Engagement Fund ;)

Friday, 18 March 2016

Makan-makan di Fickles Taman Tun

Selepas sekian lama menjamu mata dengan gambar-gambar makanan di Fickles dan juga ulasan bergambar dari Kak Su yang tak pernah gagal memberikan gambaran paling sedap pada makanan yang diceritakan, akhirnya aku dengan Aten menggigihkan diri untuk cuba sendiri keenakan makanan di Fickles.

Bangun pagi pada hari cuti untuk memandu selama satu jam semata-mata untuk makan adalah sejenis kegigihan yang melampau. Hahaha... Perjalanan pada hari tersebut adalah dengan bantuan Google Maps dan juga Waze. Perjalanan agak lancar dan tak sesat yang nyata; sekadar terlepas simpang sikit.

Sampai sana memang ngam soi waktu makan tengah hari sebab dah dekat sangat nak pukul 12. Lokasinya adalah betul-betul bersebelahan Bank Islam tapi nak cari parking yang sekangkang kera memang azab. Parking jauh sikit dan kalau datang hari Sabtu kena bayar ye sebab penguasa DBKL adalah gigih bekerja, silap haribulan rugi 50 hengget dek kerana nak jimat 50 sen. 


Waktu sampai tak ramai orang; ada dalam dua ke tiga meja yang berpenghuni. Mujur jugalah kami datang awal sikit sebab lepas separuh masa kitorang makan tu dia terus tutup kedai untuk private function. Bayangkan kalau kitorang sampai sana 25 minit lewat? Memang aku nyanyi lagu MLTR 25 Minutes kat depan tu jugak walaupun tak kena lirik dia dengan tempat. Hahaha... Jauh tu wei dari Banting, mau tak kecewa kalau dia tutup?


Aten dah set siap siap nak makan lontong goreng dengan sliders jadi dia cakap tak nak tengok menu sebab takut tergugat. Aku memang dah set nak makan salted egg squid sebagai menu sampingan dan menu utama nak pasta tapi tak tahu nak pasta yang mana satu. Lama jugalah ulangkaji menu tu sebelum buat pesanan.

Mula-mula sampai air dulu dan tak lama tu barulah hidangan sampai satu demi satu. Salted egg squid yang pertama sampai dan seperti yang diketahui, menu ni bukan untuk sampingan ye, ini namanya main course. Cuma orang tamak je yang kata dia adalah menu sampingan. Lepas tu lontong goreng Aten pulak sampai. Lontong goreng ni adalah signature dish Fickles dan memang wajib cuba. Lepas tu aku punya fettuccine carbonara pulak sampai dan yang akhir sekali adalah sliders Aten.
Dadah untuk sepanjang hari, cafe latte..rasa dia macam cafe latte la cuma tawar pahit sebab aku tak letak gula...

Kentang goreng dia tu sedap wei, wrap tu apatah lagi kan? Sotongnya tak liat dan tak kedekut...

Lontong goreng Aten, pun sedap jugak dan tak kedekut perencah..sampai ke suapan terakhir masih ada cebisan ayam yang dijadikan perencah..apsal cebisan terakhir? Sebab aku yang perabis lontong ni...

Fettuccine carbonara yang terpaling puas hati setakat ni sebab cukup berkrim dan bersepah-sepah isi perut dia.. 

Sliders yang berjus patty nya dan tak muat masuk mulut...hahaha..besarlah tu maknanya dan puas hati makan...


Dekat dua jam juga kami duduk menikmati makanan. Portion makanan adalah besar ye jadi yang tangki kecil, sila angkut kawan ramai-ramai kalau nak rasa banyak menu supaya boleh cuit orang lain punya makanan sikit-sikit. Dari segi rasa makanan, memang terasalah apa yang patut ada pada makanan tu tapi aku rasa macam guna banyak pak aji dekat makanan dia. Dah tua-tua meningkat umur ni sensitif betul aku dengan pak aji sampai boleh terus tahu bila suap. Hehehe... 

Keseluruhannya, restoran ni memang kena masuk dalam senarai wajib pergi. Makanan sedap tak kedekut bahan, harga berpatutan, hiasan dalaman sejuk mata memandang dan tandasnya bersih dan cantik. 
Muka tak sabar nak makan

Ni pun muka tak sabar nak makan..lepas ambil gambar ni Aten pertama kalinya cakap aku dah gemuk! What the...heeee...sedar juga dah makin gemuk tapi waktu makan pantang cakap gemuk dan diet; lepas makan baru cerita okey?

Isi perut carbonara; ada 3 jenis cendawan yang aku pasti dan setiap suapan akan ada perencah dan cukup rasa, cukup berkrim...sampai petang sendawa carbonara...hahaha

Keratan dalaman sliders; ada satu patty yang gemuk, lepas tu ada kepingan keju dan caramelised onion jugak...sedap dap dap dap

Menikmati betul fettuccine tu sampai tak pandang orang lain 

Waktu ni tak larat dah nak makan benornya tapi kena rasa jugak..

Sampai tandas pun kau komen Farah? Memang la sebab aku ulang-alik ke tandas hembus hingus. Baru mula nak selesema, memang hazabedah la hingus meleleh. Paling terbaik adalah suasana restoran ni yang malap dan muzik yang tak terlalu kuat dan tak terlalu perlahan; sesuailah nak berborak dengan orang lain tanpa perlu terjerit-jerit dan lagu dia pun lagu yang boleh diterima. Kesimpulannya, silalah berkunjung ke sini ye awak, awak, dan awak.

Bakinya adalah menjadi hidangan tengah hari aku keesokan harinya..sliders tu patut Aten punya tapi dia suruh aku ambil je sebab nanti jadi gaduh pulak bila sampai rumah sebab ada satu je..terima kasih daun keladi Ten!

No comments: