Engagement Fund ;)

Friday, 4 March 2016

Perihal Hutang dan Pasta

Selepas hampir sebulan, aku gagahkan diri nak selesaikan masalah besar yang diberitakan bulan lepas. Bila melibatkan hutang, janganlah ambil mudah dan bayarlah mengikut jumlah yang sepatutnya. Kalau tak mampu pergi berunding untuk tetapkan berapa yang mampu untuk bayar bulan-bulan, bukan buat keputusan sendiri. Okey?

Selama ni aku lebihkan untuk simpan dan sambil lewa je bayar tapi bila dapat email tu, terus insaf dan muhasabah diri balik semula. Jumaat lepas aku cuti untuk uruskan bayaran hutang tertunggak nilah. Cara yang ada ialah dengan menggunakan KWSP, selebihnya pandai-pandailah nanti. Alhamdulillah urusan di KWSP Bukit Tinggi sangat mudah.

Kakitangan semuanya ramah dan murah dengan senyuman serta sangat membantu. Walaupun barisan untuk ambil nombor panjang, tapi tak adalah kena tunggu lama pun. Kalau nak ke KWSP cawangan Bukit Tinggi Klang, Google jelah ye. Walaupun tempatnya agak sibuk tapi ada banyak parking dan bayaran parking adalah RM 2 untuk tiga jam pertama. Kaunter dibuka dari jam 8.15 pagi hingga 4.45 petang termasuklah waktu rehat.

Habis urusan di situ, perut dah lapar. Maka teruslah ke AEON Bukit Tinggi untuk makan pasta. Ini semua sebab Kak Su la ni aku teringin makan aglio olio jugak. Bagi anak tekak aku, spaghetti aglio olio yang paling sedap dan berbaloi adalah di Vivo Pizza maka ke sanalah aku.

Best sebab dah tak ramai orang; yelah, dah habis waktu rehat kan? Duduk je tengok menu dan terus order aglio olio dengan Americano. Servis pun cepat dan sedap macam biasa; cukup pedas tu yang paling penting dan setiap suapan mesti ada haiwan. Disyorkanlah untuk korang ke sini sebab macam-macam ada. Pasta? Salad? Piza? Nasi? Ayam? Daging? Semua ada! Pencuci mulut pun ada dan kek dia pun boleh tahan sedap.
Gambor cilok dari IG..tunic dari  Fana Couture dan shawl dari NauraAshraf..beli waktu ada sale, jimat sketlah duit...

No comments: