Engagement Fund ;)

Wednesday, 16 March 2016

Saya Jual Kimchi

Annyeong! Asyik letak cerita purba je, hari ni kongsi cerita semasa pulak. Seperti yang tertulis pada tajuk, aku dah mulakan satu aktiviti sampingan untuk tabungan kecemasan iaitu menjual kimchi. Asalnya buat untuk sendiri makan je tapi sebab dah beli gochugaru pek besar dan tak nak membazir maka aku cubalah jual pada kawan-kawan terdekat.

Alhamdulillah, ada juga sambutan walaupun asalnya takut la juga nak poskan kimchi tu. Tapi selepas membuat beberapa eksperimen, aku yakin bahawa kimchi ni selamat untuk diposkan. Nak buat kimchi ni tak susah tapi leceh; macam kalau aku buat untuk sekali tempahan, ambil masa paling kurang 4 jam untuk selesaikan semuanya. Tapi kalau dah minat, sanggup je.

Mula-mula kena leraikan daun satu persatu..lepas tu basuh bersih dan potong ikut saiz yang sesuai..

Lepas tu perap dengan garam selama satu jam..eh, perap ke istilah dia? Bantailah..hahaha

Sementara tu sediakan bahan-bahan pes dia dan juga bahan sampingan seperti di atas...

Lepas tu toskan kobis tadi dan perah keluar airnya..bahagian perah memerah ni pun menguji kesabaran..

Seterusnya gaulkan kobis dengan pes guna sarung tangan sebab nanti tangan pijar..

Taraaaa! Dah siap..

Kalau yang nak pos, aku akan poskan kimchi yang dibuat sehari sebelumnya supaya dia menjeruk dalam perjalanan. Makanya, ngam soi la boleh terus makan bila sampai dekat pembeli.

Dari segi pembungkusan, memang kena teliti sebab berdasarkan pengalaman aku membeli-belah online, kadang ada dapat bungkusan yang pecah sebab tak dibalut dengan betul. Maka inshaAllah kimchi semua selamat sampai dengan pembungkusan yang teliti.
Bungkusan untuk pos, aku letak dalam plastik zip lock dan masukkan dalam balang untuk jaminan keselamatan..aku rasa timbang biru tu macam tak betul sebab aku timbang dekat rumah ikut berat yang aku nak tapi bila sampai Poslaju, berat dari penimbang dia tak sama; lagi berat..kena beli timbang digital ni..

Ini bungkusan pos untuk 200 gm; aku balut dengan bubble wrap..

Kalau berminat nak beli, kenalah tunggu tempahan dibuka nanti. Harga aku jual ikut berat;
200gm +/- = RM 8
400gm +/- = RM 15

Ni rupa serbuk cili(gochugaru) Korea; dia lain daripada yang Malaysia punya dan warna dia pun kebabom merah!

Rasa mahal? Sebab aku guna serbuk cili Korea maka aku rasa harga tu berbaloi. Jauh tu nak beli, kena pergi Korea Ampang untuk beli sebab dekat pasaraya besar macam AEON atau Giant tak ada lagi. Akhir kata, orang Korea cakap, kalau nak cari isteri, carilah yang pandai buat kimchi. Orang Jawa cakap, nak cari isteri carilah yang pandai masak makanan Jawa supaya kalau rindu masakan mak, boleh suruh isteri masakkan. Sama-sama Jawa kan? Silalah cari maksud tersirat. Hahahahaha... K, babai!

3 comments:

Firdaya Sabrina said...

Ade no wssap x sis? Sy nk bli dan cuba rsa kimchi tu cam mna ...

Lin said...

Berapa ye harga gochugaru kat shin mart tu utk yg 1kg? Pernah beli kat giant rm25. Tapi skrg dah x jual lagi.

-s.u.m.e.r.e- said...

ada jual lagi x sekarang? nak beli