Engagement Fund ;)

Monday, 16 May 2016

Makan Sedap di Foodsbury Shah Alam

Salam Isnin semua. Selamat hari guru buat guru-guru yang terbaca entri ini tidak kiralah anda bekerja sebagai guru atau guru bukan pada jawatan. Sebenarnya, kita semua adalah guru bilamana kita mengajar seseorang dalam perkara tertentu.

Kali ni nak kongsikan pengalaman makan di salah satu kafe yang agak popular di Shah Alam. Memang dah janji nak jumpa Kak Chik hari Sabtu lepas tapi macam biasa, janji nak jumpa tapi tak ada hala tuju. Dah separuh jalan tinggalkan rumah Kak Chik pun masih tak pilih tempat nak pergi mana. Hahaha...

Akhirnya aku ajak Kak Chik makan dekat sini sebab hari-hari tengok makanan dia dekat IG, manalah tak terliur kan? Waktu sampai tu memang betul-betul dia baru nak bukak; waktu membelok masuk ke lorong nak sampai kedai tu, nampak pekerja dia tengah buka roller shutter. Dapat parking pun betul-betul depan pintu masuk.

Susunan kafe sangatlah santai dan tidak terlalu padat. Maksudnya masih bolehlah nak bergerak dengan selesa. Hiasan kafe pun boleh tahan unik dan kalau nak lepak lepas stress pun seronok sebab ada satu kabinet dengan pelbagai jenis buku.

Dari segi pilihan makanan, aku rasa lebih kepada Western dan harganya pulak standard harga kafe kategori hipster begini; tak murah tak mahal. Memandangkan kami pelanggan kedua yang masuk situ, maka memang boleh pilih tempat duduk yang disukai.

Kak Chik - masih solo dan kosong...

Cara nak pesan adalah kena ke kaunter dan terus bayar; nanti dia akan bagi blok kayu bernombor untuk memudahkan makanan dihantar. Tapi yang seronok adalah setiap meja diletakkan menu dan kertas pesanan sekali supaya tidaklah termangu-mangu depan kaunter untuk memilih makanan.

Buat yang pertama kali sampai macam Tuan Tanah ni, lama jugalah ulangkaji menu tu sebab nampak semua sedap. Akhirnya aku pesan pesto basil spaghetti with chicken pedas dengan latte hazelnut; Kak Chik makan roasted chicken dengan mocha hazelnut lepas tu tambah chili cheese fries. Aku minta spaghetti tu pedas sebab pernah baca dekat IG boleh minta pedas kalau nak.

Sementara tunggu makanan sampai, borak-borak dengan Kak Chik sebab dah lama tak jumpa. Tak lama pun tunggu tiba-tiba air dah sampai. Lepas tu terus makanan pulak sampai. Sebab ingatkan tak pedas, aku kaut botol serbuk cili dengan lada hitam dekat meja yang menempatkan benda-benda tu.

Flat lay yang tak berapa nak flat sangat...

Bila suap dalam mulut, terus jatuh cinta dengan rasa dia. Sedap hoi! Secukup rasa termasuklah rasa pedas. Spaghetti aku sedap dan ayam panggang Kak Chik pun sedap dia kata terutama kuah untuk ayam cuma Kak Chik cakap apsal kuah dia sikit sangat? Hehehe...
Spicy pesto basil spaghetti..harga spaghetti saja 9 hengget dan kita boleh pilih nak tambah ayam atau udang dengan tambahan harga berbeza..

Roasted chicken berharga 18 hengget 40 sen, sesuai untuk yang sedang diet sebab sayur dia bukan main banyak lagi..

Chili cheese fries berharga 9 hengget...topping dia banyak dan kentang dia tak soggy..

Ini suasana dalam kedai waktu kitorang dah habis makan; dah mula nak penuh...

Pinggan mak incik yang licin...sedap dan bertambah sedap sebab dia warna hijau..hehehe...

Keseluruhannya, Acik bagi 4 daripada 5 bintang untuk makanan yang sedap, harga yang berpatutan dan papan tanda pemberitahuan yang jelas. Contoh papan tanda tu macam dekat meja yang ada botol sos segala la, dia tulis kalau nak tisu tambahan ke, tak cukup masin, silalah ambil sendiri apa yang diperlukan dekat sini. Gituuu...

No comments: