Engagement Fund ;)

Friday, 11 March 2016

Kampung Morten dan Melaka River Cruise

Jadi, lepas beli coconut shake Batu Berendam, terus halakan kereta ke Kampung Morten dulu. Lupa nak cakap, dekat coconut shake tu ada juga gerai-gerai yang jual makanan macam rojak dan kuih-muih. Kitorang tapau juga kuih sikit untuk kudap-kudap dalam kereta.

Disebabkan jalan banyak sehala dan penunjuk arah kurang jelas, maka berpusing beberapa kali juga sebelum dapat masuk ke Kampung Morten. Kampung ni macam Bukchon Village kot kalau kat Korea sebab rumah-rumah dalam ni adalah dibina mengikut rekabentuk rumah Melayu dan ada ceritanya tersendiri. 

Kalau nak tengok rumah kena parking kereta dan jalan kaki dari satu rumah ke satu rumah yang lain. Kebanyakan rumah ada penghuni jadinya jangan beria sangat riuh rendah kalau nak bergambar. Kak Chik pernah pergi sini dah jadi dia tak adalah beria sangat. Aku pun sebab faktor usia agaknya, malas pulak nak menjelajah kampung ni. Akhirnya, lepak dekat bangku di tepi sungai sambil makan keropok lekor dan tengok bot lalu lalang. Hahahaha...

Dah habis makan, barulah gerak ke tempat River Cruise. Sebab takut salah jalan lagi, maka kami parking kereta jauh sikit dan kena berjalan untuk sampai dekat jeti. Seterusnya adalah cerita bergambar. Sekian. 
Kami..letak gambar dari kejauhan jelah sebab muka masing-masing dah toya; keluar dari pagi kan?

Tiket - RM 15.90 untuk seorang dewasa..selesai bayar, dia bagi satu beg kertas berisi air kotak dan biskut oat yang sedap gila sampai aku Google pengeluar biskut tu...hehehe...

Antara mural yang ada pada bangunan di sepanjang perjalanan

Replika kincir air

Mural lagi dan pelancong


Keseluruhannya, aku rasa berbaloi gak pergi sini sebab dapatlah tengok apa yang ada di bandaraya Melaka ni dan bolehlah siap-siap rancang nak pergi mana pulak. Orang cakap kalau naik waktu malam lagi seronok sebab ada banyak lampu warna-warni di sepanjang perjalanan terutamanya dekat Kampung Morten, atap-atap rumah dia siap berlampu jugak. 

Sepanjang perjalanan ni, jangan sombong okey sebab kadang-kadang ada pelancong atau kanak-kanak di tepi jalan akan melambai-lambai pada bot yang lalu; korang lambai jelah balik sambil tersenyum. Seronok okey! Hilang stress disapa lambaian mereka beserta angin yang sepoi-sepoi tu. Bersambung....

No comments: