Engagement Fund ;)

Thursday, 5 May 2016

Kapasiti Perut

Entri pertama untuk bulan baru. Pejam celik dah pun masuk bulan Mei. Nanti tiba-tiba je dah habis sem. Lepas tu markah budak-budak ni satu apa pun tak selesai lagi. Hahahahampeh! Tugasan dah cukup, cuma tinggal nak bagi ujian dengan kuiz je sebab markah ujian yang haritu tak berapa cantik. Benda dah ada, cuma nak habiskan menanda dan masukkan dalam sistem je pun.

Macam biasa, cerita banyak tapi belum rajin nak edit gambar. Makanya, hadaplah gambar makanan ni dengan secebis kisah. Bila makin bertambah umur, kapasiti perut pun makin mengecil untuk makanan selain nasi. Tapi kalau nasi, takde hal nak tambah 3 kali pun. Heee...

Nasi ambeng sedap! Makan ni waktu balik tuisyen hari Ahad sebab pagi tu bangun lambat jadi tak sempat nak teguk air pun. Pesan sepinggan nasi ambeng lepas tu duduk makan sampai 45 minit sebab nasi dia banyak.

Ini pulak buah ciku beli dekat RnR Tapah waktu ke Penang dua minggu lepas. Sebab sorang-sorang, maka tapau je makanan untuk malam. Teringin nak rasa ayam KFC yang baru tu maka beli a la carte tapi masin gila hoih! Ke sebab dah sejuk? Dipping sauce dia sedap tapinya.

Mamee kari separuh bungkus makan dengan kkakdugi. Mee segera memang tak mampu nak makan sebungkus sebab cepat muak. Jalan selamat, patah dua mee tu dan masak ikut kapasiti perut.

Ini minggu lepas, buang tebiat balik tuisyen singgah makan nasi. Stress punya pasal dengan budak-budak sekolah rendah, terus makan nasi pukul 10.30 malam. Biasanya kalau kelas yang sampai pukul 10.00, lapar pun balik je terus sebab dah lewat kan, perempuan pulak, sorang-sorang lagi. Kali ni tawakal je singgah kedai makan terus. Hehehe.. Dah biasa mengajar budak-budak besar dan budak-budak kecil yang mengikut arahan, bila dapat yang banyak kerenah, stress terus. Betullah Shiro cakap dulu, cukup sorang je yang mula melompat, ko tak sempat tegur yang lain dah melompat sama. Yang dah darjah 6 pun sama, kata nak solat tapi sebelum solat tu boleh bersilat dulu. Urut dada.

Tu je nak cerita. Cerita jalan-jalan pergi Pulau Pinang nanti esok esok esok. Babai...

No comments: