Engagement Fund ;)

Thursday, 10 March 2016

Penat

Minggu ni paling penat sejak mula tambah kelas. Aku syak sebab ABC(Allah Bagi Cuti) juga, tu yang penat sampai 'syahid' dekat meja bila masuk pukul 4.00; memang tak boleh nak tongkat mata langsung.

Hari Isnin paling rasa senget tu sebab rehat tengahari berkejar pergi Poslaju nak pos kimchi. Petang macam biasalah terus pergi tuisyen tapi ada singgah hantar kimchi dekat Ain lepas tu pergi The Store cari barang sikit.

Kelas dengan budak-budak tingkatan 5 okey je tapi bila kelas dengan sekolah rendah, memang mencabar sungguh. Sebelum ni bila tengok Kak Ijan macam tinggi suara sikit dengan diorang, rasa macam tak patut pulak tapi bila dah mengajar diorang, memang patutlah kena.

Kelas sekolah rendah untuk hari persekolahan adalah kelas adik-beradik dimana mereka ni datang sebab abang atau kakaknya tuisyen juga, kira sekali jalanlah. Isnin lepas memang aku pun naik angin sekali sebab boleh pulak gaduh adik-beradik dekat surau tu? Eh..eh..eh..eeehh...

Lepas tu kata nak solat, dari pukul 9.00 sampai 9.30 baru siap solat, mahu tak angin? Dah lama tak jadi garang, terus tukar mood garang; barulah masing-masing tekun sikit nak buat latihan. Kalau tak, main-main je.

Dah sudah selesai hal tu, aku seluk beg nak tengok jam Arba, tetiba tak ada dekat poket dia? Berderau aku... Walaupun Arba tu dah tak berapa nak baru, tapi macam-macam benda ada dalam tu. Aku rasa macam tertinggal dekat PC sebab petangnya aku cucuk kabel untuk cas tapi was-was pulak takut kena seluk ke waktu singgah The Store tu, teruslah patah balik ke pejabat lepas habis kelas pukul 10.00.

Mata dah berat sampai nak tertutup ni tapi hati tak tenang, jadinya gigihlah aku patah balik. Aten kata aku berani pergi pejabat malam-malam buta. Hahaha... Berani tak berani, kenalah pergi juga sebab was-was walaupun teringat cerita Pakcik Ghani pernah jumpa 'benda' tu bertenggek dekat kolam ikan pintu depan ni. Cerita lamalah tapi macam-macam juga cerita dekat pejabat ni.

Disebabkan meja aku dekat belah depan, cuak-cuak berani jugalah aku masuk dalam dan buka semua lampu. Waktu masuk tu aku tak pandang bahagian meja pun tapi mata terus tengok suis lampu. Hahaha.. Mujurlah memang tertinggal dekat PC kalau takkkk...

Sampai rumah gedebuk gedebak, pukul 12.00 juga baru dapat tidur. Yelah, bukan senang nak senang kan? Selagi ada kudrat, mari berusaha dan sebagai ganjaran, Sabtu ni nak pergi Fickles sebab sekali jalan nak restock gochugaru. Selain tu, ni semua sebab Kak Su rajin cerita pergi makan dekat Fickles la ni, terpengaruh juga. Eh? Bukan kata nak diet? Diet lepas pergi fickles lah. Hahaha... Sebagai penutup, layankan gambar makanan-makanan sedap ni. Walaupun gambar lama, tapi nak letak juga.

Coffee Caramel Iced Blended

Kek coklat orang bagi dengan Wonda untuk bekalan tenaga sampai pukul 10 malam

Mee celup biasa-biasa aje sebab tak ada cili hijau yang rangup macam dekat Rashid Tomyam

Cheese Tart yang tak kedekut inti, makan sendiri tak kongsi dengan orang lain..

No comments: