Engagement Fund ;)

Thursday, 3 March 2016

Jujun Kahwin

Rehat kejap cerita Cameron, sambung cerita dekat Melaka lagi sekali. Kali ni ke Melaka atas jemputan walimah Jun dan Udin. Kenalan waktu dekat U dan juga merupakan adik usrah Kak Chik. Kak Chik la yang lagi rapat dengan Jujun sebab diorang sama-sama aktif dengan GPTD.

Kali ni kami bertolak petang Jumaat, selepas waktu bekerja dan sampai sana dalam pukul 8++ macam tu. Nasib baik aku cari hotel yang dah tahu jalan jadi tak adalah menggagau nak cari hotel malam-malam. Kali ni tempah bilik dekat 906 Airport Hotel, salah satu hotel rangkaian 906. Nak tengok, dia bagi resit ke tak. Semata-mata? Taklah. Tak cukup bajet, kenalah cari yang murah-murah je. Hehehe...

Majlis nikah adalah pada pagi Sabtu dan terus bersambung kendurinya. Maka, seharian jugalah berada di rumah pengantin. Kami gerak ke rumah Jujun pagi yang tak berapa pagi dan alhamdulillah sempatlah tengok upacara akad nikah.

Gigih aku ke depan semata-mata nak tangkap gambar akad nikah, mengalahkan jurugambar...hehehehe

Jujun dan kakaknya

Akad nikah dijalankan di surau taman yang terletak di hujung lorong rumah Jun. Majlis ni ada dua pengantin, Jun dan kakaknya sama-sama mengakhiri zaman bujang mereka. Lepas nikah, teruslah kedua-dua pengantin diarak ke rumah. Kami pun ikutlah sekali berarak tapi duduk belakang-belakang jelah, bagi kaum keluarga iring dekat depan.
Suka gambar ni sebab dua-dua malu-malu..rupanya cinta dah berputik dari zaman U lagi dua orang ni...waktu Kak Chik cakap Jun nak kahwin, jenuh memikir siapa calon suaminya rupanya Udin..

Lepas makan, kami kembali semula ke surau untuk solat sementara menunggu ketibaan kawan-kawan yang lain. Memang lama jugaklah dekat sana sampai dah berapa kali minta diri pun kena duduk lagi sebab ada lagi kawan-kawan Kak Chik datang nak jumpa.
Sebelum balik kali kedua


Untuk Jun dan Udin, didoakan agar rumahtangga yang dibina sentiasa berada dalam rahmat Allah dan sentiasa sabar menempuh apa jua dugaan baik kesenangan mahupun kesusahan.
Macam biasa, tukang tulis dekat guestbook adalah Kak Chik dan aku tukang bagi ayat..

No comments: