Engagement Fund ;)

Thursday, 12 May 2016

No. 31 Maple Inn

Okey, kali ni nak kongsi pengalaman menginap di hotel bajet waktu pergi mesyuarat di Pulau Pinang bulan lepas. Walaupun kelayakan sehari boleh sampai seratus lebih, tapi aku cari hotel yang murah-murah saja asalkan dekat dan selesa.

Ada lagi hotel yang lebih dekat dengan tempat kejadian tapi sebab beza harga keseluruhan sampai seratus lebih juga, maka aku duduk je dekat sini. Lagipun bulan lepas bajet memang untuk jalan-jalan dengan Geng Bilik Prep, itu yang garu kepala jugalah nak korek duit dekat mana. Heee...

Macam biasa, aku tempah guna booking.com sebab dah biasa guna dan lebih mudah. Oh ye, disebabkan aku selalu sangat setia menggunakan booking.com ni, aku dapat status genius dari booking.com dimana ada beberapa kelebihan berbanding pengguna biasa. Salah satunya adalah lebih 10% diskaun untuk hotel-hotel terpilih. Macam mana nak dapat status genius? Korang kena guna booking.com lima kali atau lebih dalam tempoh setahun. Selamat bercuti. Eh!
Bangunan hotel dari jalan utama

Dekat kawasan lobi

Kaunter pendaftaran

Ruang antara tangga untuk sampai ke tingkat dua

Okey, sambung cerita. Hotel ni aku rasa macam selamat sebab pintu dia sentiasa berkunci. Cuma tempat letak kereta je yang tak berapa nak selamat sebab parking tepi-tepi jalan je dan agak terhad tempat parking dia. Dari segi lokasi, aku rasa senang nak cari sebab memang betul-betul tepi jalan utama dan dekat gila dengan restoran Nasi Kandar Ahmad dan tak jauh dari jambatan kedua.

Waktu tempah, bilik yang tinggal adalah dua katil bujang tapi bila sampai sana, dia tanya kot-kot nak tukar bilik katil besar. Orang nak bagi, kita ambik je. Lagi best la katil besar sebab boleh golek-golek jauh sikit. Hahaha... Meh tengok gambar bilik.
Tempat sangkut baju dengan dua hanger

Ruang tv, ruang mekap dan ruang nak makan nasi kandar bungkus..hehehe

Katil queen

Tandas yang besar dan bersih

Bilik dekat tingkat dua jadi silalah mendaki tangga. Hotel ni dua tingkat je dan tak ada lif. Setiap tingkat ada wi-fi dan boleh tahan laju wi-fi dia sebab siap boleh tengok filem dekat You Tube. Keseluruhannya puas hati dengan hotel ni dan berbaloi dengan harga. Luasnya pun boleh tahan, tak adalah punggung terkena dinding waktu ruku'. Lagipun setakat nak tidur je kan, bolehlah. Staf pun ramah-ramah semua. Cumanya, pintu masuk utama je berkunci elektronik tapi pintu bilik tak ada selak. Kena hati-hatilah kalau ada orang ketuk pintu bilik tu kan.

No comments: