Engagement Fund ;)

Wednesday, 16 March 2016

Saya Selesema Cikgu..

Siapa ingat iklan dulu-dulu yang ada budak ni tak datang sekolah lepas tu kawan dia jawabkan; "Dia selesema cikgu." Aku tak ingat iklan apa tapi melekat la iklan tu sampai sekarang.

Jadi, hidung dah mula gatal-gatal dari Selasa ke Rabu lepas. Lepas tu tekak pun dah rasa perit semacam je. Kemuncaknya adalah hari Jumaat sampailah ke hari ni. Dah rancang nak keluar makan Sabtu tu kan, maka Jumaat malam aku minum Panadol Solluble dengan harapan legalah sikit tapi nan hado!

Seharianlah srot sret srot sret dalam kereta sampailah ke tempat makan sampailah ke tempat lepak. Itu pun tak reti-reti lagi balik rumah awal. Hahaha...

Mula minggu ni yang dia jadi lagi teruk sampai tak boleh nak tidur malam sebab kerap terjaga sebab susah nak bernafas. Tak makan ubat apape pun tapi minum pati delima dengan buat air limau nipis campur madu je sebab aku rasa tak elok makan ubat moden ni selalu walaupun aku jarang kena sakit macam ni.

Biarlah cuba yang tradisional dulu. Rasa kurang sikit batuk dan tak ada sakit dada sebab kahak tersekat bila mula minum pati delima tu malam tadi.

Air limau dengan bungkusan tisu kedua dalam masa seminggu setengah

No comments: