Engagement Fund ;)

Sunday, 15 May 2016

Drama Korea: Oh My Venus

Acik bagi dua ulasan berturut drama Korea hari ni. Ini drama terbaru So Ji Sub dengan Shin Min Ah. Cerita ni mengisahkan tentang heroin, Kang Joo Eun yang memang terkenal cantik waktu sekolah sampai satu daerah tu tergila-gilakan dia. Nak kata punyalah orang suka dekat dia, sampai siap tuju lagu dalam bas untuk dia.

Waktu sekolah dia dah bercinta dengan atlet renang sampailah dah berkerjaya tapi malangnya bila dia mula kerja, penampilan dia berubah mendadak sebab tak jaga makan dan tak risau tak ada orang nak sebab dah ada pakwe. Kiranya masing-masing harap cinta pertama yang berputik tu kekal sampai ke jinjang pelamin. Gituu... Tapi biasalah kan, bila heroin mula berubah, pakwe dia pun berubah hati sama. Masalahnya dia suka dekat kawan rapat heroin yang dulu gemuk tapi dah berubah cun bila mula bekerja.

Disebabkan orang mula pandang rendah dekat dia sebab penampilan dia dan dia rasa pakwe dia berubah sebab dia dah gemuk, maka dia mula nak berubah lebih-lebih lagi bila dia secara tak sengaja terjumpa dengan Kim Young Ho dalam penerbangan balik ke Korea dari New York. Asalnya dia tak tahu pun Kim Young Ho tu adalah jurulatih peribadi yang terkenal dekat Hollywood dengan gelaran John Kim tapi lama-lama terbongkar juga dan akhirnya dia pun ikutlah pelan senaman yang John Kim sediakan untuk kembali sihat dan kurus.
Bahagian ni lawak..waktu mula-mula nak amalkan pemakanan sihat, dia siap boleh bagi tahu orang yang datang jumpa dia tu baru lepas makan apa daripada bau yang melekat pada baju...hahahaha...dan bila dia nak makan bekal salad dia, mulalah dia terbayang balik makanan-makanan tu dan tiba-tiba muncul bayangan Young Ho dan buang segala imaginasi dia...imaginasi dihapuskan oleh imaginasi yang lain

Kiranya hidup dia berubah terus dari segi gaya hidup dan pemakanan. Makan pun memang kena catu dan kawal gila-gila dan dia makan sama macam apa yang John Kim makan. John Kim ni pulak dia memang amalkan gaya hidup sihat sejak dia kecil sebabnya dia pernah menghidap kanser yang dikatakan tak boleh diubati. Tapi sebab dia berazam, akhirnya doktor sahkan dia bebas dari kanser tu.

Cerita ni tipikal drama Korea yang mana hero adalah keturunan chaebol tapi tak nak terlibat secara langsung dengan empayar perniagaan dan hidup secara sembunyi untuk buat apa yang dia suka. Samalah macam John Kim ni, nenek dia kaya nak mamps tapi dia buat benda yang dia suka secara sembunyi-sembunyi untuk kepuasan diri.

Bila tengok drama ni, sungguh termotivasi nak ikut pelan senaman yang dia susun untuk Joo Eun. Setiap kali senaman, kena mulakan dengan latihan kardio dan kemudian barulah buat beberapa set plank, squat, crunches, push up, atau lunges. Tapi sambil tengok cerita ni sambil baring, motivasi ke tu? Hahahaha... Melalui cerita inilah juga aku tahu rupanya ada trend terbaru iaitu mempersembahkan hati dengan jari. Mula-mula aku ingat pebendalah dia dok tunjuk gaya tangan tu rupanya dia nak cakap bahawa saya sayang awak. Gituuu...

Image result for oh my venus
Ini adegan waktu Hari Joo Eun dimana diorang semua kena buat apa yang Joo Eun suruh sempena meraikan penyusutan berat badan yang mendadak..Kim Ji Woong yang paling kiri..

Dalam ni ada juga watak jahat tapi tak adalah sampai tahap sakit jiwa jahatnya. Cerita ni pun ada elemen lawak, serius, sedih, kekeluargaan, politik pejabat, kisah masyarakat, persahabatan dan juga imbas kembali. Selain watak hero dan heroin, ada dua watak lain yang mencuit hati dan menghidupkan cerita iaitu sidekick John Kim, Jang Jun Soong dan Kim Ji Woong. Paling comel adalah Kim Ji Woong yang tak putus asa bagi galakan dekan Joo Eun untuk tabah dengan pelan ekstrim John Kim tu.

Ini waktu Joo Eun dah kurus..mula-mula jumpa Young Ho tak percaya Joo Eun ni asalnya kurus cun siap ada lesung pipit, bila dah kurus, barulah nampak balik lesung pipit Joo Eun dan dia mulalah terjatuh cinta...

Selepas apa yang diulas, panjang lagi ceritanya. Makanya, korang pergilah tengok ye. Hehehehe... OST dia pun boleh tahan best terutamanya Kim Tae Woo punya lagu, rasa macam nak goyang-goyang bahu dan gerakkan kaki ke kiri dan ke kanan bila dengar. Jadi, silalah tonton sendiri untuk mengetahui kesudahannya. Sekian.

No comments: