Engagement Fund ;)

Thursday, 10 March 2016

Coconut Shake Batu Berendam

Sambung sikit cerita lepas kenduri kahwin Jujun. Disebabkan bertunggu bertangga dekat rumah Jun sampai petang, memang ngam soi balik tu pergi cari coconut shake untuk minum petang.

Aku tak ingat macam mana kitorang cari tempat tu tapi akhirnya jumpa jugak walaupun pusingan kali pertama tu terlepas kedai sebab duduk dekat lorong kanan. Dekat Melaka, bila dah terlepas simpang ke apa, masaklah kau pusing lagi sekali sebab kebanyakan jalan dah jadi sehala.

Kak Chik dok cakap aku dah macam orang Melaka sebab yakin gila memandu walaupun ada juga la terbabas. Hahaha... Ala, itu pun sebab jalan tu aku baru je lalu bulan sebelumnya waktu kena buat soalan tu, bolehlah nak acah-acah orang Melaka. Hahaha...

Rupanya dekat gila lokasi coconut shake ni dengan hotel aku haritu. Menyesal aku tak sungguh-sungguh cari. Kedai dia memang tepi jalan besar je dan parking kena bijak. Rezeki kitorang sebab sampai awal sikit je dari orang lain. Lepas kitorang masuk barisan, terus barisan yang pendek tu jadi panjang macam ular kena palu. Seterusnya, tataplah gambar beserta ceritanya ye.

Ni rupa kaunter..walaupun barisan panjang, tak lama sangat pun nak tunggu sebab blender dia ada banyak..belakang sana adalah tempat duduk untuk yang nak minum dekat situ..kalau minum situ, boleh tambah air kelapa percuma; memang dia ada letak teko berisi air kelapa dekat setiap meja..

Waktu urusniaga dan harga pada waktu aku pergi..

Nampak tak barisan dah melengkor panjang?

No comments: