Engagement Fund ;)

Tuesday, 22 March 2016

Keranamu Gochugaru

Ini sambungan cerita yang pergi makan dekat Fickles. Sebenarnya sanggup sampai ke KL sana sebab nak beli gochugaru je pun; kiranya sambil menyelam sambil minum air. Tapi dalam kes ni, kitorang minum air dulu baru menyelam. Hahaha...

Lepas makan terus halakan kereta ke Ampang pula sebab nak pergi kedai Korea untuk beli gochugaru. Sejak dah pakai serbuk cili Korea untuk buat kimchi, takmo dah pakai serbuk cili tempatan sebab kurang pedas, satu; lepas tu warna dia tak meriah.

Beberapa hari sebelum tu, kawan-kawan FB berjemaah tag aku dengan satu ulasan tentang kedai Korea dekat Ampang. Memandangkan gambar dalam tu tak jelas, aku tak boleh nak cakap bahawa itu kedai sama yang aku pergi tahun lepas. Bila tengok alamat, memang sahihlah kedai sama; berjiran dengan Sweetree.

Sebenarnya ada satu niat murni dimana lepas membeli di Shin Sun Mi, nak sambung ngeteh dekat Sweetree; makan toppoki dengan pajeon dia yang super sedap tu. Tapi sebab dah melantak macam hape dekat Fickles, maka niat murni tu pun lenyap.

Kali ni tak ada pek sederhana macam yang beli mula-mula; cuma ada pek kecil 400gm++ dan pek besar sekilo lebih ke dua kilo, lupa dah. Jadinya, Aten kata ambil yang pek kecil sahaja supaya boleh datang balik untuk pembelian baru. Hahahaha...
Meneliti serbuk cili sebelum kaut dua paket..

Frozen rice cake

Nasi segera..hampir nak kaut satu bundle juga sebab senang hidup kalau malas nak masak nasi untuk makan sorang-sorang...

Asalnya nak cari bahan untuk buat gochujang juga tapinya masuk je dalam ni sakit perutlah pulakkkk. Hilang konsentrasi nak membelek satu persatu, dari rak ke rak. Sudahnya, memang cuma beli gochugaru je. Nak beli banana uyu pun takdak! Tapi seronok la duduk pusing-pusing dalam kedai ni sebab dah macam dekat Korea. Sengih-sengih je dengar satu keluarga kecil ni bercakap-cakap menggunakan bahasa Korea. Dah orang Korea kan, takkan cakap Jawa pulak kan? Hoi, rindu nak pergi Korea lagi sekali.
Menjakun depan kedai; belah kanan restoran makanan Korea halal yang ada jual pajeon dengan toppoki super sedap..belah kiri adalah kedai serbaneka produk Korea; macam-macam ada!

Selesai membeli, terus halakan kereta ke destinasi seterusnya. Hazabedah sesak nak keluar dari KL tu dan tak tahulah Waze bawa kitorang ikut jalan mana sebab kemain jauh pusingnya sampai masuk ke Nilai bagai. Cerita seterusnya, sambung di entri baru. Adios!

No comments: