aku nanti." Hahaha... Tapinya, baru je masuk simpang nak ke Laman Nur Kasih, dia dah tepuk lengan aku sambil gelak-gelak. "Wei, ni anak murid aku ni Zoh." Dyaz cakap sambil tunjuk dekat seorang budak lelaki yang sedang menunggang motosikal. Hahahaha... Speaking of the devil.

Sampai dekat majlis dah lengang sikit dan pengantin pun dah habis makan semua. Mula-mula kitorang jumpa pengantin dulu. Reaksi pertama Bella bila nampak kitorang adalah dia terkejut, terjerit sikit dan terus menangis. Punyalah terharu kitorang datang walaupun dulu sempat jumpa setahun je sampai termenangis. Lama jugalah bertangis-tangisan dekat depan pintu sebelum suami Bella suruh masuk. Alang-alang dah masuk, terus bergambar dekat pelamin sekali sebelum pergi makan.
Pelamin cantik dan pengantin cun..

Tahniah sahabat!

Waktu nak makan, Dyaz suruh aku duduk dulu dan dia pergi bertegur sapa dengan cikgu satu sekolah. Memang tak dapatlah lari untuk jumpa orang yang dikenali. Hehehe... Lepas makan barulah bersalam-salam dan bergambar buat kali terakhir dengan pengantin.
Nah flyer tentang Laman Nur Kasih ni kot-kot ada yang nak buat majlis dekat sini..tempat dia memang cantik sesungguh cantik..

Kawasan majlis

Kami

Terima kasih sebab masih ingat dekat kitorang dan jemput kitorang datang majlis awak, Bella. Ya Rabb, semoga rumahtangga Nabila Zakaria dan suami sentiasa berada dalam kedamaian, mendapat rahmat dariNya dan saling mencintai hingga ke syurga.

No comments: