Engagement Fund ;)

Sunday, 15 May 2016

Drama Korea: Descendants of the Sun

Selepas sekian lama, aku rasa drama ni paling berhantu dia punya aura. Bukan kat Malaysia je malah satu dunia kot. Satunya mungkin sebab promosi secara bersungguh-sungguh dan keduanya, pilihan hero dan heroin selain jalan cerita yang agak lain dari tipikal drama cinta Korea.

Drama ni menampilkan Song Joong Ki sebagai hero dan Song Hye Kyo sebagai heroinnya. Nampak dah matanglah muka Joong Ki dalam ni tapi Hye Kyo punya muka tak berubah dari zaman Full House. Bagi aku, Joong Ki tak adalah hensem sangat pun, hensem lagi Jang Dong Gun tapi tak tahulah sebab apa bila tengok drama ni macam rasa sesuai sangatlah dia pegang watak Yoo Si Jin tu; hensem je nampaknya dalam sut tentera tu. Song Hye Kyo pulak memang cun macam tulah dan dalam ni dia promosi produk Laneige juga. Jangan lepas ni naik harga sudah!

Watak-watak utama; Yoo Si Jin, Kang Mo Yeon, Seo Dae Yong, Yoon Myung Ju

Disebabkan auranya yang terlalu kuat, dah masuk pusingan ketiga aku ulang tengok. Hehehe... OST dia pun berhantu juga; sedap-sedap lagu dia semua. Buat yang belum tahu, drama ni adalah drama yang ditayangkan selepas penggambaran siap dijalankan, tidak seperti drama-drama Korea yang lain. Kiranya diorang tak boleh nak jangka penerimaan penonton.

Salah satu adegan yang diberi perhatian khusus

Suka bahagian ni juga..

Bagi aku, drama ni best sebab dia gabungkan banyak elemen dan tidak terikat dengan satu elemen. Lawak, serius, perubatan, persahabatan, ketenteraan, cinta, dan politik pejabat. Walaupun ada bahagian yang tak berapa nak masuk akal, layankan ajelah. Drama katanya kan?

Siapa yang belum tengok, bolehlah cuba tengok. Ada masa korang akan gelak terbahak-bahak sebab perangai Yoo Si Jin dengan Seo Dae Yong atau tersenyum simpul tengok lurus bendul anggota Alpha Team. Acik bagi 10 bintang untuk drama ni. Dah habis tengok drama ni, pergi tengok parody dia pulak, sahih korang tak buat muka serius waktu tengok jip tu tergantung dekat curam. Parody dia memang lawak tak boleh blah! Kahkahkah...

No comments: