Engagement Fund ;)

Wednesday, 30 March 2016

Keindahan Matahari Terbenam di KLIA 2

Okey, sambung balik aktiviti keluar yang katanya nak balik sebelum maghrib tu. Dari Ampang, ke KLIA 2 sebab crime partner kata lama tak lepak KLIA 2. Sejak KLIA 2 wujud, jarang dah pergi KLIA sebab KLIA 2 ni lagi banyak tempat makan dan tempat membeli-belah walaupun tak adalah 'membelah' sangat pun, setakat membeli sikit-sikit udah le. Hehehe...

Sampai sini ngam soi masuk waktu Asar makanya solat dulu sebab wudhuk zuhur tadi ada lagi. Lepas solat barulah ukur tempat membeli belah . Beli eyeliner je pun sebab dah habis. Boleh tahan godaan jugalah waktu pilih eyeliner dekat Clinique tu, macam-macam ada walaupun tak lengkap macam dekat kaunter dia sendiri. Akhirnya angkut eyeliner je sebatang sebab nanti bajet lari. Lepas tu jalan-jalan cari kasut kononnya tapi tak ada rekaan yang 'Wowww!'; ada berkenan satu ni tapi tak ada saiz makanya tak beli pun.

Dah penat jalan, cari tempat ngopi. Asalnya Aten kata nak Auntie Anne's tapi lepas tu tak jadi pulak. Nak minum kopi santai-santai katanya, maka moh la ke Gloria Jean's. Macam dah sign mati je dengan Gloria Jean's ni? Haritu dekat Bangi Gateway pun lepak situ juga. Hehehe...




Sebenarnya dalam hati memang tak nak makan Auntie Anne's sebab dah pernah janji dengan crime partner yang sesi ngopi untuk sesi melepak di KLIA 2 seterusnya akan ditaja; maka hutang selesai. Ada rezeki lagi nanti I belanja lagi, okey?

Habis makan, konon-konon nak balik dah sebab katanya nak kena sampai rumah sebelum maghrib. Katanyaaaa... Tapi bila dah sampai kereta, syok pulak nampak kapal terbang berlepas silih berganti. Wowowow, jakun sangat! Hahaha... Dua benda yang menggembirakan kami kalau ke sini, makan dan tengok kapal terbang. hashtagmudahterhibur

Pertama kali parking dekat bumbung ni dan baru tahu boleh nampak jelas rupanya kapal terbang baru berlepas. Lepas ni terus naik bumbung je kalau datang sini sebab dah jumpa satu pintu yang terus sampai dekat mall jugak.








Asalnya kitorang parking betul-betul dekat menara kawalan belakang nun tapi sebab tak dapat nampak jelas kapal terbang dalam gambar, makin lama makin sampai ke hujung bangunan. Hahahaha... Pakcik Guard situ perhati je perangai pindah-pindah parking ni, nasib tak kena tegur je dengan dia. Jangan marah pakcik, kitorang jarang datang sini maka jarang tengok kapal terbang berlepas. Pakcik takpe la, hari-hari boleh tengok.


Lama juga dekat atas ni, dari matahari masih tinggi sampailah matahari terbenam. Sungguh cantik bila tengok matahari perlahan-lahan terbenam dengan pemandangan ladang kelapa sawit yang saujana mata memandang, subhanallah. Harus datang lagi untuk nikmati keindahan matahari terbenam ni.

No comments: