Engagement Fund ;)

Thursday, 17 March 2016

Rumah Makan Cibiuk Melaka

Ini hari terakhir di Melaka buat kali ke-5 untuk tahun lepas. Tahun lepas paling banyak pergi Melaka dengan Perak; Kak Chik ke Aten cakap, "Nak dapat jodoh dari salah satu negeri ni ke?" Kalau dah jodoh apa salahnya kan? Hahaha...

Aku ajak Kak Chik jadi pelancong dan ronda Melaka termasuklah ke Kota A'Famosa sebab aku tak pernah sampai lagi. Kesian kan? Tapi bila dah dapat bantal dengan tilam yang empuk ditambah dengan tidur lewat gila semalamnya, maka aku sendiri yang cakap tak payah. Hahaha..

Maka check-out dari hotel dekat nak pukul 11.00 juga dan teruslah halakan kereta ke Ayer Keroh sebab nak ajak Kak Chik makan dekat restoran makanan Sunda dekat kawasan MITC. Terima kasihlah Sedari sebab layankan aje perangai kawan dia yang sorang ni. Heeee...
Belanja gambar selfie satu sebelum check-out

Ulasan hotel malas nak buat sebab tujuannya memang nak datang tidur je tapi aku rasa bolehlah kalau nak tidur je dekat hotel ni dan lokasi pun boleh tahan strategik sebab terletak di tengah-tengah antara bandar dan kawasan tumpuan pelancong di Ayer Keroh. Lepas tu ada gerai jual burger murah gile dekat tepi hotel tu. Hehehehe... Yang penting hotel ni bagi resit bila bayaran selesai walaupun aku tempah melalui booking.com.

Sambung cerita. Kitorang sampai dekat restoran ni hampir pukul 12 juga; ngam soi la nak makan tengah hari dan orang pun tak ada lagi. Kamilah pelanggan pertama dan kemudian barulah ramai orang datang.

Dah lama teringin nak makan dekat sini sejak tahu restoran ni ada satu cawangan di Kajang tapi tak ada geng. Bila aku dapat tahu dia buka di Melaka, laju-laju ajak Kak Chik ke sini. Marilah tengok ulasan bergambar ye.

Pandangan pintu masuk dari meja kitorang

Antara menu yang ada

Rupa depan restoran; senang je nak cari, dia dekat deret kedai belakang MITC..

Pelbagai jenis sambal tambahan, PERCUMA..walaupun percuma, jangan tamak okey? Ambillah sebanyak yang boleh dihabiskan sebab membazir itu amalan syaiton..

Rupa pondok yang menempatkan sambal-sambal ni; siap ada ulam-ulaman lagi..

Aku punya, tapi dah lupa nama...hahaha..yang aku ingat nama dia ada cobek dan set ni lain sikit dengan ayam bakar atau ayam goreng sebab dia macam ada bumbu perasa cekur dekat atas ayam..

Kak Chik punya; kali ni aku tak paksa dia cuba menu pelik-pelik sebab nanti dia tak makan..hehehe

Datang sekali dengan set adalah sayur lodeh dan juga sambal Cibiuk

Rupa meja sebelum makan

Antara sambal tambahan yang aku ambik..macam biasa, dah lupa nama..tapi yang ada mangga tu sedap gila dan pedas das das das...ambik sikit-sikit je sebab Kak Chik tak makan pedas..

Rupa selepas, licin! tak baik membazir kan tadi?

Sinki yang bagi aku cantik la dan sangat bersih serta rupa surau yang terletak di belakang sinki..sebab tak ada orang, tak seganlah kan nak ambik gambar sinki je pun? Hahaha..

Harga untuk makanan bagi aku bolehlah, standard harga restoran makanan antarabangsa. Layanan pun mesra dan suasana dia memang terbaik! Tenang dan nyaman je nak makan. Kebersihan restoran ni pun A++. Kalau kebetulan datang waktu solat, bolehlah solat dekat surau dia. Tak perlu risau okey nak kena makan laju-laju sebab nak kejar waktu solat.

No comments: