Engagement Fund ;)

Wednesday, 18 May 2016

Perjumpaan dan Makan Malam

Ini cerita hari Sabtu lepas, yang aku pergi Shah Alam sampai dua kali sebab asalnya dah janji nak jumpa Kak Chik dan lepas tu Abah cakap nak pergi perjumpaan bekas pelajar. Okeylah, boleh je adjust masa walaupun kelam kabut sikit. Kalau nak batalkan salah satu, memang sampai ke sudah tak jadi apa.

Balik dari jumpa Kak Chik dah pukul 4.00 makanya sampai rumah golek-golek kejap dan terus bersiap. Dalam pukul enam lebih gerak dari rumah untuk ke majlis malam. Abah kata perjumpaan pelajar STAR je sebab jemput pun pakai telefon je, jadi maklumat tak lengkap. Belasah, janji sampai.

Majlis ni rupanya anjuran persatuan Bekas Pelajar Melayu Klang iaitu satu persatuan yang menggabungkan sekolah-sekolah yang ada di daerah Klang dan STAR salah satunya.

Waktu sampai majlis dah nak mula dan tetamu kehormat pun dah sampai. Meja kami betul-betul belakang deretan meja VIP dan dekat dengan pentas. Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi dan diikuti dengan ucapan penaung iaitu mantan MB Selangor, Tan Sri Dato' Seri Utama Hj. Abu Hassan Bin Abu Omar yang sekaligus merasmikan majlis. Kemudian, satu tayangan slide mengenai sejarah persatuan dan juga ahli-ahlinya dipersembahkan.
Ucapan dari Penaung BPMK

Meja kami, meja 6...lauk-lauk dia semua sedap!

Lepas tu barulah acara makan malam dimulakan. Sambil makan, ada cabutan bertuah tapi tak bertuah pun. Takpe, datang teman Abah je pun, jangan poyo sangat ye. Hehehe... Makanan sedap tapi segan nak tambah nasi sebab nasi jauh. Heee... Ratah lauk jelah sebab lauk boleh pusing-pusing. Sambil makan, dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh juara Bintang Klasik kot, ke Bintang RTM, lupa sudah. Ada juga persembahan dari tetamu-tetamu yang hadir. Sebab aku kan jiwa klasik, layan jugak dengar lagu Broery Marantika.
Acara memotong kek lobak merah yang sungguh sedap! Untung duduk meja depan sebab lepas pelayan potong kek mereka agihkan ke meja-meja berdekatan

Dah siap makan, ada acara potong kek pulak untuk bekas-bekas guru. Aku tukang ambik gambar jelah. Lama juga acara tu siap ada deklamasi sajak dan nyanyian lagu Guru Malaysia. Lepas tu barulah acara bebas iaitu bergambar dari meja ke meja sebelum cabutan nombor meja bertuah. Waktu ni tak ada mengharap pun tapi ada sorang ahli meja dengan yakinnya ikut MC cakap dan tang nombor tu dia bubuh nombor meja kami, sekalinya memang meja kami yang naik. Woohoo! Maka dapatlah juga hadiah bertuah sebab semua ahli meja dapat sorang satu hadiah.
Sesi bergambar bersama bekas pelajar dan guru..Cikgu Hushim pun ada..

Ini dekat meja orang lain pulak

Taraaa, hadiah meja bertuah...

Goodies bag; hebat sangat ni bagi First Aid Kit..Abah punya lagi meriah isi beg siap ada sarung kusyen..

Dan itulah dia penutupnya. Kot-kot anak murid Ustaz Mispul tersesat masuk sampai sini, tinggalkanlah komen di kotak komen ye, inshaAllah pesanan akan disampaikan sebab sebelum ni pernah ada satu entri yang ada komen dari bekas anak murid Abah.

No comments: